Tuesday, December 15, 2009

Bandar Muo Dibanjiri Warga Asing


Hari minggu adalah hari untuk rakyat warga asing yang bekerja mencari nafkah di negara kita, khususnya di daerah tempat orang muo ni berlibur dan berkumpul beramai-ramai bertemu rakan atau kenalan senegara.


Hampir semua tempat di sekitar bandar muo sama ada di bank, pasar, pasar raya, kedai, di tepi jalan raya, di tepi sungai, di bawah pokok, penuh dengan warga asing. Penduduk tempatan seolah-olah berada di negara asing pula.
Banyak kilang didirikan di daerah ini, kilang perabot, elektronik, pembuatan, pakaian, yang mana 90% pekerjanya adalah dari negara asing. Tidak ketinggalan juga mereka yang bekerja di sektor perladangan dan pembinaan hampir 90% dikuasai oleh pekerja warga asing.


Hari minggu merupakan peluang   untuk mereka keluar berlibur menghilangkan rasa penat dan bosan setelah bekerja seharian disamping melunaskan keperluan masing-masing. Sesetengah daripada mereka tidak lupa menghantar wang untuk keluarga di kampung. Aliran mata wang kita ke luar negara sememangnya membimbangkan kerana tidak dapat digunakan di dalam negara sendiri.




Menyentuh tentang pekerja warga asing ini, ada pro dan kontra, baik dan buruk kepada kita. Baiknya mereka dapat menyumbang  sebagai pengguna, merancakkan aktiviti perniagaan. Secara tidak langsung mereka membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat Malaysia sendiri pada umumnya kurang berminat bekerja di sektor perkilangan [swasta] kerana masalah birokrasi dan diskriminasi daripada majikan yang rata-rata dimiliki oleh kaum lain, ataupun mungkin gaji yang ditawarkan  tidak sesuai untuk mereka.


Buruknya...
1. Budaya dan cara hidup mereka jauh berbeza dengan rakyat kita. Mereka tiada batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, berjalan saling berpelukan  yang terlampau,kadang-kadang lebih daripada itu, [orang muo rasa macam nak lastik saja mamat dan minah asing tu. Apa taknya kalau berkelakuan sumbang dikhalayak ramai tanpa segan silu, terutamanya kaum dari Nepal, Maynmar dan Vietnam]


2. Berani mengusik dan meraba kaum wanita tempatan tanpa rasa takut sebab mereka berkumpulan besar, biasanya kes seperti ini berlaku di dalam bas, dan di tempat kerja.


3. Suka mengambil dan mencuri harta awam dan persendirian, kucing dan anjing pun boleh hilang.


4. Kes pecah rumah
5.Pergaduhan sehingga membawa maut
6. Kes bunuh


Begitulah serba sedikit gambaran tentang warga asing ni yang dapat orang muo ulas. Namun, bukan semua berkelakuan sedemikian, ramai juga yang baik dan berakhlak mulia.


Kita berharap pihak kerajaan dan pihak yang diberi kuasa dapat melakukan sesuatu supaya kebanjiran warga asing ke negara kita dapat dibendung, buat penapisan supaya yang datang ke Malaysia benar-benar daripada mereka yang tidak mempunyai rekod jenayah di negara mereka.


Orang muo mengharapkan ulasan atau komen daripada sahabat-sahabat kerana apa yang dipaparkan di sini tidak menyentuh semua aspek yang berkaitan. 

Orang muo memohon maaf kepada sahabat-sahabat dari luar negara seandainya ulasan ini kurang menyenangkan. Orang muo bukan bermaksud untuk berkelahi dengan warga luar. Untuk makluman sahabat luar negara, warga tempatan juga ada berkelakuan seperti itu. Sila turunkan komen anda...

3 comments:

mantan said...

OM,

Entri ini bagus untuk renungan pihak yang berkewajipan berkaitannya.

Walaupun ada pihak melihat kebaikan dan keuntungan drpd gejala ini, saya tetap menyatakan ia masaalah bagi negara kita.

Api ketika kecil menjadi sahabat, bila marak tak terkawal boleh membakar hangus.

Kata, seorang sahabat ketika di berada di tingkat atas pusat membelibelah Angsana di JB, oleh sebab ramainya mereka, jika dia melemparkan seulas kacang, pastinya terkena kepala warga luar itu.
(Terutamanya pada hari minggu).

Hairan juga kenapa ada pihak-pihak yang berkewajipan, melepaskan tanggungjawab dan saling menyatakan bahawa bukan tugas mereka menanangi gejala ini. Sudahnya tiada tindakan yang diambi. Masing-masing menyangka agensi lain yang menanangi masalah itu.

Saya bimbang nanti, masalahnya kian rumit dan semakin sukar ditangani.

Yang salahnya ialah kita sendiri. Mereka itu mencari peluang untuk hidup lebih sempurna.

Mereka tidak memahami budaya kita yang menghormati tetamu, dan menganggap itu sebagai kelemahan kita dan dengan mudah mengambil kesempatan.

Sesetengahnya tidak mahu belajar menyesuaikan diri dengan budaya setempat. Kalau yang dibawa mereka itu, budaya yang positif yang dapat kita teladani, itu barangkali boleh diterima. Tetapi yang dibawa ialah gejala sosial dan jenayah.

iBu...gUru said...

Bukan kat muo je, mana2 bandar ka pekan ka, kat m'sia ini dibanjari oleh makhluk2 asing tu

izakhairi said...

orang muo,

perkara sebegini sering dipandang remeh dan sepi oleh pihak2 tertentu...kurang pasti apa motifnya,

mengharap akan ada ketenangan di bumi sendiri dan tidaklah asyik terasa macam berada di negara lain...sedih