Saturday, June 20, 2009

JAMBATAN KETIGA GANGGU OPERASI PELABUHAN

Mahathir Mohamad menegaskan, pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Changi, Singapura dan bahagian timur Johor, Malaysia tidak sesuai kerana ia akan mengganggu perjalanan kapal ke Pelabuhan Pasir Gudang.

Dapat pahala jemaah walaupun telah selesai

by sulaiman

Mereka yang tidak mendapat jemaah, tetap mendapat pahalanya. Dalam sebuah hadith disebut, maksudnya: Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesiapa yang telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid) tetapi didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka.

Huraian

1) Di dalam hadith tersebut dengan terang telah disebutkan, iaitu pahala bagi orang yang pergi ke masjid selepas berwuduk di rumahnya, walaupun beliau mungkin telah terlambat untuk menyertai solah jemaah, tetapi pahala dari Allah swt tetap ada baginya, ini disebabkan beliau telah berusaha untuk berjemaah bersama dengan orang Islam lain.

2) Pahala yang dikurniakan itu adalah sama banyak dengan mereka yang hadir, dan sempat bersolah jemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka, bahkan pahala bagi orang yang berusaha mendapat solah berjemaah itu tidak diambil dari pahala mereka. Malah pengurniaan yang berasingan yang seimbang dengan pahala mereka yang berjemaah itu.

Oleh sebab yang demikian kita seharusnya bersedia ke tempat solah berjemaah, walaupun telah terlambat. Perasaan tidak mahu pergi ke masjid yang jemaahnya telah selesai, semestinya dikikiskan, dan dihindarkan dan kita, supaya kita tetap mendapat pahala jemaah dengan menghadiri diri ke tempat sedemikian walaupun terlewat masanya.