Thursday, December 10, 2009

DIMENTIA (NYANYUK) : KAEDAH RAWATAN

[Sambungan artikel terdahulu]



RAWATAN
Rawatan bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini. Bagaimanapun, ia hanya boleh diberi melalui suntikan memandangkan dos yang terdapat pada vitamin tambahan atau makanan tidak mencukupi untuk keperluan pesakit. 

Begitu juga dengan nyanyuk akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak.
"Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk. Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun penggunaannya tidak begitu digalakkan," katanya lagi. 

Dalam keadaan ini, pesakit hanya memerlukan penjagaan kebajikan dirinya kerana pesakit boleh mengalami pelbagai komplikasi lain seperti kematian akibat kemalangan dan sebagainya. Ini kerana pesakit yang hanya berbaring dalam satu keadaan sahaja boleh memudaratkannya dan perhatian daripada seseorang diperlukan bagi membantunya mengubah kedudukan pesakit. Bagi pesakit yang tidak di kawal, ubat sedatif digunakan bagi mengawal pergerakan mereka. 


"Majoriti pesakit mati akibat jangkitan seperti penyakit pneumonia. Ini kerana pesakit yang mengalami dimentia yang teruk hanya mampu berbaring sahaja dan tidak batuk bagi mengeluarkan kahak. Kadangkala pesakit boleh mengalami kematian akibat penyakit lain dari nyanyuk. Oleh itu, pesakit perlu diberi penjagaan dan kawalan untuk keselesaan mereka. 

PERBEZAAN LUPA DAN NYANYUK
"LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof. Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua istilah ini. 

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.
Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah: 

1. Lupa secara spontan 
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai. 


2. Sindrom otak pasca traumatik
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya. 


3. Sindrom otak organik
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak. 


DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa. 

PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT
 
SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak. Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal maun atau hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum. 
Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan. 

Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

No comments: