Subscribe Us

Mike Tyson Si Panas Baran Kini Rendah Hati

PETERBOROUGH (England): Sesiapa yang kenal karakter Mike Tyson sebelum ini pasti terkejut dengan perubahan bekas juara tinju heavyweight dunia itu.
Jika sebelum ini Tyson lebih dikenali dengan sikap panas barannya, beliau kini lebih tenang, merendah hati dan lembut tingkah lakunya.
Siapa sangka juga baru-baru ini Tyson sanggup beratur panjang di Marks & Spencer membeli sandwic ketika waktu makan tengah hari di Peterborough, England.
Kenapa Peterborough?
Itulah yang menjadi persoalan ramai warga pekan Cambridgeshire baru-baru ini.
Tyson kini memiliki perwatakan berbeza.

Beliau agak kurus, lebih suka makan sayur-sayuran dan merendah diri. Beliau taat menunaikan sembahyang lima waktu.
Beliau asalnya memeluk agama Islam ketika dalam penjara pada awal 1990-an dan tiba di Peterborough dari Makkah, menerusi Milan.
Akhbar Peterborough Evening Telegraph memaparkan gambar bekas juara heavyweight dunia berusia 44 tahun itu di muka depan - mengetahui beliau berada di pekan itu bagi menjayakan rancangannya: 'Sepetang Bersama Mike Tyson.'
Beliau tampil dengan menyarung jersi pasukan bola sepak Peterborough United pada hari pertama ketibaannya, berarak di padang pada babak pertama perlawanan persahabatan menentang West Ham.
Tyson kemudian menyertai penggemar burung merpati hari berikutnya, bersenam setiap pagi di Smashdown Gym dan makan lewat malam di restoran sayur-sayuran, The Bombay Brasserie.
'Mike Tyson dan rombongannya seramai 12 orang sudah tiba, mereka duduk di meja nombor 24,' jelas pemilik restoran itu, Encik Rony Choudhury penuh bangga.
'Saya letakkan mereka jauh daripada pelanggan lain. Ia satu kejutan. Tapi beliau amat pendiam, merendah diri,' katanya.
Apabila Tyson meninggalkan restoran itu, paparazzi Peterborough tiba.
Tyson telah berjaya mengagumkan ramai lebih daripada 1,000 orang yang membayar £pounds;50 ($106) bagi mendengar celotehnya, hampir keseluruhannya bercakap mengenai dirinya sekarang, bukannya karier petinju itu dan £pounds;50 lagi untuk bergambar dengannya.
Penonton itu, yang diketuai pengulas tinju, Steve Bunce, terpegun dengan kejujuran Tyson menilai semula dirinya.
Tyson memiliki ego yang amat tinggi, sesuatu yang wajib bagi seorang petinju sepertinya dan kurang harga diri.
Kebanyakan peminat di sekitarnya mengingatkannya mengenai kegemilangan lalunya.
Namun, pujian mereka mengganggu jiwanya.
Egonya semakin berkurangan dan maruah dirinya makin bertambah baik.
'Ada satu 'Mike' dan satu lagi 'Tyson',' jelasnya. 'Tyson adalah orang lain. Saya Mike sekarang.'
Beliau berkata Tyson yang menggigit telinga Evander Holyfield.
Namun adakah beliau menyesal?
'Saya tidak menyesal. Bohong jika saya berkata saya menyesal. Saya dilahirkan dalam suasana kacau bilau. Saya mencari ketenangan.'
Tyson baru-baru ini kembali ke Brownsville, Brooklyn, kawasan tempatnya dibesarkan, dipenuhi pencuri dan samseng jalanan.
Beliau kembali ke blok kediamannya.
'Ia adalah sebuah jalan yang dipenuhi jenayah ketika saya membesar di sana tapi apabila saya kembali, ada ramai kaum kulit putih tinggal di sana. Ia amat menarik. Ia kelihatan seolah-olah sepanjang kehidupan saya di sana bagaikan satu pembohongan.'
Jadi apa kenangan indah di gelanggang tinju?
'Saya tidak saksikan pertarungan lama saya. Saya ingat separuh daripadanya. Ia agak pelik, tapi ia adalah satu era yang gila. Ia hanya mengenai kemenangan. Saya tidak akan bertinju lagi. Saya seorang pencinta kedamaian sekarang.
'Saya masih sukakan pertarungan menarik. Klitschko (adik-beradik Vitaliy dan Wladimir) menguasai gelanggang tapi mereka tidak menarik. Menarik adalah sesuatu yang dimahukan peminat daripada pertarungan heavyweight.'
Jadi adakah beliau sudah menemui ketenangan?
'Tidak mungkin saya boleh berkata, 'Ya, saya sudah menemui ketenangan. Saya seorang Muslim yang taat, saya dipenuhi kejahatan sebelum ini. Saya mahu memperbaiki setiap kesalahan lalu dengan amal kebaikan.' - Agensi.

Catat Ulasan

12 Ulasan

Nadiene berkata…
betul tu... hebatkan islam...
fid last posts bas yang bas! benar!
ozzy berkata…
salam..
Allah maha mengetahui..bersyukurlah pada mereka yang dibukakan pintu hatinya
Lari dr topix ckit tuan umah ek.. nk tanya, sy tgk blog tuan bnyk backlink google, cemana nk buat tu ek..?
zulkbo berkata…
salam..
alhamdulillah..
moga kita jua mendapat
hidayah Allah dan mati
dalam iman..
zikrie berkata…
Alhamdulillah..x) hebatkan..
annie berkata…
ALHAMDULILLAH......SYUKUR..
Mohar Yahya berkata…
Allahuakbar!...
Admin berkata…
Assalamualaikum...

Lihatlah mereka ini adalah insan yg sebenarnya mendalami ajaran Islam untuk mencari ketenangan dalam kehidupan. Ada orang yang mendalami Islam untuk mencari kelemahan umat Islam.

Sebenarnya yg lemah adalah amalan keIslaman umat itu sendiri, Islam tidak lemah kerana sudah lengkap ajaran dari pelbagai aspek.

Tetapi di Malaysia, ada pihak yg menjauhkan Islam dari pemerintahan negara. Ada "orang2 besar" yang mencampurkan halal dan haram dalam sumber rezeki mereka dengan rasuah dan ada kepentingan saham dalam syarikat judi serta arak..
Ummi Hanie berkata…
eh tak tau dia dah masuk islam ! masyaAllah,... :)
yuzuki berkata…
subhanallah..
everything is possible..
kaer berkata…
alhamdulillah...
manusia perlu berubah sebelumterlambat...
tina aming berkata…
alhamdulillah syukur...akhirnya dia mendapat ketenangan melalui Islam...