Wednesday, August 25, 2010

Hari Kemerdekaan : Bangsa Membudayakan Negara

Sebuah Persatuan Kebudayaan Cina daerah Muo turut mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang dilangsungkan di Muo tidak lama dulu. Foto ini sudah lama orang muo simpan. Baru hari ini orang muo teringat kembali tentang foto-foto ini. Pujian harus diberikan kepada persatuan kaum Cina ini yang berusaha mempraktikan budaya kaum Melayu dalam masyarakat mereka.
Setelah melihat-lihat foto ini, betapa indahnya mesej yg tersirat yang boleh kita renungkan bersama demi keamanan dan kesejahteraan semua warga Malaysia yang berbagai bangsa dan kaum. Marilah kita semarakkan ikatan persefahaman antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama. Elakkan provokasi perkauman. Sejak akhir-akhir ini isu-isu sensif membabitkan kaum sering diperbesarkan oleh golongan ahli politik yang sepatutnya bertanggungjawab memelihara kestabilan kesejahteraan negara

No comments: