Friday, December 25, 2009

Selamat Jalan Anakku & Mayang Sari


Masuk penghujung tahun bermulalah anak-anak pulang ke destinasi meneruskan pengajian sama ada di IPTA atau IPTS. Anak sulung orang muo malam ini bertolak ke Utara [UUM]  menyambung pengajiannya bagi tahun akhir dan dijangka tamat pada pertengahan 2010. Anak orang muo menaiki bas ekspres Mayang Sari. Antara syarikat bas utama di sini ialah Mayang Sari milik 100% bumiputera.

Sementara menunggu bas bertolak sempatlah orang muo snap suasana di setesen bas ekspres Muo ni [Bandar Muo mempunyai dua setesen bas. Almaklum bando muo dikenali sebagai bando pencen. Apa tidaknya, lihat saja bangunan-bangunan ditengah-tengah bando Muo ni semuanya sudah berusia ratusan tahun, antik gitu.] 

Orang muo rasa bangga dengan syarikat bas ni. Syarikat
bas ekspres  Mayang Sari menguasai  hampir 60% perkhidmatan dari Muo ke seluruh negeri di Semenanjung dengan jumlah lebih 100 buah bas. Pengurusannya amat membanggakan, profesional, dan ada disiplin bisnes.



Satu lagi syarikat bas ekspres milik bumiputera tempatan ialah Maharani Ekspres. Perkhidmatannya merangkumi Muar KL & JB. Syarikat bas ini juga membanggakan  dan sedang meningkat maju.


Orang kita sebenarnya boleh dan pandai berbisnes dengan syarat mereka mesti ada disiplin bisnes. Mereka yang kekal berjaya dalam bidang perniagaan biasanya bermula dari bawah. Usahawan macam nilah yang kita mahu.

2 comments:

Mazru Majid said...

selamat berjaya kepada anak anda..

bangga dgn syarikat bumiputera yg berjaya..

Din Rambong said...

rumah hamba da dkt UUM,selalu masuk tp x pernah2 grad..hhaha