Sunday, December 27, 2009

Berita Sedih Untuk Perokok :Harga Rokok Naik Lagi


 Harga sekotak 20 batang RM 6.40 mulai 1 Jan 2010 [ hisap rokok daun je]

KUALA LUMPUR: Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.[dipetik dpd Mstar]

2 comments:

Cikgu Jang .. said...

tak lama lagi berlambak2 lah pulak rokok seludup kat malaysia ni....

diaorg tak kira, asalkan dapat berasap....

Ieda the Rainbow Princess said...

Renti2 kn lah membakar duit tu..
Haila..rokok membahayakan kesihatan lh wahai perokok2 di luar..