Subscribe Us

Apa Nak Jadi : Kaya Dengan Kerja Haram Terkutuk

KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka rupa-rupanya ditampung oleh kegiatan haramnya menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sejak setahun lalu.  
Namun, kegiatan yang membolehkannya memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta ($4.5 juta) terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Selasa lalu, menyusuli laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu. Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini bekerja dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dan dipertanggungjawabkan menghantar SMS kepada pelanggan mengenai khidmat atau promosi semasa ditawarkan syarikat berkenaan. 

 Menurutnya, suspek yang bertugas sebagai pengurus sistem bagaimanapun mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan laluan talian itu menghantar tawaran membeli klip video lucah kepada pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu. 'Polis sebelum ini menerima beberapa aduan daripada pengguna yang terkejut dengan penyebaran iklan SMS berbaur seks secara meluas sejak setahun lalu. 

Susulan itu, polis cuba menyiasat dalang kegiatan itu termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 'Usaha itu akhirnya berhasil apabila suspek dikenal pasti baru-baru ini dan difahamkan dia sebelum itu sudah dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan syarikat yang menyedari kesalahannya selama ini,' katanya. Difahamkan, pihak syarikat telekomunikasi berkenaan sudah memecat suspek sebelum laporan polis turut dibuat berhubung penyelewengan itu.  

Menurutnya, suspek yang menyalahgunakan talian syarikat itu meraih keuntungan serta kepentingan diri sendiri mengumpul sehingga lebih RM11 juta hasil kegiatan lebih 16 bulan lalu. 'Jumlah keuntungan diperoleh amat menakjubkan berbanding jumlah gaji diterimanya kira-kira RM4,000 sebulan. Malah, jika diambil kira secara purata, suspek mampu memperoleh hampir RM700,000 sebulan hasil kegiatan haramnya itu,' kata sumber itu lagi. -- Harian Metro.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Cikgu Norza berkata…
Saya juga pernah menerima sms yang begitu... Terperanjat juga bila terima sms macam ni dari sykt bertauliah... Rupanya kerja mangkuk ni lah!

MATLAMAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA...
tricksrex berkata…
itu la org kata, buat la apa pon asal duit masuk poket..bak kata cikgu norza kat atas ni, matlamat tak menghalalkan cara tapi bg dorang terbalik
Lifestyle berkata…
ada2 aja ya cara orang mencari keuntungan, berapa banyak sih duit yang diperlukan biar bisa dikata cukup...
huff..nafsu dunia..
jin warak berkata…
kerja manusia tak bertuhan!! kaum asli hutan papua pun ada moral.
piewahid berkata…
akibat duit haram, bkn sahaja sgala kemewahan ditarik balik, gaji sedia ada pun melayang...

semoga yg bkenaan insaf dan bertaubat
Jawa a.k.a USERMODE berkata…
hahaha.. ader juge baca dalam paper. dan yang klakanye, org umah aku pernah dapat juge msg exactly cam dalam Metro tunjuk. dia ingat spam dan teros delete. :P sebab replying is to a phone number. bukan ke XXXXX punye nombor.

tapi bodo la... kan dah kantoi bodo camnih. sengal aje...
Unknown berkata…
salam kenal sob... semangat bloher yaaa... aku anak baru di bloger
Tanpa Nama berkata…
amik kau!! haih