Friday, December 18, 2009

Had Laju Lebuh Raya [PLUS] 90km Air Keruh - Simpang Ampat @ Pemandu Stress


Had laju 90km lebuh raya antara Air Keruh ke Simpang Ampat Alor Gajah bukannya memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya, malah memberikan tekanan perasaan dan serba salah. 

Tujuan kita menggunakan kemudahan lebuh raya adalah untuk cepat sampai ke destinasi selain keselamatan dan keselesaaan dalam perjalanan yang jauh. Hati kita berbelah bagi semasa melalui kawasan ini, nak pandu  laju takut kena saman,  bawa 90km membosankan.


Orang muo rasa rugi kalau pandu setakat 90km sejam maksudnya rugi masa , tol mesti kena bayar. Tambahan pula dengan kemudahan 4 lorong had laju dikawasan ini perlu di tukar semula ke 110km.

Kita faham di situ merupakan kawasan angin lintang yang boleh membahayakan pengguna lebuh raya. Lebih sesuai jika  PLUS meletakkan papan tanda peringatan atau amaran supaya pengguna berhati-hati semasa berada di kawasan tersebut sebab keadaan angin lintang berlaku bukannya sepanjang masa.

Had laju 90km di lebuh raya pada pandangan orang muo adalah untuk memberi kemudahan kepada pihak berkuasa memasang jerat bagi mendapatkan hasil negara.

5 comments:

Temuk said...

Salam tahun baru 1431H,
Kata rakan saya, langgar speed limit = beri points kpd polis trafik yg kesan kita utk naik pangkat & sumber kpd gomen kumpul duit.Kawan ini juga (yg ada Bently & Merc sports) = jenis suka bayar saman asal dapat memecut! Setuju juga utk stretch itu dibenarkan 110 km/hr. Kesewun.

cikgupj said...

Cpj amat bersetuju dengan orang muo, cuba lihat pendapat cpj dalam N3 berkaitan di sini:http://cikgupj.blogspot.com/2009/09/jalan-raya-lagihad-laju-menjadi-punca.html

Mazru Majid said...

hati-hati semasa memandu bang..

Nazeri Harun said...

Jerat tu... sumber ekonomi kerajaan.. Laju, bayor...

Teja said...

belasah 140 je bang... hehe