Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang esok.
Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

7 comments:

amalina binti anuar said...

al-fatihah

Pn Kartini said...

Begitulah kita..
DariNya kita datang
KepadaNya jua kita kembali....

Moga Roh dicucuri rahmat..Al-fatihah

Best Scorer said...

Al Fatihah buat Sultan Johor..

arryani said...

Al Fatihah...

|| NaFiRaa || said...

salam takziah buat warga Johor..

Aida Ali said...

Al Fatihah.....

Al-Faizal said...

assalamualaikum..saya berasa sedih dgn berita ini...tak dapat bersama-sama berkabung kerana diperantauan..