Saturday, July 17, 2010

Mengapa Harga Gula, Petrol dan Gas Naik Ketika Umat Islam & Melayu Bakal Menghadapi Bulan Ramadan Dan Hari Raya?

Harga gula naik lagi 25 sen sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM kita dengan alsaan penyelarasan harga subsidi manakala harga petrol RON95 pula naik 5sen.
Persoalannya mengapa harga gula, petrol dan gas dinaikkan ketika umat Islam dan kaum Melayu sedang bersiap menghadapi bulan Ramadan dan Syawal yang semakin hampir. Mengapa tidak dinaikkan selepas bulan Syawal untuk memberi ruang kepada rakyat dan kaum Melayu khususnya menyambut dua bulan penting tersebut dengan selesa? [Tiga barangan utama ini naik maka 1000 barangan lain juga akan naik!]
Jawapannya memang saat inilah yang ditunggu-tunggu oleh tauke gula untuk mengaut keuntungan dalam masa singkat. Kita semua maklum pada waktu inilah akan berlaku peningkatan penggunaan gula secara mendadak hingga berkali ganda. Keuntungan untuk tiga bulan mendekat ini sama dengan penjualan gula untuk 6 bulan!.

Pada ketika inilah orang-orang Melayu dan pengusaha-pengusaha Melayu Islam memerlukan kuantiti gula yang begitu tinggi untuk mengeluarkan produk makanan terutamanya kuih-muih dan jus minuman. Kesan paling ketara kenaikan gula ialah umat Islam Malaysia yang akan berpuasa dan menyambut bulan mulia memerlukan barangan makanan terpaksa menanggung kepedihan kerana apabila saja harga gula naik maka semua jenis makanan berasaskan gula sudah pasti turut naik.
Penggunaan minyak petrol juga turut meningkat apabila umat Islam [Melayu ] saling menziarahi saudara -mara dan rakan-taulan di seluruh pelusuk tanah air. Sudah menjadi adat orang Melayu ziarah-menziarahi merupakan perkara wajib pada bulan Syawal nanti. Walaupun kenaikan harga petrol kecil tetapi menyebabkan harga barangan lain akan naik juga.

Amat malang dan menyedihkan sekali apabila pihak berkenaan seolah-olah terlupa bahawa umat Islam dan Melayu bakal menyambut bulan kebesaran dan bulan keberkatan tidak lama lagi terpaksa menyambutnya dengan kenaikan harga barangan keperluan utama [ petrol, gas & gula ] Bukankah kenaikan barangan utama ini mengakibatkan kesan buruk lebih-lebih lagi  kepada golongan pendapatan rendah. Jika kita sering mewarwarkan ekonomi megara semakin kukuh maka tidak perlu kita menaikkan harga barangan utama ini.

14 comments:

InsanBiasa said...

tu la pasal..tapi..bagus jugak..sekurang kurangnye..boleh la rakyat malaysia nie belajr berjimat cermat..tapi kan..kalau la kerajaan kate nk kurang kan subsidi tu sebab nk kukuhkan ekonomi negara..kenapa tidak kerajaan kite nie kurangkan atau lebih baik dan bagus lagi buang je segala elaun dan ape2 je la pasal imbuhan2 yang dorang dapat tu..gaji dah ada..buang je la elaun2 yang xpenting tu..macam elaun keraian ke..elaun ke luar kawasan ke..penginapan hotel semua tu..biar la susah sma susah..nie nk susahkan rakyat je..

sekadar pandangan je la..

ASaDa RyutaRo said...

tahukah mereka orang susah bila di naikkan harga barang asas? tahu ke mereka pendapatan sebenar orang yang duk kerja sendiri yang sama perlukan benda tu? eh.. tau ke??

zulkbo said...

salam sahabat..
realitinya gaji tak mungkin naik..
kita menjadi miskin dari semalam..
kemana agaknya wang negara yek?selalu tak cukup..pengurusan tak baik..

zikrie said...

adeii mampus-mampus..
kerajaan ckp nk kurangkan golongan berpendapatan rendah.. ni ke cara kn kurangkan?? makin byk yg sakit ada..

suzzsuzie said...

hari tu siap buat pc kata harga gula takkan naik..tah apa2...ckp tak serupa bikin

Q said...

sekarang ni tersenyumla tokei gula dah boleh kluakan gula banyak2

akuanakpahang said...

Keperitan kehidupan amat terasa bagi mereka yang mempunyai pendapatan kecil dan org kampung. Siapa mahu merasa? tidak lebih hanya ucapan sia-sia simpati... apakah itu memadai?

LiFe KaMi said...

mm pasni pegi kdai mkan mesti harga brg manis naik..aii kena bejimat lebih lg ni..

Zaini Punye Citer said...

rakyat didahulukan..so rakyat yg merasa dulu..

S..U..D..@..I..S said...

rakyat didahulukan..sume barang akan dinaikkan...makin tertekan..

Dark Half said...

biasa la politik, offer lebih sini, tarik kuar sana...mcm la rakyat x pasan..hehe

qdine said...

asyik nak suruh rakyat aje berjimat, menteri-menteri tu bila lagi nak berjimat. Pusing-pusing, balik idea BN=Barang naik juge yg nampak. X lain ini adalah kerana pengurusan kewangan x tentu hala. Dulu cakap 4 billion boleh jimat dan perkhidmatan awam akan ditingkatkan. Ini pun lagu yang sama...

Fikirkanlah menteri-menteri kat atas tu, rakyat dan tertekan lame dah. 5 sen tu x de kesan. Punye le pandai deme nie. Ingat ape isi petrol satu liter aje ke. Nie 2 juta orang guna kenderaan setiap hari.. Duit 750 juta nak dislarkan kemane ye....

edy said...

Masa kes gula disembunyikan oleh para runcit lain .. mati2 kerajaan memberi jaminan takkan menaikkan harga gula di pasaran .. tup-tup selepas kes ini selesai kerajaan menaikkan harga gula sebanyak rm0.25 sen .. manakah janji2 mereka dulu//walaupon kenaikan hrg minyak hanya rm.0.05 sen tapi ianye akan meningkkat harga brgan makan lain2 atau brgan harian seperti yang di katakan oleh orang muar .. naik 5 sen 1000 barang akan naikk.. para pekerja terpaksala menambah perbelanjaan tapi gaji tak naik2 ...

jaja9 said...

nampak gayenye makin naik ler kuih muih n segala mak neke makanan kat bazzar ramdahan nnt....alasan diorg, senang jek..GULA NAIK BANG, HARGA MAKANAN NAIK LA....nampak gayenye pasni ku buat kuih sendiri..huhuuhuh