Sunday, January 31, 2010

Di Tepi Pantai Yang Indah...

Pantai Tumpuan Telisai Brunei...tempat penyu bertelur dahulu kala
Seharian berblog...mari bersama menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa nun jauh di seberang lautan, kepulaun Borneo, Brunei Darussalam.
Cerita sebenarnya, kerajaan Brunei sedang berusaha untuk menyelamatkan aset negara tersebut iaitu pokok-pokok telisai yang berusia ratusan tahun daripada pupus disebabkan hakisan tanah di tepi pantai serta ombak kuat. Air masin juga menyebabkan akar pokok telisai rosak dan mengakibatkan pokok-pokok ini mati. 
Jika dahulu pantai ini menjadi tempat penyu-penyu bertelur, kini tidak lagi kerana sudah tidak privasi untuk penyu. Pantai ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan para pelancong.

Bagaimana pula dengan pantai-pantai di negara kita? Ceritanya berlainan pula. Keindahan pantai dinegara kita terutamanya pantai-pantai di Pantai Barat Semenanjung seperti Pantai Tanjung Bidara, Pantai Kelebang,Teluk Kemang, Pantai Morib, dan lain-lain sudah tercemar akibat arus pembangunan yang tidak terkawal. Airnya kotor, pasirnya pula tidak lagi putih bersih melepak bak kulit anak dara sunti . 

Pembuangna sampah  dan sisa toksik ke laut secara haram, pembangunan fizikal seperti hotel, chalet, bangunan kedai semua bertumpu di sepanjang pantai telah membawa banyak kemusnahan alam terutamanya pantai.

Hak kita sebagai rakyat untukmenikmati keindahan pantai telah diketepikan semata-mata mengejar keuntungan, pemodenan kononnya. Banyak kawasan pantai telah dihakmilik pengusaha-pengusaha syarikat pelancongan. Kita tidak lagi bebas bersantai percuma seperti dulu. Kini semuanya perlu wang.

6 comments:

nohas said...

Semuanya kerana duit..public beach dah tinggal sekangkang kera..bila weekends, penuh sesak..

ALoNa [CintamaniszLite] said...

hmm..bila dgr bait2 lagu Hijau-Zainal Abidin tu..
rasa sedeh ngan keadaan skang. Ada pantai yg dulunya leh mandi-manda..tp skang dh takleh dh..

Nikel Khor said...

from Nikel Khor

ummi humaira said...

salam..
cantik dan bersihnya pantai kat Brunai tu..
bila ler ummi dpt ke sana ..

Mybabah said...

Salam.Iktibar daripada N3 saudara Muo ialah kena cepat-cepat menikmati keindahan pantai Malaysia melalui Cuti-Cuti Malaysia sebelum kempunan kerana akhirnya pantai-pantai yang cantik akan terbiar kotor...

Anonymous said...

I am not sure where you're getting your info, but great topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for magnificent info I was looking for this info for my mission.
Also see my page: cigarettes online