Thursday, May 27, 2010

Kanak-Kanak 2 Tahun Hisap Rokok 40 Batang Sehari

Kanak-kanak berumur 2 tahun duduk di atas trak mainannnya sambil menghisap rokok seolah-olah seperti gaya seorang pemandu lori pertengahan umur.

Sukar untuk menggambarkan bagaimana Ardi Rizal, seorang kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun sudah ketagih menghisap rokok setiap hari. Foto di atas menjelaskan betapa Ardi Rizal, 2 tahun, tinggal bersama keluarganya di Musi Banyuasin,  Selatan Sumatra Indonesia, menghabiskan 40 batang rokok setiap hari yang boleh menjejaskan kesihatannya dan kini kanak- kanak tersebut menghadapai masalah untuk bergerak dan keadaan kondisinya bertambah teruk.
 Wajah Ardi tidak seperti kanak-kanak 2 tahun akibat kesan rokok
Menurut ibunya Diana, 26, anaknya benar-benar sudah ketagihan rokok. Jika dilarang menghisap rokok, anaknya akan membuat perangai, marah dan menjerit sambil menghantukkan kepalanya pada dinding.
 Ardi hanya menghisap satu jenis jenama rokok saja. Bapa kanak- kanak tersebut, Mohammed, 30, bekerja sebagai penjual ikan terpaksa membelanjakan RM24.00 sehari membeli rokok untuk Ardi.
Keluarga kanak- kanak ini  pernah ditawarkan hadiah sebuah kereta baru oleh seorang pegawai kerajaan tempatan jika dia berjaya menghentikan tabiat ketagihan anaknya itu. Namun mereka gagal berbuat demikian kerana anaknya akan membuat perangai yang bukan-bukan jika kehendaknya tidak diturutinya.
Apa yang menyedihkan ialah apabila bapanya menyatakan anaknya kelihatan comel dan dalam keadaan sihat.

Amat malang bagi seorang bapa dan ibu jika tidak dapat mendidik, mengawal dan mengatasi masalah perilaku anak seawal dua tahun. Adakah mereka terlalu jahil ilmu atau terlalu memanjakan anak atau terlalu sayang sehingga sanggup membiarkan diri menuruti kehendak anak yang masih belum  berakal / mumayiz. MasyaAllah..
[sumber:dailymail.uk]

33 comments:

cikgadis konfiuss said...

uh?? adoii...
kecik2 lagi...aishhh!!!
geram oh baca ni!
huu

reen_sofee said...

kalo bukan parents die yg didik sape lagik!
huh

Gransazer said...

msti bapak dia yg bg ni..ish2..

ijoks2009 said...

Bukan salah ibu mengandung,salah bapak yang tak tahu cara didik anak dengan betul.
Tak pernah saya kenal bapak sebangang ni.

AzRi AzyAn said...

isk3..dasyat gak eh..mcm2 manusia skrg ni...

adam said...

biar btul bdk ni. 40 btg sehari?? Dunia nk terbalik, mak bapak ikut kerenah anak..

zulkbo said...

salam..
sedihnya kalau jadi begini
apa penyelesaiannya?

RON said...

macam pailang dah gaya dia..haha

rossoneri said...

kita penah tgk video kat facebook, budak dari thailand kot (xpasti), hisap rokok dgn gaya ala2 mafia.. budak tu dalam 5 tahun cam tuh.. ngeri je tgk..

ASaDa RyutaRo said...

bukan budak ni ke yang dalam video kt facebook tu. budak ni dah memang macam mafia lagaknya.

hadoi.. cmna la. takkan la nk diturut kehendak anak yg merosak diri tu. sape ajar dia merokok? haaa..

Syafiq Kadiran said...

easa sakit hati je baca entri ni...mk bapak dia mmg xboley paki...ikot sgt anak dia tu...kang da besar, kompom2 kene pijak...

ashrafi said...

budak ni yang heboh videonya kat youtube haritu kan... sampai ditarik balik penyiarannya.. apapun, ni masalah orang tua punya didikan nih..

wallahu a'lam

Dimas said...

seeharusnya orang tuanya bisa mendidik sang anak, bukannya malah mendukungnya...

Artikel Internet Online said...

duh, sedih juga melihatnya, masa orang tuanya nggak bisa melakukan apa2,..

bukan penggoda said...

stail! :)

Leelee said...

tak nampak muka budak langsung.
macam orang tua saja muka dia.
akibat hisap rokok la tuh.

Viva La zuLL said...

gua tgk budak tuh macam monster gorgon. sudah tidak kiut owh..

http://ohserius.blogspot.com

AROL DSHW said...

apa punca si anak boleh menghisap rokok seawal usia 2 tahun?
hurm. =.='

Shiela Latif said...

adeiiii....takleh tahan tengok muka budak nie selambanyer isap rokok cenggini...nak tunjuk kat husband lar artikel nie....

Jericho said...

Alahai, apa nak jadi macam ni. mungkin umur budak ni tak sampai 10 tahun pun..

Nik Shazwan said...

sungguh bergaya budak itu!

ZilaJai said...

ada terbaca lam metro td...tkejut gak tgk ini budak!! hisshhh!!

Amira Putri said...

bapak orang pun x ketagih mcm tu...

Ery Farieha said...

iskiskiskk
konon stylo lah tu smoking
huhuhuh
mmg x mcm 2 tahun langsung
mcm 5thn je
hurmmm

Bo the Nerd said...

Tgklah cara budak ni letak kaki atas trak dia tu..hehe..tak cecah umur 10 tahun aku rasa budak ni.

Mantra said...

Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang.
Tapi tak boleh salahkan dia. Dia tak tahu apa-apa.
budak lagi. Yang patut disalahkan ialah ibu bapa
yang mendidik anaknya sedemiian.

Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anaknya

Seri Bahasa said...

dah mengalahkan orang dewasa dia ni. tp tak boleh salahkan dia mungkin kesilapan pertama dari pihak orangtuanya.

nuriz said...

sape yang ajar dia hisap tu, mak bapa pun tak halang, rosak la budak tu

mamawana said...

budak ni takdak mak bapak kut...mungkin penjaga dia yg tak bertgjwb...sungguh tidak sopan..cam nak bunuh budak tu jer kasi cepat mati...iskkk..

Boy said...

overnyee!

Long Haffiz Long Hassan said...

baby yg pling macho prnh aku jumper..

Jijahh @ f.k said...

isk .. teruknye

~ Lady ell ~ said...

Knapalh makbapak budak ni,sakit otak ke. Apalh cuba nk dibnggakn dgn gi tayang kt org2 yg anak dia kecik2 dh trlampau handal sangat merokok.

Ini mungkin kira kes "kecik2 tk nk mampus,dh besar nyusahkn org". Jd sblm anak dia besar nyusahkn org nnt..dibunuhnya dulu (buat contoh dn teladan utk kita semua).HaHa..