Thursday, April 8, 2010

Nenek 102 Tahun Murid Tertua Di Dunia Membuktikan Belum Terlambat Untuk Ke Sekolah

Seorang nenek berusia 102 tahun membuktikan belum terlewat  seseorang itu belajar di sekolah. Ma Xiuxian, dari Jinan, Shandong yang tidak berpeluang ke sekolah semasa zaman kanak-kanak, kini telah tercapai impiannya untuk merasai sendiri belajar bersama murid-murid kecil sebaya cicitnya.

Pada usia 13 tahun beliau sudah berdikari dengan bekerja sebagai penenun kain dan mendirikan rumahtangga ketika berumur 18 tahun. Beliau dikurniakan 9 orang anak, 7 daripadanya berjaya menuntut hingga ke menara gading. Anak-anaknya menyedari bahawa kedua-dua ibu bapanya begitu bersungguh-sungguh mendidik dan memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran masing-masing tetapi tidak berpeluang ke sekolah seperti mereka.
Buat pertama kali, selepas ditemu ramah oleh sebuah akhbar tempatan, tentang impiannya yang belum tercapai akhirnya pada 31 Mac 2010 beliau telah di beri peluang untuk belajar  di Weishan Road Elementary School. Dengan kelengkapan peralatan dan beg sekolah nenek Ma juga membawa sebuah kanta besar untuk bersama murid-murid belajar di dalam kelas.
Beliau begitu bangga dan gembira sekali apabila berpeluang belajar di sekolah dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sebagai sumbangan beliau kepada tanahair  walaupun sudah lanjut tetapi mampu untuk belajar di sekolah.
[sumber:odditycentral]

21 comments:

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

semangat mcm ni la yg kte nak..

ASaDa RyutaRo said...

wohoho~

study sampai ke liang lahad.

:)

jed_biru said...

cita2 akhirnya kesampaiaan....=P

amirah said...

waa...comelnya nenek g sekolah..
puji dgn semangat org org sna

Dimas said...

wew, bukan masalah tuanya...
itu umur bisa ampe 102 tahun ampun deh..

Internet dan Bisnis Online said...

kunjungan perdana...
blognya sudah saya follow, klo berkenan follow balik ya...

Pacifist said...

selagi masih bernyawa,mereka2 yg bersemangat ttp mencari apa yg mereka mahukan.lebih2 lg ilmu.salut utk nenek...

pakcikLie said...

semangat belajar dan terus berusaha...perlu dicontohi..tapi tak perlu tunggu sampai jd nenek .

Syahrul Iman said...

nenek nie sungguh rajin...

mantan said...

Selain merasa nikmat kerana "dapat tahu", nenek itu mengalami "terapi" yang menceriakan hidupnya....
Dia nampak sihat.....

Steward said...

Wa, sekurang2nya Nenek ni ada semangat kental.. Mesti dulu keluarga tidak mampu untuk hantar kesekolah, terpaksa mencari nafkah dalam usia yang muda. Bila dah settle semua, meneruskan apa yang dia telah tinggalkan.. Memang salute la dengan nenek ni...

farysa said...

bgusnye nenek ni
=)

tehr said...

ramai remaja yg melepaskan peluang untuk belajar - sedih!

Miecyber said...

Nenek Boleh !!!!!!

Wawa Takizawa said...

respek lar nenek nie leh p skola dlm usia 102 thun..
kalu nenek len umo cmnie ntah bleh p ker x..

Cik Yang said...

Syukur Alhamdulillah dalam umur saya hampir 59tahun. Ini 102tahun masih sihat dan kuat... rezekinya hidupnya begitu baik sekali.Thanx for the infore !!!

Mesintaip: said...

Belajar sepanjang hayat..

Alai said...

walaupun sudah menjangkau usia 102 tahun, tetapi semangat beliau untuk terus belajar tidak pernah putus. Semoga beliau terus berjaya.
Dan salam perkenalan juga untuk orang muo.

terima kasih...

melle. said...

CAYAA LAAH

Bakkanekko said...

Salut! Malah anak" sekarang yang punya kesempatan sekolah pada males belajar.. haha.. kebalik banget.

miss nina said...

it's never too late to study kan?
teringat frasa -->> belajarlah sampai ke liang lahad