Thursday, November 26, 2009

SUKMA 2010: Persatuan Sukan Keno Daerah Muo Wakil Negeri Johor

Petang kelmarin orang muo berkesempatan bawa anak yang kecik jalan-jalan dekat Tanjung Emas Muar. Sempat juga orang muo snap beberapa keping gambar sekadar suka-suka. Selepas ambil gambar orang muo pun menghampiri seorang remaja yang sedang memberikan arahan kepada rakan-rakannya yang lain. 

Barulah orang muo tahu bahawa remaja-remaja ini merupakan team Persatuan Sukan Keno Daerah Muar. Yang menariknya mereka ialah pasukan sukan keno negeri Johor yang pernah mewakili pasukan negeri dalam SUKMA 2008, di Terengganu. Mereka berjaya membawa pulang 1pingat Emas, 6 Perak dan 11 Gangsa. Boleh tahan.
 
Orang muo tumpang bangga dengan budak-budak ni walaupun musim cuti sekolah sedang berlalu, mereka tetap dengan komitmen mereka untuk menjalani latihan sebagai persiapan ke kejohanan SUKMA 2010 yang akan dilangsungkan di negeri Melaka nanti. Rata-rata umur mereka antara 15 hingga 18 tahun. 

Syamsul, salah seorang jurulatih dan peserta keno negeri Johor menyatakan latihan dijalankan pada setiap hari mulai pukul 4.30 hingga 6.30 petang kecuali hari Ahad. Semasa mereka menjalani latihan, dapatlah juga penduduk- penduduk Muo ni melepaskan rasa bosan terperap di rumah  dengan menyaksikan aksi-aksi menarik dan mengagumkan kerana sukan keno memerlukan skil  atau kemahiran yang maksimum untuk mengawal dan memastikan keno tidak terbalik dan sebagainya. Lebih menarik pasukan ini turut disertai oleh 7 orang remaja perempuan. Kebanyakan daripada mereka masih lagi menuntut.


 
Orang muo mendoakan semoga mereka cekal, tabah, bersemangat waja mengharungi perit getir menjalani latihan walaupun terpaksa menelan banyak kali air muara sungai Muar yang kadangkala masin dan payau tu. Mudah-mudahan team Sukan Keno Muar akan beroleh kejayaan yang membanggakan semua warga Johor dalam sukan SUKMA 2010 nanti. Bravo team Sukan Keno Johor!

No comments: