Friday, December 4, 2009

Kelapa Sawit Berupaya Menyembuh Kanser Payu Dara

 http://3.bp.blogspot.com/_YTDPILo7gUU/SVW6nasWJ2I/AAAAAAAAAqY/ewE-w_i4eVk/s320/barah1.jpg
[sumber :cyberita.asia1.com.sg]
SINGAPURA -SAINTIS Singapura telah menemui bahan semula jadi dalam kelapa sawit yang boleh membunuh sel barah buah dada. Bahan yang dikenali sebagai 'gamma-tocotrienol' dan disaring dalam bentuk semula jadi daripada kelapa sawit itu mempamerkan keupayaan membunuh sel barah itu.Penemuan itu dibuat oleh saintis daripada Davos Life Science Singapore, sebuah pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D).
Pusat itu berkata saintisnya bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Li Ka Shing Universiti Hongkong dan Pusat Penyelidikan Barah Prostat Australia dalam menjalankan kajian mengenai barah itu.
Dalam kenyataannya kelmarin, pusat itu berkata bahan tersebut ditemui pada paras rendah dalam sumber makanan seperti kelapa sawit, barli dan beras.
Kajian itu juga menunjukkan semasa menjalankan uji kaji in-vitro, bahan semula jadi itu didapati lebih mujarab daripada 'Docetaxel' - ubat yang sering digunakan dalam kemoterapi untuk merawat barah buah dada.
Bahan itu juga didapati berupaya menyekat keupayaan sel barah buah dada daripada merebak ke organ lain melalui metastasis.
Kajian itu mendapati bahawa sungguhpun dos gamma-tocotrienol menunjukkan kesan positif terhadap antibarah, ia tidak menjejaskan fungsi sel normal dalam sel sihat.

1 comment:

annie said...

Alhamdulillah, penemuan baru yg mudah2an mampu memberi sinar baru kepada penderita...Insyaallah