Tuesday, December 22, 2009

Bomoh 'Suci Sakti ' Merawat Pijak Pesakit


 YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap
selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya. Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Bomoh itu telah ditangkap dan akan dibicarakan. Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan. - Agensi

4 comments:

oshin68 said...

Ya Allah...kesiannya budak tu!!!

Mazru Majid said...

kalo kat negara kite ni dah lama kena sumbat dalam lokap..x patut nye cara perubatan camtu,menambah kesakitan ade la..

ummi humaira said...

salam org Muo...
ibubapa mana yg sanggup lihat anaknya dipijak sebegitu rupa , masyaAllah gila apa punya bomoh , tapi dah nama pun bomoh , sapa suruh percaya kat bomoh.he he he

Din Rambong said...

mak bapak yg guna bomoh ni lagi gila..dah tau bomoh 2 gila wat apa percaya kt dia..gila betoi..