Subscribe Us

Menyeberang @ Melintas Bersama

Melintas jalan raya beramai-ramai. Begitulah kaedah paling berkesan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan jalan raya oleh murid-murid sekolah ( bukan semua sekolah ) di Indonesia. Cara ini di  lakukan oleh murid-murid  [ SDN Tulis 02 Batang, Indonesia ] pada waktu pulang dari sekolah.
Walaubagaimanapun mereka tetap diawasi dan menunggu arahan daripada gurunya sebelum bertindak melintas [sumber :suaramerdeka cybernews]

Murid-murid sekolah di negara kita  bernasib baik  kerana sistem keselamatan jalan raya di sekolah sentiasa
dipantau. Mereka dibantu oleh guru yang bertugas dengan kerjasama pengawal keselamatan semasa melintas pada waktu pergi dan balik dari sekolah.

Pelbagai kemudahan turut disediakan demi keselamatan nyawa  anak-anak kita umpamanya seperti papan tanda, lintasan zebra, garisan kuning dan sebagainya.
Selain itu sekolah-sekolah yang terletak di kawasan sibuk disediakan dengan jejantas untuk murid-murid melintas.

Itu pun masih berlaku juga kemalangan kerana berpunca daripada sikap sesetengah pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Orang seperti ini sebenarnya tidak belajar ilmu Sivik, Pend Moral, dan Keselamatan Jalan Raya.  Mungkin juga mereka sudah menjadi buta mata apabila saja berada di jalan raya dengan pelbagai alasan.

Sistem perundangan jalan raya di Malaysia sememangnya memberi perlindungan sepenuhnya kepada kanak-kanak. Walaupun  anda dipihak yang betul, anda tetap dianggap bersalah apabila kemalangan berlaku melibatkan kanak-kanak.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Hairun Azmi berkata…
Pengguna jalan raya di Malaysia kebanyakannya kasar
Larung lanang berkata…
nice info....
pengguna jalan raya hendaknya berhati-hati bila melintas area ramai.
Misz Nuriz berkata…
tp takut jgk tgk bdk2 tu..
laju bebenor larinya..
kang ada plk kan yg t'sadung kat tgh2 jln..
ishk3..slow2 la dik oi..
pasti selamat pnye..
Unknown berkata…
klu berkaitan langgar budak sekolah.. camner betul pun tetap salah.. Bende ni memang aku setuju sesangat..
Tanpa Nama berkata…
memg bahaya kalo budak sekolah dibiar melintas begitu jer..
mesti diawasi sepenuhnya..
hans berkata…
owh
betul2
so kena bawa slow2 bila lalu depan sekolah
KOMUNITAS OEJOENG berkata…
Jujur saja di Indonesia sebetulnya semua aturan sudah ada, masalahnya adalah tingkat kesadaran mentaati aturan masih rendah dibanding di Malay. Mungkin krn pengaruh budaya global yg kurang ketat, tidak seperti di Malaysia.
abigemok berkata…
bagusnya idea kanak2 tu.. tapi tak slmt la cara mcm tu..
Tanpa Nama berkata…
slalu yea owg main terjah bawak laju.. seram biler tgk dak2 melintas..
piewahid berkata…
kepada para pemandu, bayangkan kanak² tersebut adalah anak atau adik anda... adakah anda masih sanggup pandu laju? masalahnya yang datang mengambil anak tu sendiri kadang² bukan main laju dan tak sabar² buat u turn dsbnya sesuka hati...
PesonA Info berkata…
Kita kembalikan pada orang yang lebih dewasa untuk mengarahkan cara menyeberang yang baik bagi anak-anak-- ya toh!