Tuesday, July 6, 2010

Garbage dump in Phnom Penh: 2000 People Collecting Rubbish to Survive

 Daerah Stung meanchey yang terletak di bahagian Selatan Phnom Penh [ bandar terbesar dan ibu kota Kemboja ] merupakan kawasan padat penduduk yang majoritinya terdiri daripada penduduk miskin lagi daif. Di sini terdapat satu penempatan penduduk  yang bergantung hidup hanya dengan bekerja sebagai pengutip barangan terbuang di tapak pelupusan sampah terbesar milik syarikat persendirian. 
Kira-kira 2000 orang termasuk 600 orang kanak-kanak tinggal berhampiran kawasan pelupusan sampah  yang berkeluasan 100 ekar [ 6 hektar ]. Di sini mereka tinggal dan di sini juga mereka mencari nafkah .
Setiap hari mereka tidak sabar-sabar menanti
ketibaan lori-lori sampah yang membawa rezeki untuk mereka. Kesihatan kanak-kanak ini sudah tentu dalam keadaan membimbangkan kerana mereka menghirup udara yang telah tercemar dengan asap pembakaran sampah mengandungi methane berbahaya. 
Majoriti kanak-kanak di sini tidak bersekolah atau belajar separuh jalan kerana yuran sekolah yang amat tinggi bagi sebuah keluarga miskin. Dengan pendapatan harian sebanyak 4000 hingga 5000 riel, RM3.50- 5.00, [ USD $1.00 - $1.25 ] bagi seorang pekerja dewasa mereka tidak mampu menampung persekolahan anak-anak mereka. Justeru anak-anak lebih suka menolong ibu bapanya dengan upah separuh daripada pendapatan orang dewasa.
Walaupun mereka daif tetapi mereka mempunyai sikap yang amat luar biasa. Hubungan antara keluarga amat erat, saling memberi perhatian dan bantuan antara satu sama lain
Kebanyakan pengutip sampah berasal dari Phnom Penh. Namun ramai juga berasal dari luar yang mencari pekerjaan tetapi gagal. Akhirnya mereka terpaksa bekerja di tapak pelupusan sampah ini. 

Di negara kita juga terdapat sebahagian rakyat yang senasib seperti penduduk di Stung Meanchey walaupun kita seringkali dengan bangganya mengaku Malaysia sebuah negara maju. Bukan saja di Malaysia, masalah  kemiskinan sperti ini pun boleh dilihat di negara-negara maju seperti USA, dan sesetengah negara Eropah. Mereka ialah rakyat tempatan yang tiada pekerjaan, 'jobless'. Semakin maju sesebuah negara semakin ketara  perbezaan antara si kaya dengan si miskin kerana kekayaan dimonopoli  oleh sebilangan individu di negara yang mengamalkan sistem kapitalis. Adakah Malaysia juga mengarah kepada sistem ini?

Kita berharap pengagihan kekayaan negara  dapat dinikmati semua termasuk rakyat bawahan supaya masalah kemiskinan tegar dapat di atasi. Sebahagian kakitangan awam juga termasuk dalam golongan rakyat miskin jika dilihat dari segi pendapatan bulanan mereka berbanding perkapita negara yang berbilion dolar setahun.
Justeru, ucapkanlah Syukur kerana kita lebih  bernasib baik daripada penduduk Stung Meanchey.
Lihat foto-foto berikut;
[sumber:chilloutpoint.com]

9 comments:

sonata anak kancil said...

betul tu...sy tengok sendiri mereka yang miskin melarat...teruk di negara kita , mereka lebih teruk dan daif lagi....pengemis merempat di jalanan ( di bandaraya Phnom Penh )- anak kecik tak berbaju ...budak sekolah nya agak selekeh - nampak kurang berdisiplin

khalidahmacambaguss~O_o said...

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kehidupan yang sempurna...cukup segala2nya...

alhamdulillah...syukur ya Allah...

romsam said...

Dr Mahathir is the worst thing that has happened to this country. He continues to spew venom. Why? All he cares about is himself, his family, his relatives, his friends and his cronies.

It doesn't require a PhD to analyze the reasons why many malays are still poor for the new economy in spite of the NEP and all we hear - the true reason for the failure of the malays are MAHATHIR MAHATHIR MAHATHIR……….and nothing else.

Mahathir biggest achievements are not the white elephant KLIA, the robber highways, the meaningless Twin Towers, ghost town Putrajaya, failed MSC, sweat shop factories run with foreign labour, etc.

His true achievements are the destruction of good governance, law and order, quality education, religious brotherhood, peace and harmony.

Boleh said...

If only the malays are a bit smarter, then BN won’t win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don’t know what poison BN gave to make them in this state.

fargoman said...

Well, UMNO managed to achieve one thing. The BTN-type morons, have been overwhelmingly successful in brainwashing todays 27 million citizens.

Who says that the peninsular was always called Tanah Melayu? This is a recent British term!

Tanah Melayu was never the name until the British came and colonized the peninsular.

Malai means hill in Tamil; as to describe the Titiwangsa range on the said peninsular since the 2nd century by the Gujerati traders who set up their formidable Hindu empire at Lembah Bujang.

oversee said...

Hahaha! Shows how completely clueless malays are of the history of this land.

The Orang Asli are the original race of this land.

The malays themselves are only a small ethnic race that conquered the peninsular later.

Worst, what many term as 'malays today' are not actually the original malays of ancient times but 'adopted malays' from other ethnicities such as the Acehnese, Bugis, Minangkabaus and Tamil Muslims.

Hamzah Ian said...

mcm citer slumdog milionaire lak.. semua samapah.. camne la leh duduk cni

Seri Bahasa said...

di malaysia hanya orang malas dan tak ingin berusaha yang melarat. tak percaya...kenapa warga indonesia yang datang bekerja kat malaysia boleh lebih senang dari sebahagian warga malaysia?

jawapannya rakyat malaysia itu sendiri yang tahu...

Viva Sakura said...

demi sesuap nasi...