Wednesday, June 9, 2010

World Cup : Soccer In The Poor Countries

Pesta Bola Sepak Piala Dunia 2010 bakal mendatang beberapa hari lagi. Tumpuan umat manusia seluruh dunia sudah pasti tertumpu kepada kejohanan tersebut yang sentiasa dinanti-nantikan setiap empat tahun sekali. Demam bola sepak 'World Cup' sudah lama merebak dari golongan tua sehinggalah kanak-kanak pelbagai peringkat dan golongan, sama ada kaya ataupun miskin.
Walaupun begitu masih terdapat sesetengah masyarakat di negara -negara miskin masih ketinggalan daripada arus pemodenan yang bergerak begitu pantas termasuklah bola sepak
Jika anak-anak di Malaysia pada era 50an mereka bermain bola sepak menggunakan kreativiti sendiri mencipta bola sepak daripada kertas dan getah, bermain di tanah lapang, palang gol daripada dahan pokok , kini pada zaman teknologi langit terbuka, masih kedapatan kanak-kanak yang tinggal di negara miskin  menikmati permainan bola sepak hanya dengan bola buatan sendiri. 
Mereka bermain tanpa kemudahan seperti di negara kita, tiada kelengkapan peralatan dan padang, tidak menjadi halangan untuk mereka bersama menikmati permainan ini. Piala Dunia dilangsungkan di bumi mereka, namun belum pasti dapat menyaksikannya  secara langsung kerana kemudahan sistem teknologi yang terhad. 

2 comments:

Abu Luqman said...

salam kesian kat depa no..main bola ikat dgn getah je

tehr said...

sebatang pokok tegak di tengah padang
sapa2 yang penat boleh ambil tempat teduh - rehat

...tapi bolasepak negara kita pun tak ke mana2