Subscribe Us

Nasi Baryani Gam Mohd Shah Peserai Memang Umph!

Pada era penghujung tahun 80an hingga 90an, nasi baryani Mohd Shah [ Mohd Esa b Abd Rahman ] Peserai Batu Pahat begitu popular dan dikenali bukan saja oleh peminat-peminat nasi baryani gam penduduk tempatan malah  dari daerah lain berhampiran seperti Muar, Kluang dan pontian, juga Johor Bahru dan Singapura. 


Sebut saja baryani Mohd Shah semua orang tahu nasi baryaninya memang lazat, aromanya menjadi pembuka selera pengunjung-pengunjung yang datang  setiap hari. Malah pada satu ketika dulu terutamanya pada waktu puncak makan tengah hari, restoran Baryani Mohd Shah dibanjiri pelanggan dari merata tempat sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan nasi baryani tersebut.  Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada ketika itu.


Kini setelah 15 tahun, orang muo kebetulan ke Batu Pahat kerana urusan keluarga, sempat singgah di kedai tersebut. Orang muo pun apa lagi 'order'lah nasi baryani gam kambing...masih terasa betapa enak dan lazatnya nasi baryani Mohd Shah ni seperti dulu jugak..ada umph! [Sebelum balik minta dua bungkus lagi untuk makan malam.. hmm..


Kepada peminat nasi baryani gam, kedai Nasi Baryani Mohd Shah terletak di no 13-14,Komplek Niaga benteng Peserai atau dikenali sebagai Medan Selera Benteng Peserai , berhampiran sungai Peserai.


Menu yang disediakan ialah nasi baryani ayam dan kambing disamping pelbagai jenis juga  minuman turut disediakan. Harga bagi sepinggan nasi baryani kambing ialah RM 6.00 manakala nasi baryani ayam pula RM5.50. Waktu operasinya pula bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.

 [ Sehari boleh habis 3 periuk nasi baryani saiz besar seperti dalam foto ]

Datanglah menjamu selera nasi baryani Mohd Shah Peserai.
[ Ini adalah Promosi percuma untuk membantu peniaga bumiputera yang komited dalam perniagaan.]

Catat Ulasan

13 Ulasan

gnesop berkata…
wah.. bestnya.. lapor plak..
nasi lemak berkata…
pergh..mantap ah nasi beriani nie..mmg sdap gle..ni rse teringin nk mkn lagi..
Scha Nazri berkata…
wahh. sangat yummy. wajib try nie bila dtg muar.
diya jamal berkata…
briyani~!! sangat sedap, lazat, enak, bla3.. haha..
Asma berkata…
meleleh wey air liur..tp itu le, jauh bebenor..xde cawangan kt klang valley ke??? :(
mantan berkata…
OM,
tengok gambo pun dah nak meleleh. Pasti melekit dan melekat gam nye tuh!.....
Unknown berkata…
beriyani gam yang terbaik kat johor...md shah ni dulu slalu kirim kan nasi beriyani gam masa duk kolej sbb anak dia satu kolej ngan ron...
ummiross berkata…
Bila lah dapat makan nasi beriyani terbaik punya ni...
Botak berkata…
nasi baryani gam power kat taman soga best...
md shah pnye tak sodap sangat skrg ni...
:)
MinTy berkata…
Lapar
Onna berkata…
Assalam org muo,

Saya teringin nak pergi...senang tak nak jumpa stall ni? kalau saya drive dari muar ke bp...exit di mana ya? ke dekat2 tepi jalan jer?
Tanpa Nama berkata…
NI BUKAN BERIANI GAM LAH....BERIANI KAT KEDAI NI CUMA BERIANI BIASA....BUKAN BERIANI GAM....
Papa-NtiQ berkata…
Helo...saya baru je pegi makan kat kedai md shah ni weekend lepas. Pics pun dah upload kat blog saya tadi www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah la ye blog saya topik pasal makan, makan dan makan 100% tak de topik lain hehe.
Kalau sudi follow yer blog saya TQ TQ TQ