Thursday, April 29, 2010

Bagaimana PC Masa Depan?

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
Bagaimana agaknya rupa komputer masa depan ya? Saiznya sudah tentu semakin mengecil seperti dahulu sebuah komputer memerlukan satu bilik untuk menempatkan unit pemprosesan sepusat (CPU)nya dan kini ia boleh diletakkan dalam bekas sebesar tapak tangan saya.

Sebenarnya bukan tapak tangan, cip komputer sekarang sudah boleh diletakkan di dalam cermin mata atau baju anda yang membolehkan cermin mata atau baju itu menjadi komputer.

 
Komputer maya
Jika anda pernah melihat filem Minority Report lakonan Tom Cruise, tentu anda kagum apabila pelakon kacak itu mengakses pelbagai aplikasi komputer dengan hanya menyentuh tangannya di skrin maya. Dengan hanya menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan, pelbagai aplikasi di keluarkan di hadapannya yang mempunyai cahaya yang dipancarkan.

Inilah yang dikenali sebagai komputer maya dan walaupun ia kelihatan seperti tidak realistik tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan di masa depan. Setakat ini, papan kekunci maya (yang tidak menggunakan papan boleh sentuh) berasaskan laser sedang dibangunkan dan ia membolehkan anda menaip di atas mana-mana permukaan yang rata.

Konsep yang sama juga akan digunakan untuk skrin komputer di masa depan yang mana skrin maya akan dipancarkan ke dinding rata seperti projektor dan anda tidak lagi memerlukan skrin kaca seperti sekarang.


Komputer boleh pakai
Saiz komputer yang semakin mengecil membolehkan konsep komputer boleh pakai dibangunkan. Cip akan diletakkan di dalam baju, cermin mata, jam tangan dan sebagainya, manakala skrinnya boleh anda lihat di cermin mata atau menggunakan pancaran laser seperti skrin maya.

Apabila anda 'memakai' komputer ini, arahan boleh dilakukan dengan sistem pengesahan suara dan juga menggunakan perisian pengenalan tulisan tangan. Dengan itu, anda tidak perlu menaip lagi tetapi hanya bercakap dengan komputer atau menulisnya di atas skrin maya. Komputer seumpama ini sangat berguna terutama kepada pekerja teknikal yang perlu mengakses maklumat tanpa pergi ke pejabat seperti dengan hanya memakai cermin mata sahaja, dia akan mampu melihat di skrin komputer biasa.

Komputer bertambah pintar
Komputer bukan hanya menjadi alat untuk meningkatkan produktiviti atau pelajaran tetapi akan menjadi rakan karib anda! Ini kerana ia akan berfungsi sebagai penjaga anda, terutama mereka yang telah berumur seperti memperingatkan masa untuk memakan ubat, membuat panggilan video kepada rakan dan melindungi keselamatan anda.

Komputer baiki diri sendiri
Usaha meningkatkan kecekapan komputer sehingga mampu membaiki dirinya sendiri merupakan usaha yang menarik kerana ramai daripada kita tidak mahu memikirkan mengenai masalah komputer. Asalkan dihidupkan, ia harus hidup. Seperti yang kita lakukan kepada televisyen di rumah. Bagaimanapun, usaha ini lebih kepada peningkatan sistem operasi Windows yang mana ia seharusnya mampu membaiki sendiri jika berlaku keriosakan kepada sistemnya.

Semuanya wayerles dan berangkaian
Seperti yang kita lihat hari ini, perkembangan teknologi membolehkan pelbagai akses dilakukan tanpa wayar dan jika teknologi bateri semakin baik, komputer juga tidak akan memerlukan kabel lagi.

Alat pengecaj juga mungkin tidak diperlukan lagi kerana komputer anda boleh mengecaj baterinya daripada sumber semula jadi seperti matahari, angin atau air! Komputer anda pula sudah tentu akan dirangkaikan kepada telefon bimbit, televisyen, sistem rumah pintar, kereta dan juga dapur anda!

Maka semuanya berhubung antara satu sama lain. Jika hendak memperkatakan mengenai PC masa depan, sememangnya ia suatu topik yang menyeronokkan tetapi batasan ruang memerlukan kita berhenti di sini sahaja.
[sumber : cyberita.asia1]

7 comments:

Dimas said...

wew, keren juga tuh pc masa depan, mungkin nggak pake monitor lagi tapi dah pake hologtam..

Artikel Internet Online said...

yang pasti teknologi itu pasti terus berkembang, apalagi soal komputer...
[asti bermunculan bentuk2 yg unik..

mhagnoth said...

semalam pc aku canggih ...arini dah pon ketinggalan. camtulah hakikat beli barang elektronik...
nenti mesti ada pc yang ada efek 3d macam kat wayang tuh...

Alai said...

teknologi kini kian mambangun dan tumbuh macam cendawan. Banyak persaingan di dunia teknologi. Dan tiada yang mustahil sekiranya ada yang lebih canggih lagi di masa depan.

TeRRoRRiZZ said...

wow.....
kalau boleh nak pc macam citer csi miami...
dapat satu bahagia nak berbelog.........

Miecyber said...

Canggihnyer...

||| PöJìé PööH ||| said...

wow hebat teknologi sekarang kann!

PROJECT ALPHA AUDITIONS - Vote Pojie tau!