Sunday, July 26, 2009

ISRAEL DAN BARAT KECUT PERUT

Ketua Pengawal Revolusi Iran berkata, negaranya mempunyai kemampuan untuk menyerang akses kemudahan nuklear Israel dan tidak takut jika diserang kerana meneruskan program nuklearnya.

“Jika Israel melibatkan diri dalam mana-mana serangan ke atas Iran, kami mempunyai kemampuan untuk melancarkan serangan di semua sasaran wilayah-wilayah yang diduduki oleh Israel di Palestin, kata Jeneral Mohammad Ali Jafari kepada televisyen, Al-alam.
Amaran Ali Jafari ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada barat dan Israel yang sememangnya pengecut dan penakut.

Keberanian dan ketegasan Iran ini wajar dijadikan contoh yang di mana Iran tidak pernah takut dan tunduk kepada kebongkakan barat.