Subscribe Us

DIMENTIA (NYANYUK) SESIAPA SAHAJA BOLEH HADAPI

DIMENTIA atau nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua. Hakikatnya, penyakit yang melibatkan bahagian otak ini juga turut berisiko dialami oleh golongan muda malahan kanak-kanak. Di negara ini, ia bukanlah satu penyakit yang asing kerana semakin tinggi jangka hayat dalam masyarakat hari ini akibat tahap kesihatan yang semakin baik, maka semakin tinggi juga risiko untuk mengalaminya.


Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini. 


PUNCA 
HTML clipboard
DIMENTIA adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia.


Tidak ada kajian dilakukan bagi mengenalpasti punca nyanyuk di negara ini. Bagaimanapun, penyakit strok atau angin ahmar yang kerap berulang boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit ini. Penyakit alzheimer dan parkinson juga kerap ditemui menjadi punca nyanyuk. 


Menurut beliau lagi, penyakit seperti ketumbuhan otak di Lobus Frontal dan jangkitan otak yang menyebabkan ensefalitis (sawan) juga boleh menyebabkan pesakit menjadi nyanyuk. Punca-punca lain adalah akibat kekurangan vitamin B12, kekurangan hormon toksin/tiroid yang menyebabkan hipotirodism dan keturunan. 


Penyakit Creutzfeldt Jakob Disease (CJD) yang dialami oleh golongan tua berusia 60 tahun ke atas juga didapati boleh menyebabkan dimentia. Tanda-tanda penyakit ini ialah otot kejang dan pesakit tersentap, jalan tidak seimbang serta pergerakan kaku. Ia boleh berjangkit melalui otak, mata dan saraf tunjang. Penyakit ini seakan-akan sama dengan yang terdapat di Papua New Guinea kerana amalan memakan otak manusia berpenyakit kuru," [rujukan:pelbagai sumber]

Catat Ulasan

3 Ulasan

wahyu berkata…
salam bicara,
orang muo,

artikel menarik untuk tatapan pembaca, dan menambah pengetahuan.

Ada kemungkinan melalui terapi minda, seperti 'self-hypnosis'dapat mengurangkan dimentia. Jika ada kesungguhan dan berusaha ke arahnya mungkin berhasil.

salam hormat,
bicarawahyu.
~Siti Fatimah~ berkata…
askum..hye mgg nak jemput owner ni n sesiapa yg berminat baca nOvel berbentuk CINTA n SUSPEN jOin my bLOg k! :)”
nn berkata…
pernah baca dekat readers digest, one of the early symptoms yang menunjukkan ada risiko dimentia adalah kegagalan untuk detect sarcasm. huhu.