Sunday, February 28, 2010

Tradition : Indahnya Kehidupan Saling Memerlukan

 Seekor tupai sedang berehat di atas pokok periuk kera  yang mengeluarkan kelembapan sesuai dengan habitatnya.

Tumbuhan  periuk kera yang  didapati di kepulauan Borneo ini merupakan  satu-satunya di dunia tergolong dalam ketegori pokok maging. Pokok ini memerangkap serangga ke dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya dengan mengeluarkan rasa manisan
Pokok Periuk Kera merupakan sejenis pokok herba. Pokok Periuk Kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.

Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic)

3 comments:

Lifestyle said...

thx mas atas informasinya,..

xiiinam said...

Saya baru beli pokokni dari Cameron Highlands...tak taulah sampai bila hayatnya, dengan cuaca yang pijar begini

NiZaM said...

nape tupai tu kelihatan mcm tgh buang air kat mangkuk tandas. ahaks..