Monday, June 14, 2010

Berniaga Cendol Warisan 3 Generasi 60 Tahun Masih Bertahan Sehingga Kini

Cendol..cendoi...memang sedap
Jika anda datang ke daerah Muo, jangan lupa singgah di Gerai Cendol Mamak yang terletak berhampiran persimpangan Jalan Abdullah dan Jalan Sisi, Muo. Cendol En Nasir antara yang paling sedap di bandar Muo. 
Setiap hari En Nasir mampu menjual sehingga 600 mangkuk cendol  dengan pendapatan bersih sebulan kira-kira RM 5000.00.Beliau merupakan generasi ketiga mewarisi keluarganya menjual cendol.
Menurut EN Nasir, datuknya Mohd Varusi berasal dari India merantau ke Tanah Melayu sekitar tahun 50an. Datukny membuka perniagaan cendol sejak sebelum Malaysia merdeka lagi. Kemudian diwarisi oleh bapanya, En Meerasah dan kini beliau meneruskan perniagaan warisan keluarga berusia 60 tahun.
Apabila ditanya tentang rasa  cendolnya yang lazat sehingga dikenali penduduk Muo pelbagai kaum, beliau menyatakan santan daripada kelapa terpilih serta adunan semasa menyediakan cendol perlu mengikut cara yang betul warisan keluarga amat dititikberatkan supaya rasa lazat cendol sentiasa sama. Beliau dibantu oleh dua orang pekerja melayan pengunjung gerai cendolnya. En Nasir juga mengutamakan kebersihan termasuk kebersihan peralatan, gerai dan kawasan gerai.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin B Mohd Yassin, seringkali minum cendol digerai datuknya semasa beliau bersekolah di Muo. 

Harga cendol semangkuk ialah RM1.20, tambah kacang atau pulut RM 1.50. Selain cendol beliau juga menyediakan ABC dan pelbagai jenis kuih- muih untuk para pelanggannya.

11 comments:

pawaka19 said...

cendol ni muor kat mane ek..sy duk kg.parit samad

Stargone said...

Aku jarang minum cendol.. tapi yang paling sedap pernah aku rasa, kat bangi. kat area kilang-kilang tu.

aku_tiewa said...

wowww..bestnye cendol..nyum3

ybs said...

cendol kat simpang nak masuk pasO pt jawa tu best jugak....

hehe

Umi said...

wah... cendoi... belanja laa... =)

Anonymous said...

Cukai ada bayar ka?

nohas said...

RM5,000/- sebulan, wow..

Tak lama lagi satu abad..lamanya..family business..

M!Er4N said...

sedapnya ABC..kalau ada orang belanja lagi best..huhu

ASaDa RyutaRo said...

wahh.. macam best! tapi nape x buat premis yg lebih bagus untuk tarik lebih ramai pelanggan n keselesaan? hurmm..

zhida said...

sedapnye cendol dengan pulut..huhu tlioq

Along Tapa said...

haha...popular cendol pakcik nasir ni ek...teringat zaman-zaman sekolah dulu..balik jek sekolah, mesti menyimpang pegi kedai ni dulu sebelum pegi bus stand...


Blog nostalgia budak Muor