Subscribe Us

Jual Susu Badan Secara Online Untuk Tampung Kos Rawatan Bersalin

Seorang ibu muda dari Exeter, Britain menjual susu badan secara online sebagai cara menambah pendapatan sementara dirinya sedang produktif mengeluarkan susu badan selepas  melahirkan anak lelakinya  awal tahun ini.
Toni Ebdon, 26, menggunakan 'breast pump' untuk mengeluarkan susu badannya dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Beliau memasarkan produk tersebut melalui website Gumtree dan ramai pula pelanggan yang berminat untuk membelinya. 
Walaupun tujuan asal mensasarkan jualan susu badan kepada ibu-ibu bersalin yang menghadapi masalah tidak dapat menghasilkan susu badan, namun Toni merasa terkejut apabila kebanyakan tempahan diterima daripada kaum lelaki.  Situasi ini nampak seperti pelik tetapi pada hakikatnya kaum lelaki dewasa yang membeli susu badan meminumnya untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan, merawat penyakit kanser, kencing manis dan diarrhea.
Toni Ebdon mengenakan bayaran $26 untuk setiap 113 gram susu badan sama ada susu segar atau yang disimpan di dalam fridge. Menurut Toni, dia melakukannya bukan bertujuan untuk mengambil kesempatan  mendapatkan keuntungan  daripada jualan susu badannya, hanya untuk menampung kos rawatan &  bayaran semasa melahirkan anak kerana suaminya juga tidak dapat membantu sepenuhnya, 

Toni Ebdon akan terus menjalankan jualan sehingga susu badannya kering  secara online dan akan melakukannya lagi apabila mendapat baby baru nanti.

[Dalam Islam susu badan hanya boleh diberikan kepada bayi-bayi selain anak sendiri yang baru dilahirkan sebelum mencapai umur 2 tahun  yang juga dpanggil sebagai ibu susuan. Jika bayi tersebut mendapat susuan daripada seorang perempuan bukan ibu kandungnya sehingga kenyang, maka pertalian antara bayi susuan  dengan ibu susuan hampir sama seperti ibu kandung, kecuali dari segi pengagihan harta warisan. Harap maklum, mohon maaf jika pernyataan ini kurang tepat atau tidak tepat.]
[sumber : odditycentral]

Catat Ulasan

5 Ulasan

Aftiey El Irdina berkata…
Macam macam orang sekarang. :)
kaseh cempakaz berkata…
kalau mcm nni aku pun nk jual susu bdn la hehehe tapi agama melarag untk menjual susu bdn...kecuali ada sbb tertentu...mcm ibu susuan
orang muo berkata…
betul tu.. jgn lakukan sama sekali.ia bertentangan dgn ajaran Islam sebenar
MiaSaidin berkata…
hmmm ikut islam, dia ni dah jadi ibu susuan berapa banyak orang da..
Bintu Sazali berkata…
betul2.baru nk cakap camtu..huhu.