Saturday, July 24, 2010

Please Give Me A Job!

Tolong berikan saya pekerjaan! Saya tidak mahu lagi menjadi penerima bantuan kebajikan masyarakat. Saya ingin berdikari. Saya mempunyai kelayakan yang diperlukan  untuk menjawat sebarang jawatan. Saya ada diploma, saya ada ijazah dan saya ada sjil kemahiran. 
Pengalaman menganggur selama beberapa tahun tentunya memberikan kesan derita yang teramat apabila melihat semua rakan sebaya, rakan sekolah, rakan sekolej telah berjaya dan bergaya dengan jawatan masing-masing. Sedangkan pada masa yang sama si penganggur masih terawang-awang,
bergelandangan mencari pekerjaan demi mencapai taraf  kehidupan yang lebih baik. Inilah rezeki namanya. Walaupun antara penganggur dengan bukan penganggur mempunyai sjil kelayakan yang sama, namun nasib dan rezeki seseorang belum tentu sama. Usaha berterusan, doa serta tawakal adalah dituntut jika kita mahukan impian kita tercapai. 
Jika suatu masa dulu para siswazah merupakan insan yang paling bertuah kerana 'kerja & jawatan' sentiasa menanti, tetapi kini para graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan setelah berhabis wang berhutang dengan PTPTN berpuluh ribu ringgit semasa pengajian!. Tamat pengajian hutang sudah keliling pinggang. Apakah jalan penyelesaian supaya graduan di Malaysia tidak digelar siswazah miskin? Biasiswa?

8 comments:

feedyoursoul said...

mslh ni dh lame sgt berlaku.. tapi jln pnyelesaian masih lg xde..

zulkbo said...

salam..
sampai begitu sekali erk?
rasanya kat Malaysia belum ada lagi
kut?

amira said...

kat Malaysia memang takde kot yang macam ini pasenye.. klu xde kerja isi borang terus..
minta duit rumah kebajikan..
(not applied to all)

AishaDIYanything said...

salam...
wah sampai cam nie sekali... malaysia masih ok lg.. tapi bahangnya dah terasa...

Q said...

kadang2 bukan takde keja tapi memilih sangat

sop said...

sop masih ingat pas abis degre, sop kerja kilang, kerja despach, kerani kontrak, kerja kat carefour (store kepper) dan dpt kerani tetap (guna STPM).. pas 5 tahun kerja itu ini, akhirnya dpt kerja tetap..

sebenarnya rezeki.. blom dapat ari ini, mungkin esok, bulan depan, tahun depan.. yg ptg jgn putus asa

farhana_aziz said...

betul kata sop..yg penting jgn putus asa. siswazah pun kena bersedia. siapkan diri dengan pelbagai kemahiran especially fluent in other language..

ataicha said...

malaysia?..

rasanya ramai yang menganggur gak..
cuma xde la sanggup iklan cam nie..

lepasan U dah ramai gak.. cuma rakyat kita ni kdg2 lepas U nak relaks.. pastu xde keje..

peluang kerja di Malaysia nak kata banyak xde la jugak.. uhuks..