Thursday, November 5, 2009

Kawal Makan Nasi

Kandungan karbohidrat dalam nasi mampu tingkat kadar gula dalam darah ke paras lebih tinggi
Oleh: Dewani Abbas 
RAMAI pesakit kencing manis cenderung menyatakan mereka sudah kurang memakan gula sejak diserang penyakit itu, seolah-olah gula yang menjadi penyebab utama masalah kesihatan mereka.
Tetapi, tahukah anda bahawa berbanding dengan gula, nasi sebenarnya yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah ke paras yang lebih tinggi? 
Sebagai perbandingan, satu kiub gula yang serupa dengan satu sudu teh gula mengandungi lima gram karbohidrat. Tetapi, satu mangkuk nasi mengandungi 60 gram karbohidrat. Jelas, bagi pesakit kencing manis, cara mengawal penyakit mereka bukanlah dengan menjauhi gula, sebaliknya menguruskan pengambilan karbohidrat mereka seperti nasi, mi, produk tenusu dan buah-buahan dengan bijak dalam diet harian mereka. Ini memandangkan kadar gula dalam darah paling banyak dipengaruhi oleh kandungan karbohidrat yang terdiri daripada gula dan kanji. Bagi pesakit kencing manis, untuk mengawal paras gula mereka dengan berkesan mereka perlulah memberi fokus kepada jenis karbohidrat yang dimakan, jumlahnya dan bila ia dimakan kerana ketiga-tiga faktor ini semua memberi impak kepada paras gula dalam darah.
Jadi, bagaimana mengawal ketiga-tiga faktor ini?
Caranya ialah mengira jumlah karbohidrat yang kita makan setiap hari.
Dengan mengira jumlah karbohidrat, pesakit kencing manis akan dapat menikmati makanan karbohidratnya dengan cara yang lebih fleksibel (tidak terikat pada waktu tertentu) dan menyeronokkan, sambil berupaya mengawal paras gula dengan lebih baik.
Tetapi, syarat pertama ialah pesakit mesti tahu berapakah jumlah karbohidrat dalam makanan utama dan snek harian mereka seperti yang disarankan oleh pakar diet mereka.
Berikut diberikan contoh.
Shima, 30 tahun, ialah seorang wanita aktif yang menghidap kencing manis.
Matlamat pengambilan karbohidratnya setiap hari seperti yang disarankan oleh pakar dietnya ialah 50 hingga 60 peratus daripada jumlah kalorinya setiap hari iaitu 1,800 kalori. Ini menjadikan jumlah karbohidrat yang sesuai untuknya kira-kira 250 gram sehari.
Bagaimana mengira jumlah ini?


-50 hingga 60 peratus daripada sejumlah 1,800 kalori menjadikan jumlah kalori karbohidrat yang baik untuk Shima adalah antara 900 dengan 1,080 kalori.
-4 kalori adalah bersamaan dengan 1 gram.

-Jadi, 900 hingga 1,080 kalori adalah bersamaan dengan 225 hingga 270 gram atau jumlah puratanya, 250 gram.

Walaupun mengira jumlah karbohidrat memberi pesakit kencing manis peluang mengubahsuai pemakanannya, perlu diingat, memilih makanan yang menyihatkan tetap harus menjadi keutamaan pesakit kencing manis.
Tiga perkara yang perlu diambil perhatian ialah:


-Apakah yang dimakan? Perhatikan label pada makanan.
-Berapa banyak yang dimakan? Perhatikan jumlah hidangan.

-Bilakah hendak makan? Perhatikan masa makan dan berapa kerap pesakit makan.


Sehubungan dengan ini, terdapat makanan yang dirumus khas dalam pasaran yang dapat membantu pesakit kencing manis menikmati makanan karbohidrat lambat hadam yang dapat 'melepaskan' gula ke dalam sistem tubuh dengan lebih perlahan.
Ini lantas membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darahnya dengan lebih berkesan.
Glucerna SR adalah makanan yang dimaksudkan keluaran Abbot Laboratories. Satu hidangan makanan ini mengandungi 30 gram karbohidrat lambat hadam yang boleh dinikmati sebagai minuman sarapan, snek dan makanan gantian untuk mereka yang ingin menjaga berat badan.
Kini, terdapat promosi bagi mereka yang membeli Glucerna SR 900g Vanilla Powder. Bagi setiap pembelian, anda akan mendapat Boncafe Instant Coffee Powder (berharga $4.60) secara percuma selagi stok masih ada.