Monday, November 30, 2009

PERMATApintar : Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah-PPCS PERMTApintar UKM


Hari ini anak orang muo melapor diri dalam program PERMTApintar  di UKM [Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah-PPCS (Adaptasi dari Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University)


Pelajar pintar cerdas berbakat ( PCB)  yang berumur diantara 9 hingga 15 tahun yang dikenal pasti pintar cerdas berbakat akan mengikuti program perkhemahan musim cuti sekolah. Seramai 68 orang calon dari Johor, 16 orang daripadanya dari Muar / Ledang  terpilih ke program tersebut .  Manakala 405 orang peserta dari seluruh negara, 200 orang pelajar sekolah rendah dan 205 orang pelajar sekolah menengah  dipilih setelah berjaya melepasi dua ujian saringan secara online pada bulan Jun dan Ogos yang lalu. Program perkhemahan ini akan dijalankan mulai 30 November 2009 – 17 Disember 2009 (3 minggu) Tempat : Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi