Sunday, December 13, 2009

Berhenti Merokok Serta Merta terpaksa Menderita Di Hospital Seminggu


Orang muo nak cerita pasal seorang kenalan yang berniat untuk berhenti merokok. Dia seorang tukang gunting rambut di Muo  dekat Setesen Bas Maharani. Setiap bulan orang muo memang bergunting rambut dengannya.Orang muo rasa kagum dengan semangat dan niatnya yang baik itu. Umurnya lebih kurang 60 tahun. Setiap hari beliau merokok tidak kurang daripada 20 batang rokok.
Perokok tegar ini berjaya meninggalkan tabiat ketagihannya  yang terlampau itu. Setelah 15 hari beliau berhenti merokok, timbul pula masalah perutnya semakin buncit dan kembung penuh dengan angin. Selera makan seperti biasa tetapi asyik rasa loya-loya dan muntah-muntah je. Setiap kali selepas makan messti muntah. Akhirnya badannya lemah tidak bertenaga.
Satu lagi masalah menyusul. Beliau merasa sukar untuk bernafas. Keadaannya seperti orang semput tercungap-cungap. Anaknya mengambil keputusan menghantarnya ke hospital.  Seksanya bukan kepalang semuanya rasa macam tak betul.

Dipendekkan cerita, setelah 6 hari duduk di wad doktor membenarkannya keluar hospital. Rupa-rupanya akibat berhenti merokok serta-merta perut dipenuhi angin dan jantungnya pula telah dipenuhi air sebab tu sukar untuk bernafas. Doktor terpaksa menyedut air yang terperangkap dijantungnya.
Kini beliau telah sihat lebih sihat daripada dulu, dan dapat menjalankan kerjayanya seperti biasa. Beliau tidak lagi menghabiskan sebahagian pendapatannya untuk membeli rokok.

Nasihat orang muo, jika anda berhajat hendak berhenti merokok, berhentilah, tetapi jangan ikut cara kenalan orang muo tu. Mula-mula, kurangkan merokok sedikit-demi sedikit barulah berhenti terus. Orang muo dulu-dulu merokok juga, tak lama ada dalam 6 tahun sebagai perokok tegar. Orang muo bersyukur kerana disebabkan sakit pada kerongkong [tekak] akibat merokok , akhirnya orang muo tak dapat hisap rokok. Orang muo pun berhenti merokok.

5 comments:

juk said...

mujur lah sy x hisap rokok. tp sy cukup x suka org yg merokok dekat saya.

Che' Pit said...

mmg bagus berhenti merokok, tapi setuju lah, jgn terlalu drastik, mendadak.. slow2 asal berjaya

nasib baik x merokok, ayah pun sama.. cuma abg dgn abg2 ipar jer.. tu mmg tegar, susah nak berhenti

Temuk said...

Salam perkenalan, sdr orang muo.
Kata kawan perokok, rokok itu penghubung kasih, pengikat rakan & simbol macho! Saya kata betul, asal tak dihisap! Ada terbaca papan tanda di sebuah masjid di KL, menyatakan merokok itu HARAM. Tapi orang Islam merokok di khalayak ramai tak boleh ditangkap seperti yang meminum arak!!??

izakhairi said...

peristiwa yang tak dapat dilupakan bergaduh dengan office-mate yang merokok sampai hubby suruh berhenti kerja...dan apply jadi cikgu

Syahazli said...

Teman dah berenti, selamat duit ratus-ratus sebulan......dulu bakor duit sesajer