Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru : Elaun Tanggungjawab RM 2.00 Sehari?

16 Mei merupakan tarikh keramat bagi setiap warga guru seluruh negara . Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Sempena sambutan Hari Guru ini orang muo sempat menemu ramah beberapa orang rakan yang bertugas sebagai guru. Kebetulan jiran orang muo ialah  guru berjawatan Guru Besar dan GPK. Orang Muo ingin mengutarakan khusus tentang imbuhan yang diterima oleh Guru-Guru Besar dan Guru Penolong Kanan DGA 32 dan DGA 34. Orang Muo berasa simpati dengan para GB dan GPK yang selama ini hanya mendapat imbuhan Elaun Tanggungjawab (ETJ) RM 2.00 sahaja sehari berbanding dengan beban tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul setiap hari, sebulan dapatlah RM60. 00. ( ETJ Guru Besar RM 100 sebulan? ). RM 2.00 sehari?...
" Bertugas sebagai pentadbir pengurusan sekolah amat berbeza dengan tugas seorang guru. Selain mengajar GB dan GPK memikul tugasan mengurus dan mentadbir hal ehwal sekolah. Bukan mudah untuk melayan murid, pekerja sekolah, staf sekolah dan para guru yang berbagai ragam dan perangai, sedangkan program sekolah  yang menggunung perlu dilaksanakan. Dalam perjawatan perguruan, beza antara guru biasa dengan GB dan GPK hanyalah ETJ yang mereka peroleh, sedangkan tangga gaji mereka serta elaun-elaun yang lain tetap sama." jelas sahabat orang muo yang juga GB.

Sebagai sebuah negara yang sudah dianggap lebik baik kedudukan ekonominya berbanding dengan sesetengah negara di Asia, jumlah ETJ untuk Guru Besar dan GPK yang diterima oleh mereka sekarang sangatlah tidak sesuai, apatah lagi bebanan tugasan yang sememangnya berat . 


" Maka sebab itulah ramai guru yang berkelayakan menolak jawatan GPK yang ditawarkan kerana insentif yang diterima tidak sepadan dengan tanggungjawab dan tugasan seharian. Jika nasib tidak baik, mereka akan ditugaskan di sekolah yang jauh di luar daerah memandangkan kekosongan jawatan yang amat terhad. Mereka terpaksa berkorban tinggalkan anak dan isteri, setiap minggu kena balik jenguk keluarga, kos minyak kereta belum kira lagi," kata jiran orang muo ini lagi.

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini warga GB dan GPK amat berharap Menteri Pelajaran Malaysia yang baru, YAB Tan Seri Muhyidin Mohd Yassin, dapat menjanjikan sesuatu yang bermakna untuk mereka sebagai pembakar semangat supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik, bertanggungjawab dan sedia berkhidmat demi membina bangsa maju dan berakhlak. Pihak kementerian dan kerajaan seharusnya menilai semula elaun tanggungjawab guru-guru ini sesuai dengan arus perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks.

Jika anggota polis sering menerima imbuhan yang menarik diharap sambutan Hari Guru pada tahun ini memberikan sesuatu berita yang menarik buat golongan guru agar mereka lebih bersemangat mendidik dan mengasuh anak-anak murid menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia.

" SELAMAT HARI GURU " " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

11 comments:

Anonymous said...

selamat hari guru. kepada guru semua, berkhidmatlah dengan ikhlas. cukuplah nak tuntut macam2 elaun. dah macam2 insentif diberi oleh kerajaan. nak kata kerja guru susah, kerja lain pun susah juga. memang kerja guru ni tak boleh nak jadi kaya. dah tau kerja guru ni susah, kenapa pilih nak jadi guru. pilihlah kerja lain, jadi doktor ke, jadi jurutera ke, jadi peguam ke, jadi pengurus kilang ke, jadi ceo ke, jadi DO ke. dari dulu sampai sekarang, gaji guru dah naik berkali ganda tapi disiplin murid nampak makin teruk. kerjalah dengan ikhlas dan amanah. INSYA ALLAH rezeki yg diterima tu halal dan berkat, walaupun sikit tapi tinggi keberkatannya. jangan selalu ponteng kelas. ajarlah anak murid tu bersungguh-sungguh. saya pun guru dulu. saya keluar maktab, gaji cuma rm 310.00 saja. tapi saya tak pernah merungut walaupun gaji sikit. alhamdulillah, bila dah bersara, badan saya sihat, anak saya semua berjaya, hidup saya bahagia. Allah swt akan beri kita kerahmatan jika kita jalankan amanah ibu bapa dan masyarakat untuk mendidik anak-anak mereka. SELAMAT HARI GURU

al-basri said...

salam,
bagi saya guru selayaknya mendapat imbuhan yang wajar. elaun RM2 sehari bunyinya sangat ironis, sedangkan guru bertugas dari pagi sampai malam, bermula awal pagi di sekolah sampai membuat persediaan mengajar dirumah pada waktu malam.

tanggungjawab guru juga tidak hanya berkaitan akademik, tapi juga sukan, moral dan pertadbiran sekolah. tentera kita sering mendapat imbuhan dan berbagai kenaikan setiap tahun, apakah tentera kita berperang setiap hari?
mengapa tidak, guru juga seharusnya mendapat berbagai kenaikan dan imbuhan sewajarnya.

pendidikan adalah tunggak kemajuan negara.guru adalah penggerak semua kemungkinan itu.

selamat hari Guru..

Dimas said...

buat para guru, SELAMAT HARI GURU terima kasih atas pengabdianmu yang tiada tara...

Artikel Internet Online said...

Guru adalah orang tua kita disekolah, selayaknya beliau2 mendapatkan penghormatan yg setinggi2nya..

Aida Ali said...

Amboi-amboi anony. Macam iri je nampak... Guru-guru ni ikhlas, kalau kerajaan nak bagi kita ambil. Seiring dengan insentif kakitangan awam yang lain. Kerajaan sekarang dah semakin makmur. Betul ke anony tak pernah merungut dulu-dulu?? Setiap era ada isu tersendiri. Jangan marah ye - Selamat Hari Guru.

penjejak maya said...

salam,

untuk pk, gb & pengetua tu insya-Allah ada berita baik..

Selamat Hari Guru untuk para pendidik..

cikgupj said...

Selamat Hari Guru Kepada semua guru.Sempena hari guru, jangan asyik puji dan sanjung guru saja.Golongan guru juga harus diberi teguran sempena hari mereka.Kunjungi http://cikgupj.blogspot.com/

Aidi-Safuan said...

rm2? sebulan dadapat rm60 tuh. makin kaya la cikgu. :)

Afzainizam said...

Keluk kemudi tidak dilupa,
Baru seimbang pelayaran kita;
Para Guru amat berjasa,
Bakti Guru disanjung mulia.
~~~@@@~~~
Selamat Menyambut Hari Guru
”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

lama tak ziarah sini beb... putus hubungan jap... but akustill ingat kau.. datanglah blog aku wehhhh

pengumpulblog said...

walaupun terlambat sedikit, saya mengucapkan selamat hari guru kepada pendidik di seluruh malaysia. semoga pengorbanan mereka berbaloi dengan kejayaan setiap pelajarnya.

Azrul said...

Kenapa kerajaan dan pembangkang asyik nk beri imbuhan kepada guru? Habis tu, what about doctors, engineers, kerani kerajaan, mereka nie takde contribute kepada pembangunan masyarakat ke? Engineers, doctors, kdg2x keje 365 days a year.. always on standby.. kerani dan seangkatannye, kdg2x wat filing system smpi department dpt ISO.. Bile dpt ISO, urusan lebih sistematik.. tue yg IC leh siap sehari, pasport leh siap sehari.. bkn ini dikire contribution kepada masyarakat ke?
Asyik2 guru, asyik2 guru.. Kenapa xnaikkan imbuhan prestasi kepada sume penjawat awam.. no wonder attendan pam minyak pun nk jd cikgu, lebih masyuk ma..