Thursday, February 4, 2010

Kanak-Kanak 2 Tahun Dirantai Demi Mencari Sesuap Nasi

 Chained: Two-year-old Chen Chuanliu is regularly padlocked to a tree while his rickshaw driver father touts for customers in Beijing
Beginilah nasib seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun terpaksa dirantai apabila ibu dan bapanya mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Bapanya, Chen Chuanliu, 42 tahun terpaksa merantai kaki anaknya dan ditambat pada sebatang pokok di tepi jalan raya semasa bekerja  membawa penumpang. Chen yang bekerja sebagai penarik beca terpaksa
berbuat demikian kerana tidak mampu membayar kos dipusat  penjagaan kanak-kanak, sebanyak RM 30.00 sehari sedangkan pendapatannya terlalu kecil. Isterinya pula bekerja sebagai pengutip sampah di kawasan berhampiran.
Sebelum ini dia telah kehilangan anak perempuannya berumur 4 tahun, dicuri oleh kaki colek. Kejadian mencuri kanak-kanak begitu berleluasa di negara Cina akibat peruntukkan undang-undang yang ketat tentang saiz bilangan anak dalam sesebuah keluarga.
Chen Chuanliu insists chaining up son Lao Lu is for his own good

Kita bersyukur kerana tahap kemiskinan penduduk negara kita tidaklah sampai begitu naif sekali, namun masih ramai anak-anak bangsa kita yang terpinggir kerana tidak berpeluang untuk mengikuti arus pembangunan yang begitu pantas. Akibatnya mereka tersepit dicelah-celah kekayaan negara. Justeru, pihak berkuasa dan mereka yang berkemampuan seharusnya perlu berbuat ssuatu supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di negara kita .  

Kalau setakat gah digelar negara kaya  sahaja  tetapi rakyat masih lagi miskin, bermakna pengagihan kekayaan negara tidak sampai kepada semua lapisan masyarakat, sedangkan kita ketahui semakin ramai jutawan di negara kita, bertambah pula golongan yang miskin tegar. Kekayaan telah dimonopoli oleh sebahagian individu sahaja....di mana silapnya.....oh Malaysiaku tercinta...

17 comments:

fiD said...

ramai yang x nak amek tawu sekrg ekonomi kite tengah merudum ...

hmmm

dila said...

jaganlah kat malsyia sampai jadi camni..
mintak jauh..

fecca said...

kasihan anak kecil tuh...
(T_T)
brsyukurlah kita dgn kurniaan rahmat dari-Nya...

Alhamdulillah...

=)

papabear said...

kesian....

BELALANG said...

ermm.. bllg bc dlm paper pg nie pun tekejut... smpai hati die buat cmtu.. huhu sian btul kt anak die.. huhu =(

blueCITY® said...

so kesian kan

Khairi said...

Kesiannya. Kat tempat kita tak sampai tahap macam tu lagi.

tempat kita, lahir2 aje mak dia buang terus.

akyda said...

sYgnya bapak dia kat anak dia...tentu diorg tak der pilihan tu....doakan yg terbaik untuk dioarg...amin

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

kesian la pulak tgk dak tu.. nk nanges rase T_T

zulhilmi bdk blur said...

keluhan rasa ni...
hihi

enche tomyam said...

aduahi..dalam terdesak semua buleh jadi...

Ahmad Zulfadhli said...

jangan sampai satu hari nanti rakyat malaysia pulak terpaksa ke china dan india untuk mencari sesuap nasi.. benda tue tak mustahil boleh terjadi jika ekonomi malaysia semakin merosot dan harga barang naik melambung.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

ezany said...

tak sanggup rasanya nak buat camtu..

ayeen:) said...

sedihnya..kesian drg..hope drg selamat..budak tu dahlah comel.

hati - ema said...

sian nyer..... nampak bahagia jer ayah dan anak tu.... kesian plak

ai chan said...

survival........bagus diorg nie........nak survive......takleh minta tolong jiran tolg jaga kejap ke??

yanmie said...

salam,

alahai siannye budak tu...demi mencari sesuap nasi, nasib baiklah budak tu nmpk ok je...hem apa pulak perasaan org yg lalu lalang tgk budak tu yea? kalau ada kat sini tak tau lah nak kat..huhuhu..sian bdk tu