Wednesday, July 21, 2010

Swimming with No Legs and Only One Arm [Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia..]

 Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu. Gabe Marsh dari Alabama dilahirkan cacat tanpa kaki dan hanya mempunyai sebelah tangan saja enam  tahun yang lalu. Keunikan anggota  fizikal Gabe Marsh, anugerah Tuhan Yang Maha Esa tidak menjadi penghalang untuk meneruskan hidup di muka bumi yang penuh dengan pancaroba ini. Walaupun cacat angota, dia mempunya keistimewaan luar biasa, iaitu kebolehan berenang walaupun tanpa kaki dan hanya sebelah tangan.
Gabe Marsh ialah antara lebih 60 orang kanak-kanak istimewa yang dipelihara oleh ibu dan bapa angkatnya,  Ann  dan Ed Marshes [ 'Marshes Family' ]. Bakat luar biasanya dapat dikesan ketika dia bersama rakan-rakannya mandi-manda di kolam renang di rumah mereka. Sejak hari itu dia telah diserapkan sebagai ahli pasukan renang Guntersville. Kini dia menjalani latihan dengan pasukan Guntersville untuk memantapkan lagi pencapaiannya dalam sukan renang. Satu hari nanti dia akan terkenal sebagai atlet renang kejohanan paralimpik & dunia. Lihat foto aksi-aksi luar biasa Gabe...







 [sumber :visboo.com]

15 comments:

LiFe KaMi said...

tabah betul hatinya..bagus..

Pisyek said...

tgk 1st pic td igtkan photoshop.. ekeke...

piewahid said...

mat salleh ni kdg2 jauh prihatin daripada kita. smoga dia tabah selalu.

p/s- muka budak tu mcm muka melayu...

sweetsal said...

betui2 kuat semangat walaupun oku..renung2kan la..bersyukur dengan apa yg ada..

Che Armster said...

ermm betul2.. bagus budak ni.. berani defy the odds... aku pun xberapa pandai berenang *malu kejap*

zulkbo said...

salam..
subhanallah..
kelebihan Allah taala
berikan padanya..saya
yang sihat tubuh badan pun
kalau terjun kolam tenggelam..
he he..

amira said...

masyaAllah..
ini la antara kebesarannya..
kita yg sempurna ni kena ambil iktibar atas semangat dan ketabahannya

Syahrul Iman said...

masyaAllah..tabah betul bdak nie..

dimana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Hariz said...

Ya Allah..

edy said...

mereka lebih bersemnagat dr org biasa itula kelebihan dorang ade

Cheqna said...

kelebihan dan rezeki masing2, yang Allah SWT berikan pada setiap makhluk..

ataicha said...

terkedu jap bila tengok artikel nie...

hmm tak sangka erk.. kekurangan fizikal tidak membatas segala pengerakan..

apa2 pun kita patut beryukur ke hadrat Ilahi kerana kita dilahirkan sempurna.. amin..

asked said...

weyhh
terharu giler..
T.T
bagusnya budak ni..

tim said...

wow..!!!

Mohamad Nur Hidayat said...

kuatnya semangat