Monday, December 7, 2009

NASYID SESAT MEMUJA ABUYA?Lagu Mawaddah Terpesong?


Assalamualaikum wbt. Hari ini saya terkejut sangat apabila dapat tahu yang kumpulan nasyid Mawaddah yang selama ni saya dengar lagu2nye adalah golongan Rufaqa' iaitu orang Al-Arqam yang memuja Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Ajaran Rufaqa @ Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994Baca seterusnya [aienairil.blogspot.com...]



9 comments:

author faethal said...

Sememangnya MAWADDAH adalah kumpulan tajaan RUFAQA. Terkenal di Indonesia dan lagu2 nya MEMANG ada yang memuja ABUYA.

Sama seperti kumpulan Nadamurni suatu ketika dahulu,lagu2nya memuja Abuya sebagai pemuda bani Tamim. NAdamurni ahli2nya adalah daripada Al-Arqam.

Namun selepas Al-Arqam diharamkan ia berpecah menjadi 2 kumpulan iaitu Rabbani & Hijjaz. Ahli2 mereka sudah bertaubat.

Ramai jemaah Al-Arqam yang sudah bertauat dan terkenal sekarang seperti Peguam Zabidi, Pahrol Muhammad Juoi, Ahmad Farihin Abd Fatah dan ramai lagi.

Cuma segelintir dibawa pengaruh Abuya meneruskan agenda mereka dibawah RUFAQA tetapi setelah didedahkan aktiviti mereka, sekarang mereka bergeran dgn nama Al-Ikhwan. Antaranya MAWADDAH,Syeqal dan beberapa artis.

Mazru Majid said...

ye ke? baru ni aku tau cerite..thanks info

ikan emas said...

Salam,
tk
hati-hati memacam cara nak menyebarkan ilmu sehingga terpengaruh walaupun sesat dan menyesatkan..

din3187 said...

macam-macam sekang nie...ish3...

khairul said...

Jangan Prejudis:
Cuma kamu lihat saper yang lebih sesat di antara kamu dengan golongan ini.

Aku perhatikan bahawa orang yang menuduh Abuya Sesat atau Mawaddah sesat, kelihatan mereka jelas lebih sesat dari golongan yg di tuduh sesat.

Demi Agama hentikanlah tuduh-menuduhini. Ia tidak memberi apa2 faedah kepada Islam.

atuf said...

sudah la ..benti la dari menuduh org sesat ..cek diri sendri dahulu...orang yg menghina abuya apa da jadi sekarang

Anonymous said...

tgk lirik pon dah tau terpesong

au said...

Hadirlah Abuya

Hadirlah Abuya
Abuya lain dari yang lain Abuya paling ajaib di zamannya
Abuya tidak sekolah tinggi Tetapi ilmunya sangatlah tinggi

Abuya kaya tapi miskin Miskin tapi kaya
Kaya hidup orang-orang Yang membesarkan Akhirat
Daripada dunia

Abuya ulamak besar Abuya koporat besar
Abuya seniman besar Menjadi pemimpin dan penulis besar

Abuya tokoh politik besar Tapi tidak masuk politik
Abuya pemimpin dan mahaguru
Abuya pendakwah besar Abuya perjuang besar

Orang yang sayang terlalu sayang
Orang yang benci terlalu benci
Abuya pemimpin yang dilantik
Tuhan secara semula jadi

Pengikut-pengikutnya tidak ramai
Tapi pengaruhnya besar Abuya itu sangat pengasih
Dan penyayang uburnya hadis
Untuk memberi iman kepada semua manusia

Abuya itu harganya haris
Berkongsikan dengan siapa saja
Anak dan juga isteri tidak dimewahkan
Supaya mereka itu kuat hubungan dengan Tuhan
Tapi tidaklah dibiarkan keadaan mereka sangat terpimpin

Abuya perjuangkan Tuhannya dan sistemnya
Abuya perangi sistem nafsu dan syaitan
Dengan kasih sayang Abuya membuat sistem Dalam sistem

Lahirlah etnik baru dikalangan melayu
Poligami cara hidup yang dipilih Perjuang untuk dapatkan daulah
Islamik yang secara dakwah dan kasih sayang Sesama manusia.

au said...

Dia Putera Bani Tamim

Dia insan pilihan tuhan yang dijanjikan
di akhir zaman oooo
dia dilantik oleh tuhan memperbaharui
urusan agama di zamanmya
ilmunya luar biasa oooo

mampu menyelesaikan
sgala permasalahan dunia
tanpa merujuk kepada sesiapa
kerna ilmunya ilham dari tuhan

dia pribadi awal kurun berperanan
jua di awal kurun
dia hadir membawa rahmat
seluruh alam sepertimana
hadirnya rasulullah ke dunia ini

hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
dan kehadirannya digeruni oleh musuh
namun tidak dapat ditewaskan dirinya
kerana di belakangnya ada tuhan
yang menjadi sumber segalanya

kepimpinannya amat disanjungi
yang kasih padanya terlalu kasih
yang benci pada dirinya terlalu benci
tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia

dialah yang utama paling dicintai tuhan
kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan
kepribadiannya amat membayangi rasulullah
kerana itulah dia digelar rasulli rasul..

dia hadir dikala dunia amat memerlukan
keberkatannya dia memperbaharui segala
sistem dunia yang sedia ada yang ternyata
tidak menyelamatkan dunia

lalu digantikannnya dengan sistem baharu
iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat
dan dialah seorang manusia luar biasa
dialah putera bani tamim.