Monday, December 7, 2009

Kad Jemputan & Jemputan Kahwin


Cuti sekolah sudahpun 3 minggu berlalu. Musim cuti bermakna musim anak-anak dara, bujang, duda dan janda berkahwin atau melangsungkan majlis pernikahan. Musim cuti sekolah juga bermaksud musim kita menyumbang seikhlas mungkin kepada tuan rumah pengantin.

Setakat hari ini orang muo sudah  menerima lebih 15 keping kad jemputan kahwin. Aduh mak... . Bermacam-macam jenis rupa dan bentuk kad ni. Ada yang cantik, mahal dan ada juga yang biasa-biasa  saja. Katakanlah sekeping kad yang baik berharga RM1.00, 1000 keping sudah berapa. Itu baru kad jemputan, belum kira kos yang lain. 

Pada kebiasaannya malis perkahwinan ini dilangsungkan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum. 

Adat menghadiri majlis perkahwinan di Johor, para tetamu biasanya akan memberikan sumbangan berupa wang yang diisi di dalam sampul [tuan rumah tak tau berapa nliai sumbangan kita... beri sikit malu oi ] semasa bersalaman dengan tuan rumah. Biasanya kita pergi berdua, suami isteri... kali dengan 15 keping kad jemputan sudah berapa.... banyak bukan..

Walau apapun itu semua bukan menjadi satu bebanan kepada kita jika kita ikhlas. Hari ini hari dia, satu masa nanti giliran kita pula nak menyambut menantu. Orang muo pun macam tak lama lagi ni... adalah 3 atau 4 tahun mendatang. Dah tua gak orang muo ni... anak-anak pun dah besar panjang, tunggu masa saja si anak minta suruh meminang atau menerima pinangan pasangan. InsyaAllah.

Kepada mereka yang sudah ataupun bakal melangsungkan majlis perkahwinan, orang muo mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia berkekalan sepanjang hayat, sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.Kepada ibu & bapa pengantin, orang muo mengucapkan tahniah kerana mendapat ahli keluarga baru dan tidak lama lagi [ 9 atau 10 bulan ] dapatlah cucu. Ok selamat...

1 comment:

Cikgu Jang .. said...

adat le....sekali sokmo hidup, biar berhutang pun takpe buat kad mahal2...