Subscribe Us

Pekan Rabu Alor Setar


Baru - baru ini orang muo ke utara menjemput anak sulung yang telah menamatkan pengajiannya di UUM selama 3 tahun. Kemudian singgah dan bermalam dibandar Alor Setar. Antara tempat popular di Alor Setar ialah Pekan Rabu.


Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah.  Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.



Hampir 100% peniaga di situ ialah orang Melayu dan bumiputera. Majoritinya kaum wanita. Pelbagai jenis barangan terutamanya pakaian banyak terjual di Pekan Rabu. Orang Muo dapati kebanyakan barangan adalah hasil keluaran penduduk tempatan . Kita tumpang bangga dengan kejayaan Kaum Melayu Kedah kerana  dapat mempertahankan aktiviti jualannya walaupun banyak cabaran dan saingan yang terpaksa dihadapi terutamanya dari kalangan peniaga kaum lain. Sekurang-kurangnya bangsa Melayu mampu berniaga di tengah-tengah bandar raya. Itu yang kita mahu lihat...


Bagaimana dengan harga barangan di Pekan Rabu? Tinjauan orang muo mendapati harga sesetengah barangan hampir serupa dengan tempat-tempat lain sama ada di Kedah atau di Johor. Namun begitu, terdapat juga  barangan asesori pakaian seperti kain songket, baju Melayu, dan tudung lebih murah dan berpatutan daripada harga yang dijual di Muo. Tidak rugi jika kita berbelanja atau membeli-belah di Pekan Rabu di samping membantu saudara sebangsa kita supaya mereka lebih berjaya dalam perniagaan. Hidup Pekan Rabu Alor Setar. 


[ Selain Pekan Rabu Alor Setar, Pasar Payang Kuala Terengganu dan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu adalah mercu tanda kejayaan orang-orang Melayu Desa yang berjaya dalam bidang perniagaan yang menjadi kebanggaan Bangsa Melayu...]

Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
salam orang muo...

wah2 promote abis2an pekan rabu tu...he he he , ummi orang sana gak tp dah lama tak jejak kaki ke pekan rabu sejak dibaik pulih dulu tu..

rupa2nya dah cantik yg amat...selamat berbelanja...
Rina Azam berkata…
wah..pekan rabu..bangga jadi anak kedah.. hehe
mrs azmil berkata…
loorrh cam gine ghupenya pekan rabu...selalu dgr and bace kt magz je...baru org klang tau inilah pekana rabu hee
Pojiepooh Abdullah berkata…
Erk, i banned this kind of place..
Sebab apa?
Sebab leh pokai shopping kat sini..
Betull
Masa study kat Trg dulu, mak datang melawat, kawan² dtg melawat, bawa diorg gi Pasar Payang, diorang belanja sikit saya yg belanja sakan..
Hahahah..

Love,
PojiePooh Abdullah
mohamad berkata…
Salam Orang Muo.
Bilalah peluang saya nak balik kampung. Orang Muo tak patut buat macam tu, hati dah meruntun-runtun nak balik nie.....
D'lla berkata…
fuh terasa bangga menjadi org alor setar nih :)
sepupu D'lla pn baru abis study uum minggu lpas..
Unknown berkata…
la..gi UUM ke..dekat le ngn umah kite..hee..pekan Rabu mmg best..menara alor setar tak gi?
Aida Ali berkata…
Lama tak pi Pekan Rabu. Rindunya
nuriz berkata…
pekan rabu dah comey lawa..brg2 pun banyak...macam2 adaaa :)
Tanpa Nama berkata…
wahh..pekan rabu..ellis penah jejak kaki sekali je kat situ..tah tahun bile la nak dpt pg lg
Asma berkata…
kawen ng org Sg.Petani, tp x pernah sampi alor setar..lepas ni kena singgah la boleh pegi pekan rabu...hehehe
Unknown berkata…
gitu rupanya pekan rabu? tak pernah sampai sana.....
hackerss berkata…
tringin nak jalan2 kat pekan rabu.mesti byk shopping kan??