Tuesday, December 22, 2009

Bahaya Kad Kredit


Kad kredit dianggap alternatif paling mudah dalam mengurai kekusutan bajet kewangan . Kad kredit memang berkuasa dalam membantu menyelesaikan masalah dalam tempoh mudah atau sekelip mata.

Adakah kad kredit patut dipersalahkan bila beban hutang makin tinggi? Sama juga dengan dadah. Jika dalam kuantiti sedikit, ia boleh membantu, bagaimana pula kesannya andai disalah guna? Begitu juga kad kredit yang boleh membebankan dalam tempoh jangka masa panjang.
Seharusnya, kita segera membayar jumlah kredit yang dipinjam supaya tidak ada kos tambahan dan caj dikenakan.

Cara yang paling mudah untuk mengelak penggunaan kad kredit selain mengurangkan perbelanjaan adalah tinggalkan saja kad kredit di rumah. Apabila ke pasar raya, elak menggunakan troli, sebaliknya ambil bakul. Biarpun dua benda yang sama, tetapi secara psikologi menyaksikan kita hanya mengambil barang yang perlu saja.

Dari segi had perbelanjaan kad kredit, kita boleh mengarahkan pihak bank mengurangkan jumlah had atau credit limit sebagai alternatif mengelak daripada terus menggunakan kemudahan itu.
Kita mudah terperangkap menggunakan kad kredit tanpa disedari. Kita ambil contoh ini… Bayangkan, andai kita perlu membayar balik pinjaman RM5,000 mengikut jumlah minimum kad kredit. Ini akan mengambil masa lebih tujuh tahun untuk melangsaikannya… Inilah beban jangka masa panjang.
Situasi ini amat membahayakan terutama kepada generasi muda hari ini. Kebanyakan daripada kita cenderung mengutamakan perbelanjaan menyambut setiap perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali, tetapi adakah kita merancang perbelanjaan selepas perayaan tersebut?

Itulah sebabnya tabungan amat penting. Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan. Bayangkan andai berlaku kecemasan yang memerlukan kita membelanjakan banyak wang.
Tidak dapat banyak, sedikitpun harus kita menabung… Jadikan ia suatu amalan.

TIP: Belanja Berhemah:

  • Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
  • Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
  • Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat
  • Elak menggunakan kad kredit
  • Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
  • Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
  • Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
  • Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama
Sumber : Berita Harian

5 comments:

ummi ida said...

Salam ziarah.Utk elak guna kad kredit,buatlah belanjawan keluarga dn paling pntg,ukur baju di bdn sendiri.Kalau bank offer,soalan yg perlu ditanya ialah ,ada tak kad yg blh guna tanpa byr?Sure pegawai tu tak contact lg

zaidi ali said...

Salam.

"Kredit" bermaksud "hutang berfaedah". "Hutang berfaedah" = Riba. Oleh itu Kad Kredit = Kad Riba.

~0~ said...

kad kredit kawan kalo pandai...
tp jd musuh kalo salah guna

Jijahh @ f.k said...

dulu masa tak mampu lagi ... selalu gatal nak buat kad kredit ...
skang bila dah mampu .. saja je cakap gaji saya kecik je .. hahahah dorang tak kacau laa lepas tu ... kuang kuang kuang ...

Little buzz said...

idea menggunakan bakul dari menggunakan troli adalah satu bnda yg sy rasa efektif..idea yg baik..biasa nye klu bwk troli, lgi tk penuh..lg tu di tmbah2 barangnya...tp klu bakul, ambik2 yg pnting, tngok2 dh penuh...tp satu je lah...klu bawak bakul nie..tahan la tangan nyer nk membimbit..biasa nya si suami lah yg lotih skit...