Tuesday, April 28, 2009

Saham & Projek Mega VS Rintihan Orang Kampung

Orang kampung tak ada duit untuk melabur. Pendapatan pun cukup makan je. Dengan harga barangan yang sentiasa naik, susah nak turun pulak tu,macam manalah kami nak melabur. Projek mega yang ada pun bukannya kami dapat bahagiannya.

Kami mahu kemudahan asas yang baik, berkualiti dan selesa untuk anak-anak kami membesar. Orang kampung juga mahu kerajaan tolong tengok-tengokkan harga barang yang semakin melambung. ( Harga susu pun boleh tahan harganya. Itu baru susu tepung yang biasa belum lagi susu tepung yang baik, tak mampu nak membelinya. Kalau macam ni tak dapatlah anak kami merasa khasiat susu yang berkualiti. )

Kami juga mahukan kemudahan sistem komunikasi yang baik dan murah bayarannya untuk anak-anak kami menimba ilmu. Perkhidmatan internet memang amat diperlukan oleh anak-anak kami pada zaman IT yang serba canggih ni. Sekarang ni semua jenis permohonan kena pakai online, dah tak ada borang lagi. Nak cari kerja, bayar cukai, nak mohon masuk sekolah asrama, nak mohon masuk IPTA/ IPTS, nak mohon biasiswa, nak mohon ntah apa-apa lagi semua kena guna internet. Walaupun kerajaan dah menyediakan pelbagai pilihan kemudahan perkhidmatan internet macam stremyx, broadband,dan ntah apa-apa lagi, tetapi bayarannya macam tak semua orang kampung mampu membayarnya. Sudahnye anak-anak kami berlonggokle di kedai sibercafe, kena duit lagi. Yang untung tauke sibercafe juga.

Orang kampung tak mahu dikenakan cukai yang membebankan. Nak makan kena cukai. Nak letak kereta kat tepi jalan kena cukai. Nak buka pintu rumahpun kena cukai. Tanah sekangkang kera pun kena cukai.

Anak- anak nak belajar kena bayar yuran, macam-macam yuran kena bayar. Nak masuk universiti yurannya tinggi. Tak hantar anak belajar, nanti anak salahkan mak bapak pula kenapa tak bagi masuk U sedangkan pada hakikatnya tak mampu nak bayar yuran. Pinjam dengan PTPTN pun ada cukainya.Itu pun kami diam saja, sebab kesian dengan kerajaan yang tak ada duit nak bantu anak kami belajar sebab duit tu nak guna buat jalan, salurkan air paip ke rumah , nak bagi rumah kita bekalan api dan lain-lain.

Ini satu lagi bab bil . Macam-macam bil nak kena bayar setiap bulan. Bil air, bil elektrik, bil telefon. Kami bukan tak nak bayar, cuma kami nak bayar dengan kadar yang berpatutan, kalau boleh biarlah caj yang dikenakan menyejukkan hati.

Orang kampung bukan tak nak bayar cukai. Kami sanggup bayar cukai asalkan cukai yang dikenakan tidak melampau sangat. Kami tahu tanggungjawab kami kepada negara. Kami tetap setia dan tak miss bayar cukai. Orang kampunglah yang paling setia kepada negara, tak ada nak bising-bising macam sestengah orang tu yang dah kaya, jutawan lagi, tapi tak reti-reti nak puas, asyik nak menimbun harta je sampai tak ingat mati. Umur dah lanjut pun masih terhegeh-hegeh berebut harta, sampai gaduh-gaduh, Isy...isy...isy... masyaAllah..... selisih...

Justeru, orang kampung mahu kerajaan yang prihatin dengan masalah besar mereka walaupun ada sesetengah wakil rakyat beranggapan masalah orang kampung perkara kecil saja, alah.... bagi kain pelikat dengan kain batik senyaplah mereka nanti. Jangan macamtu YB nanti orang kampung tak mahu pangkah YB lagi.... ingat tu....