Friday, April 2, 2010

Nenek Berbasikal Merentasi Rusia 17 000 Km

Seorang nenek berusia 66 tahun dari bandar Tver, Rusia, telah berjaya menamatkan pengembaraannya hanya dengan berbasikal sejauh 17 000 km. Nenek Yuliya Mikhailyuk berbasikal ke Sakhalin Island di Timur Jauh Rusia kemudian berpatah balik ke rumahnya di Barat Rusia mengambil masa selama 7 bulan. Nenek Yulia berkata dia menjadikan trip tersebut sebagai cabaran buat dirinya yang memang meminati sukan  sejak kecil kerana percaya  ia membantu mengekalkan kesihatan fisikalnya

Kecekalan nenek yang begitu bersemangat ini memberi cabaran kepada kita terutamanya generasi muda supaya tidak mudah patah hati, patah semangat dalam mencapai cita-cita atau cabaran yang mendatang.  Kegagalan bukan penamat segalanya. Bangun anak muda bangsaku! Bulatkan tekad dan azam! Kejayaan berada di depan anda dengan syarat anda yakin. InsyaAllah...

1 comment:

Miecyber said...

Dasyatlah nenek nie..