Friday, May 7, 2010

Penjara Norway’s Halende Seperti Resort Percutian [Pembaziran?]

Dengan keluasan kira-kira 75 ekar persegi di hutan pine, Penjara Norways Halende tidak seperti kebanyakan penjara yang serba memeritkan, bau yang meloyakan dan sebagainya. Di sini para banduan menikmati kehidupan selesa, malah lebih baik daripada kehidupan semasa mereka berada diluar. 

Penjara Norways Halende merupakan yang kedua terbesar di Norway, dibina dengan kos USD $252 juta dan mengambil masa selama 10 tahun untuk menyiapkannya tetapi hasilnya amat mengkagumkan. Penjara ini dibina berkonsepkan kehidupan di dalam penjara  lebih baik daripada di dunia luar.
Setiap bilik Penjara yang berukuran 12 meter persegi ini dilengkapi dengan TV LCD, perabut moden dan 2 meter persegi bilik air.

Selain itu penjara ini juga disediakan pelbagai kelenkapan moden seperti dapur moden tempat mereka belajar memasak, studio rakaman, perpustakaan, workshop, gimnasium, dan bilik studi. Rumah dua bilik juga disediakan untuk  banduan berpeluang bersama  keluarganya yang datang melawat serta bermalam di situ.

[ Are Hoidal, the prison’s governor, said the Norwegian prison system focuses on human rights and respect, so he doesn’t see any of this as unusual. Well, people must live a great life in Norway, because if that thing was built where I’m from, criminals would literally line up to rob or stab you, for a chance to live there. Seriously, that thing looks a lot better than any hospital or college dorm I’ve ever seen. ]

Orang Muo berpendapat penjara seperti ini hanya akan membebankan kerajaan,  juga  satu pembaziran wang rakyat dengan kos pembinaan yang tinggi semata-mata untuk kemudahan frasana penjenayah yang memberi masalah kepada negara dan rakyat, malah seolah-olah menggalakkan rakyat atau sesiapa saja yang menghadapai masalah sosial dan keperitan hidup melakukan jenayah dengan tujuan  untuk disumbatkan ke dalam penjara serba mewah itu kerana suasana kehidupan di penjara lebih baik daripada apa yang sedang mereka hadapi di luar penjara. 

Kos pembinaan penjara mewah berjuta ringgit lebih baik dan wajar dibelanjakan untuk rmembantu rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Biarlah mereka yang melakukan kesalahan melanggar undang-undang itu merasai betapa peritnya hidup dipenjara sebagai pengajaran dan pedoman semoga mereka akan mendapat hidayah dan keinsafan.

15 comments:

reen_sofee said...

pergh!
kalo cam tuh nak dok dlm penjara laa!
tapi tak ke macam menggalakkan org buat jenayah sebab penjara sikit punye lawa!
hahaha

Anonymous said...

kalau nak kira membazir... kat Malaysia lagi banyak membazir... Norway dia boleh buat begitu sebab kadar jenayah dia rendah... kat sana mana ada menteri raba punggung wanita... mana ada menteri terlibat skandal seks...

Syafiq Kadiran said...

aku rela tinggal dalam tu..huhuhu...best btol~~

Miecyber said...

Penjara ker hotel tu?
Cantik dan selesa jer...

sangilapi said...

terpegun jugak melihat kemudahan yang disediakan untuk para banduan di sana.

afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

eeeemmm ramai yang rela dok dalam penjara klu cam tu....

Sorry lama sungguh tak ziarah blog kamu maaf ye kerana kesibukan bekerja membataskan masa untuk berblog namun kita tetap kawan di alam maya..…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

10 said...

tu dia... penjara ke hotel ni? lawa bangat? kemudahan pun boleh tahan...

mhagnoth said...

Norway negara Black Metal yang aneh

Aidi-Safuan said...

hahaha..try buat 1 kat malaysia. :p

cemomoi said...

sapa-sapa yang kena penjara sila mohon penjara kat norway

Melanau Blogger said...

setuju dgn orang muo...memang tak adil kalau buat penjara begini. penjenayah pulak yang hidup selesa...
kalau ini terjadi di Malaysia, amatlah malang buat kita sebagai rakyat biasa.

::ienafazlyna:: said...

maaaaakkkk aaaiiii..mcm nie aku nak masuk penjara gak la

korang suke mengomen??ape jom masuk mengomen kat bilik aku plak
Bilik Tidur Cik Puan Ienafazlyna

MGMSabri said...

Salam,
Saya tertarik memberi sedikit komen mengenai penjara ni.
Jika dibandingkan dgn Malaysia mmg lah tdk adil sebegitu.
Akan tetapi jika kita lihat dari segi Ekonomi Norway penjara sebegitu sebenarnya lbh teruk dri rmh biasa bgi rakyat negara tersebut.
Percaya x?
saya mmg x prnh pergi Norway...ttpi data GDP (Gross Domestic Product) per capita bgi rakyat Norway ialah USD 79,085 (rekod tahun 2009)iaitu kedua tertinggi di dlm dunia ni.
America sendiri kalah.
Amerika tempat ke-9 slps UAE.
Ini bermakna, mereka semua kaya-raya.
Populasi pula hny 4.5juta-5juta org je bgi keluasan 385,252 kmpersegi.
Jdi ia adil bgi rakyat mereka dgn keluasan bilik penjara spt itu.
Jika saya silap, harap maaf.

myFirdaus said...

mmg ramai ar apply nk pi penjara kat norway... keadaan lebih aman dari dunia luar.... hik3.. idop pon terjamin la sikit... :)

Cik Qemm said...

err pelik.
kenapa diorg treat penjenayah mcm YB? hm..