Monday, November 30, 2009

PERMATApintar : Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah-PPCS PERMTApintar UKM


Hari ini anak orang muo melapor diri dalam program PERMTApintar  di UKM [Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah-PPCS (Adaptasi dari Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University)


Pelajar pintar cerdas berbakat ( PCB)  yang berumur diantara 9 hingga 15 tahun yang dikenal pasti pintar cerdas berbakat akan mengikuti program perkhemahan musim cuti sekolah. Seramai 68 orang calon dari Johor, 16 orang daripadanya dari Muar / Ledang  terpilih ke program tersebut .  Manakala 405 orang peserta dari seluruh negara, 200 orang pelajar sekolah rendah dan 205 orang pelajar sekolah menengah  dipilih setelah berjaya melepasi dua ujian saringan secara online pada bulan Jun dan Ogos yang lalu. Program perkhemahan ini akan dijalankan mulai 30 November 2009 – 17 Disember 2009 (3 minggu) Tempat : Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi

Saturday, November 28, 2009

Marina Bay Tanjung Emas Muo Umpama Gajah Putih


 lengang tanpa pelanggan &  pengunjung
Marina Bay Tanjung Emas Muo yang telahpun siap dibina kira-kira 2 tahun yang lalu memang cantik, lengkap dengan segala kemudahan dan sesuai untuk tempat persinggahan bagi kapal pelancongan atau bot-bot besar sama ada dari dalam ataupun luar negara. Namun sayang seribu kali sayang, marina ini tidak mendapat sambutan dan di dapati lengang tanpa sebarang kapal yang sudi singgah di sini.

Friday, November 27, 2009

Aidiladha : Kenyataan akhbar Barat tentang Keistimewaan Kaedah Penyembelihan Haiwan HALAL dalam Islam


halal signBerita ini telah dilaporkan oleh Belfast Telegraph, yang mengatakan bahawa kaedah penyembelihan haiwan dalam Islam adalah satu kaedah yang paling berperikemanusiaan dan tidak menyeksakan haiwan tersebut. 
Ini kerana apabila dipotong sahaja urat murih haiwan tersebut, maka hubungan saraf2 nya dengan otak sudah TIDAK ADA lagi. Haiwan itu sudah tidak dapat berfikir apa2 lagi selepas dipotong urat murih itu. Bermakna, ia TIDAK MERASA sakit langsung pun.

http://3.bp.blogspot.com/_hkB9vfo9Dwg/ST-S6cp4epI/AAAAAAAAAKY/4lC30lc2NG8/s400/DSC05294.JPG

Keadaan ia menggelepar sebagaimana yang biasa kita tengok ialah bukan kerana ia kesakitan, tetapi itu adalah tindakbalas urat saraf yang seperti kekejangan. Walhal otaknya pada ketika itu sudah tidak berfungsi lagi. Dan itu lah hikmah penyembelihan kaedah Islam yang langsung tidak menyeksakan binatang.

Haiwan Tidak Mengalami Kesakitan
Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze [rujuk di Wikipedia] dan rakannya, Dr Hazem di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, 'Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional (pistol kejutan) dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing' (Experiments for the objectification of pain and consciousness during conventional (captive bolt stunning) and religiously mandated (ritual cutting) slaughter procedures for sheep and calves) [download kertas kajian], menyimpulkan kaedah sembelihan adalah terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan pistol kejutan (captive bolt pistol - CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, 3 saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk 3 saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas 6 saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
 

Berita dari Belfast Telegraph. 

Why Halal Is More Mumane
Monday, 19 October 2009

Andy Elliott may think that the suffering faced by animals slaughtered under Halal law is ‘unimaginable’ (Write Back, October 16), yet should he inadvertently cut himself with something sharp, he would not notice until he saw the bleeding, as happens from time to time when handling sheets of paper.
When the arteries in the neck are severed, blood pressure to the brain falls to negligible levels almost instantly, rendering the animal unconscious, certainly faster than the time lapse until any pain resulting from the cut could possibly be felt.
What Mr Elliott fails to appreciate is that the stunning process itself often fails to be effective at its first application, requiring repeated attempts which causes considerable pain and distress to the animal.
In reality, when performed by a skilled slaughterer, this is the most humane way of killing animals.
MARTIN D STERN
Salford, England

Thursday, November 26, 2009

SUKMA 2010: Persatuan Sukan Keno Daerah Muo Wakil Negeri Johor

Petang kelmarin orang muo berkesempatan bawa anak yang kecik jalan-jalan dekat Tanjung Emas Muar. Sempat juga orang muo snap beberapa keping gambar sekadar suka-suka. Selepas ambil gambar orang muo pun menghampiri seorang remaja yang sedang memberikan arahan kepada rakan-rakannya yang lain. 

Barulah orang muo tahu bahawa remaja-remaja ini merupakan team Persatuan Sukan Keno Daerah Muar. Yang menariknya mereka ialah pasukan sukan keno negeri Johor yang pernah mewakili pasukan negeri dalam SUKMA 2008, di Terengganu. Mereka berjaya membawa pulang 1pingat Emas, 6 Perak dan 11 Gangsa. Boleh tahan.
 
Orang muo tumpang bangga dengan budak-budak ni walaupun musim cuti sekolah sedang berlalu, mereka tetap dengan komitmen mereka untuk menjalani latihan sebagai persiapan ke kejohanan SUKMA 2010 yang akan dilangsungkan di negeri Melaka nanti. Rata-rata umur mereka antara 15 hingga 18 tahun. 

Syamsul, salah seorang jurulatih dan peserta keno negeri Johor menyatakan latihan dijalankan pada setiap hari mulai pukul 4.30 hingga 6.30 petang kecuali hari Ahad. Semasa mereka menjalani latihan, dapatlah juga penduduk- penduduk Muo ni melepaskan rasa bosan terperap di rumah  dengan menyaksikan aksi-aksi menarik dan mengagumkan kerana sukan keno memerlukan skil  atau kemahiran yang maksimum untuk mengawal dan memastikan keno tidak terbalik dan sebagainya. Lebih menarik pasukan ini turut disertai oleh 7 orang remaja perempuan. Kebanyakan daripada mereka masih lagi menuntut.


 
Orang muo mendoakan semoga mereka cekal, tabah, bersemangat waja mengharungi perit getir menjalani latihan walaupun terpaksa menelan banyak kali air muara sungai Muar yang kadangkala masin dan payau tu. Mudah-mudahan team Sukan Keno Muar akan beroleh kejayaan yang membanggakan semua warga Johor dalam sukan SUKMA 2010 nanti. Bravo team Sukan Keno Johor!

Tuesday, November 24, 2009

Oasis of the Seas, the world's largest and newest cruise ship

Oasis of the Seas, the world's largest and newest cruise ...Oasis of the Seas, the world's largest and newest cruise ship, navigates through a ship channel as a crowd cheers, headed for its home port nearby in Port Everglades in Fort Lauderdale, Florida as seen from a park in Dania Beach, Florida November 13, 2009. The ship, constructed in Finland, is owned by Royal Caribbean International.
http://twistedsifter.com/wp-content/uploads/2009/11/on-deck-of-the-worlds-largest-cruise-ship-oasis-of-the-seas.jpg http://www.iglucruise.com/images/oasis-of-the-seas_i268714.jpg

Saturday, November 21, 2009

UPSR 2009: Hanya 30% Murid Menjawab Menggunakan Bahasa Inggeris

PPSMI: Jangan manipulasi keputusan UPSR 2009
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Semua pihak diminta tidak memanipulasi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 untuk kembali mencetuskan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, meskipun jumlah pelajar yang memperoleh A dalam subjek Sains dan Matematik meningkat, ia tidak bermakna keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI perlu dipertikai.
Beliau berkata, hanya 30 peratus daripada keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan itu menjawab menggunakan bahasa Inggeris. Baca seterusnya...

Lelaki Singapura Tergila- gilakan Wanita Batam -Terlajak Nafsu di Batam, Parah Jadinya

 http://www.kwrintl.com/Batam/batamap.jpghttp://farm2.static.flickr.com/1190/692459179_48a92e99a1.jpg 
Oleh Saini Salleh [cyberita.asia1.com.sg]
APA yang ada pada wanita-wanita di Batam yang menyebabkan ramai kaum Adam Singapura jadi tergila-gila hingga sanggup hilang anak, isteri dan saudara.APA yang ada pada wanita-wanita di Batam yang menyebabkan ramai kaum Adam Singapura jadi tergila-gila hingga sanggup hilang anak, isteri dan saudara.
Bila pergi, macam-macam alasan diberi kepada isteri seperti mesyuarat, jalankan perniagaan, jumpa pelanggan dan macam-macam lagi.
Tidak berani pula kata kepada isteri bahawa mereka ke sana untuk makan angin, keluar dengan kawan- kawan atau mencari hiburan.
Bukan lagi rahsia - ramai yang sudah menggigit jari akibat dikeruk habisan-habisan oleh kekasih atau isteri yang dinikahi secara sulit. Ada yang sanggup melambakkan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang sepatutnya digunakan sebagai payung sebelum hujan.
Sesetengahnya 'parut' ATM dan kad kredit untuk membeli cinta monyet akibat pandang pertama. Tetapi, habis duit abang melayang. Lebih sedih lagi, ada yang meninggal ketika 'buat kerja' dalam hotel! Yang pulang hanyalah tubuh mereka yang sudah dibungkus dengan kain kapan.
Bagi si wanita Batam pula, kebanyakan janda muda, suami-suami Singapura yang mudik ke sana membawa durian runtuh yang tidak pernah mereka impikan selama hidup mereka. Kesempatan tersebut mereka gunakan untuk hidup senang lelang.
Bukan juga satu rahsia - ramai wanita berstatus janda di Batam yang dulunya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang di kawasan lampu merah, kini memiliki rumah gedung dan rantai emas berjuntai di leher dan gelang berderet di lengan dek mempunyai suami atau kasih Pak Dolar (Julukan bagi lelaki Singapura). Isteri di Singapura pula disuruh 'pakai dulu bayar kemudian' seperti bak kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan.
Sebagai wartawan yang pernah membuat liputan lelaki Singapura melencong ke Batam, pertama kali didedahkan dalam 1991, pulau yang diberi julukan Bila Anda Tiba Anda Menyesal, memang syurga dunia bagi lelaki yang menggatal atau sudah padam cinta terhadap isteri yang semakin berkerut dan berbabat perutnya.
Dalam kebanyakan lelaki itu, mereka menyalahkan isteri kerana tidak lagi dapat memuaskan nafsu serakah mereka kerana terlalu sibuk dengan cucu atau sudah putus haid.
Malah, dalam satu kes terbaru yang dilaporkan minggu lalu, sang suami sanggup menyeberang ke Batam dan menikahi seorang janda kerana mendakwa isterinya, seorang karyawan komputer, tidak menyiapkan sarapan setiap pagi.
Berasaskah sebab musabab yang diberikan suami yang sudah mempunyai tiga anak itu?
Tetapi, pengalaman saya ketika merungkai kes suami Singapura membuka cawangan di Batam menunjukkan lelaki mudah 'cair' apabila dipujuk rayu janda-janda yang sememangnya seksi dan bermati-matian memancing cinta palsu mereka.
Ramai yang lemah apabila dengar 'Capek pak, capek bang!'
'Macam mana tak cair kalau mereka layan kita macam raja dan serah segala-galanya untuk kita ratah!
'Itu 'jam' kita lupa anak isteri, runtuh iman dan begitu bahagia!' kata seorang lelaki yang kini menggigit jari kerana janda yang dinikahi secara sulit, meninggalkannya sebatang kara selepas menyedut hampir kesemua wang CPF sekitar $200,000 yang baru dikeluarkan dan belum sempat dijamah anak isteri di Singapura. Isteri di Singapura menuntut cerai dan anak-anak benci terhadapnya.
Masalah melencong ke Batam melibatkan isu asas - rapuhnya iman suami-suami Singapura yang berusia lewat maghrib. Mungkin juga mereka rasa tertekan apabila usia mencecah senja akibat isteri yang dingin untuk bersama dan dek kesunyian melanda. Memang tidak banyak yang dapat warga emas lakukan selepas bersara di sini - hari-hari tengok tembok flat sendiri.
Justeru, pasangan yang telah lama berumah tangga dan bercucu cicit perlu muasabah atau cermin-cermin diri dan isi masa terluang dengan kegiatan dan hobi berfaedah.
Lebih baik lagi mereka jauhi Batam kerana bimbang dipaut perasaan, berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul.
Terlajak perahu di Batam masih boleh ditarik balik tetapi kalau terlajak nafsu di sana parah jawabnya.

Friday, November 20, 2009

PLEASE CALL OUR MASJID "MASJID"! Not "MOSQUE"!!


[sumber : swaramuslim.com ] Assalamu ‘Alaikum, ini adalah informasi yang sangat berharga. Bacalah informasi ini dan sampaikan kepada semua kaum Muslim, sebanyak yang kita bisa. Informasi ini merupakan suatu hal yang sangat vital dan penting. Kaum muslim seharusnya mulai saat ini tidak lagi menggunakan istilah “ Mosque ”. 

Saya menemukan informasi ini dari buku yang berjudul “THE COMPLETE IDIOT’S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM”. Salah satu informasi tersebut berhubungan dengan istilah “ Mosque ”. Sebagian besar orang berpikir bahwa “ Mosque ” adalah terjemahan bahasa Inggris dari istilah “Masjid”. Saya yakin, tak seorangpun di antara kita pernah memikirkan bahwa istilah “ Mosque ” mempunyai makna yang sangat tidak sebanding dengan apa yang biasa disebut sebagai “Masjid”. (Saat kita belum dewasa dulu mungkin berpikir bahwa “ Mosque ” adalah terjemahan dari “Masjid”. 

Pikiran kita pada saat itu kurang kritis dan analitis, sehingga kita tidak berani menanyakan makna istilah “ Mosque ” kepada guru-guru kita.) Bagaimanapun, buku ini menunjukkan bahwa istilah “ Mosque ” diperoleh dari kata dalam bahasa Spanyol, yaitu " Mosquito " yang berarti "Nyamuk". Dinamakan seperti itu karena saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahwa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim " like mosquitoes " ("seperti nyamuk-nyamuk"). (Dimana lagi mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di Masjid?).Lalu tanpa rasa sungkan mereka menyebut "Masjid" sebagai " Mosque ". 

Jadi saudara-saudara seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan kemuakan ke wajah umat Muslim. Beritahukanlah saudara-saudara kita tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata) tentang kata ini. Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata yang memiliki makna yang seharusnya. Masjid adalah Tempat untuk Bersujud!. Semantara Mosque berarti tempat pembasmian!. Jadi, Mosque tidak mempunyai makna yang sama dengan Masjid.

Thursday, November 19, 2009

Misteri batu bergerak di gurun Amerika Syarikat

 
GAMBAR menunjukkan sebongkah batu yang meninggalkan jejak laluannya di Taman Negara Death Valley, Amerika Syarikat.


LOS ANGELES - Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah bergerak di padang pasir Taman Negara Death Valley, lapor sebuah akhbar semalam.  Batu-batu itu yang ada mencecah sehingga 108 kilogram mencetuskan kebingungan di kalangan penyelidik kerana... baca seterusnya...

Wednesday, November 18, 2009

PERSEPSI : ANWAR & NAJIB DUDUK SEMEJA!

Foto Anwar Ibrahim menghirup teh tarik bersama Najib Razak dalam keadaan santai di Parlimen
[orang muo]- Satu lagi persepsi yang mempunyai pelbagai maksud tersirat . Anwar baru saja mengisytiharkan perang ke atas PM, tup-tup mereka berdua ni elok je ngeteh . Ini lah yang dinamakan politik... di luar bagai nak rak terjerit-jerit, di dalam sana biasa je macam tak ada ape-ape . Di bawah ni orang muo linkan ke blog rakan kita berhubung kisah-kisah lama antara dua tokoh ini.



(Foto - Anwar&Najib mereka telah duduk semeja semasa berehat di Parlimen pada 17 November lalu) 

 [sumber : locengwangsa.blogspot.com] 
Anwar dan Najib pernah menjadi gandingan mantap ketika masing-masing berada di dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar Ibrahim mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO sejak tahun 1982 setelah beliau menewaskan Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi.Baca seterusnya...

Tuesday, November 17, 2009

Nauzubillah...:Anak Sape Ni... Muka macam anak Melayu...


[sumber: fajridil.blogspot.com/]
Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga menayangkan bentuk badan kepada lelaki yang bukan muhrimnya. Salah siapa? kemana perginya pihak berkuasa yang memantau? semua pejamkan mata saja ke? atau ada duit yang disumbat ke mulut sehingga kes-kes sebegini semakin berleluasa tanpa ada sebarang tindakan tegas untuk mengatasinya. Apa nak jadi....


Persoalannya: Di manakah "event" ini dibuat? Jika ikut tarikh gambar ianya berlaku pada 24/10/2009, yea... bulan lepas. Semua muka muka yang di pertontonkan iras melayu, cumanya adakah mereka beragama Islam...? Sedangkan Malaysia ini negara Islam. Jika ianya berlaku dalam negeri Selangor... adakah telah mendapat Tauliah dari JAIS? Banyak lagi yang nak di persoalkan....
"Ketuanan Melayu" = Mengapa anak gadis melayu dilacurkan sebegini rupa...?
Isa: Aku tutup mata dengan tapak tangan... tapi jari terangkat... ha..ha..ha...


Saturday, November 14, 2009

Kelebihan Umat Rasulullah S.A.W Menurut Pandangan Nabi Adam A.S


Kelebihan Umat Rasulullah S.A.W Menurut Pandangan Nabi Adam A.S. Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, 
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku: 
1. Taubatku hanya diterima di Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, makaAllah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. 
3. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengantelanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka. 
4.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Thursday, November 12, 2009

Bonus Tak Dapat, Kena Sindir Lagi

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap  Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan. 
Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan. baca seterusnya

Tuesday, November 10, 2009

Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah S.A.W


Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T 
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak) 
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Monday, November 9, 2009

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata," Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu disebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa.
Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya... Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.
Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Saturday, November 7, 2009

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau. Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. 
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Thursday, November 5, 2009

Kawal Makan Nasi

Kandungan karbohidrat dalam nasi mampu tingkat kadar gula dalam darah ke paras lebih tinggi
Oleh: Dewani Abbas 
RAMAI pesakit kencing manis cenderung menyatakan mereka sudah kurang memakan gula sejak diserang penyakit itu, seolah-olah gula yang menjadi penyebab utama masalah kesihatan mereka.
Tetapi, tahukah anda bahawa berbanding dengan gula, nasi sebenarnya yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah ke paras yang lebih tinggi? 
Sebagai perbandingan, satu kiub gula yang serupa dengan satu sudu teh gula mengandungi lima gram karbohidrat. Tetapi, satu mangkuk nasi mengandungi 60 gram karbohidrat. Jelas, bagi pesakit kencing manis, cara mengawal penyakit mereka bukanlah dengan menjauhi gula, sebaliknya menguruskan pengambilan karbohidrat mereka seperti nasi, mi, produk tenusu dan buah-buahan dengan bijak dalam diet harian mereka. Ini memandangkan kadar gula dalam darah paling banyak dipengaruhi oleh kandungan karbohidrat yang terdiri daripada gula dan kanji. Bagi pesakit kencing manis, untuk mengawal paras gula mereka dengan berkesan mereka perlulah memberi fokus kepada jenis karbohidrat yang dimakan, jumlahnya dan bila ia dimakan kerana ketiga-tiga faktor ini semua memberi impak kepada paras gula dalam darah.
Jadi, bagaimana mengawal ketiga-tiga faktor ini?
Caranya ialah mengira jumlah karbohidrat yang kita makan setiap hari.
Dengan mengira jumlah karbohidrat, pesakit kencing manis akan dapat menikmati makanan karbohidratnya dengan cara yang lebih fleksibel (tidak terikat pada waktu tertentu) dan menyeronokkan, sambil berupaya mengawal paras gula dengan lebih baik.
Tetapi, syarat pertama ialah pesakit mesti tahu berapakah jumlah karbohidrat dalam makanan utama dan snek harian mereka seperti yang disarankan oleh pakar diet mereka.
Berikut diberikan contoh.
Shima, 30 tahun, ialah seorang wanita aktif yang menghidap kencing manis.
Matlamat pengambilan karbohidratnya setiap hari seperti yang disarankan oleh pakar dietnya ialah 50 hingga 60 peratus daripada jumlah kalorinya setiap hari iaitu 1,800 kalori. Ini menjadikan jumlah karbohidrat yang sesuai untuknya kira-kira 250 gram sehari.
Bagaimana mengira jumlah ini?


-50 hingga 60 peratus daripada sejumlah 1,800 kalori menjadikan jumlah kalori karbohidrat yang baik untuk Shima adalah antara 900 dengan 1,080 kalori.
-4 kalori adalah bersamaan dengan 1 gram.

-Jadi, 900 hingga 1,080 kalori adalah bersamaan dengan 225 hingga 270 gram atau jumlah puratanya, 250 gram.

Walaupun mengira jumlah karbohidrat memberi pesakit kencing manis peluang mengubahsuai pemakanannya, perlu diingat, memilih makanan yang menyihatkan tetap harus menjadi keutamaan pesakit kencing manis.
Tiga perkara yang perlu diambil perhatian ialah:


-Apakah yang dimakan? Perhatikan label pada makanan.
-Berapa banyak yang dimakan? Perhatikan jumlah hidangan.

-Bilakah hendak makan? Perhatikan masa makan dan berapa kerap pesakit makan.


Sehubungan dengan ini, terdapat makanan yang dirumus khas dalam pasaran yang dapat membantu pesakit kencing manis menikmati makanan karbohidrat lambat hadam yang dapat 'melepaskan' gula ke dalam sistem tubuh dengan lebih perlahan.
Ini lantas membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darahnya dengan lebih berkesan.
Glucerna SR adalah makanan yang dimaksudkan keluaran Abbot Laboratories. Satu hidangan makanan ini mengandungi 30 gram karbohidrat lambat hadam yang boleh dinikmati sebagai minuman sarapan, snek dan makanan gantian untuk mereka yang ingin menjaga berat badan.
Kini, terdapat promosi bagi mereka yang membeli Glucerna SR 900g Vanilla Powder. Bagi setiap pembelian, anda akan mendapat Boncafe Instant Coffee Powder (berharga $4.60) secara percuma selagi stok masih ada.

Sunday, November 1, 2009

Kajian: Kunyit boleh bunuh sel barah kerongkong


LONDON: Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel barah esofagus (kerongkong) di dalam satu ujian makmal. Ini sekali gus memberi pembayang bahawa molekul itu mungkin berpotensi dibangunkan sebagai rawatan antibarah.
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Barah Cork di Ireland, berjaya merawat sel barah kerongkong dengan menggunakan curcumin (kunyit) iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam.

Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan bahawa sel-sel barah tersebut juga mula terhadam sendiri. Penyelidikan saintifik sebelum ini mengakui kunyit mampu mengawal tumor dan mereka yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu.
Ini meskipun kunyit dikatakan akan kehilangan ciri-ciri antibarah sebaik dimakan.Namun, Cik Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu berkata terdapat potensi untuk menjadikan kunyit sebagai ubat antibarah bagi merawat barah kerongkong.

Barah kerongkong membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun.Tumor yang tumbuh sangat mengancam nyawa dengan kadar peluang pesakit untuk hidup selama lagi lima tahun ialah antara 12 dengan 31 peratus.
Menurut Cik McKenna, kajian menunjukkan kunyit menyebabkan sel barah mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'.

Pada 2007, penyelidik Amerika Syarikat mengumumkan mereka mendapati kunyit mampu merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. -- Reuters.

Jumlah Melayu Hijrah ke Australia Meningkat

Oleh Hisham Hasim dan Linilidia Abdul Hamid 
SINGAPURA-BILANGAN penduduk Melayu Singapura yang berhijrah ke Australia telah menunjukkan trend meningkat, dengan suasana yang menjanjikan kehidupan lebih tenang dan lebih baik di negara kanggaru itu merangsang mereka berpindah ke sana.
Tinjauan Berita Harian (BH) dengan beberapa agensi penghijrahan dan badan-badan Melayu di Australia mendapati trend itu mula meningkat beberapa tahun lalu.
Konsultan penghijrahan syarikat Ntrust, Encik Philip Sim, berkata pihaknya mendapati orang Melayu Singapura merangkumi 30 peratus daripada 'ratusan penduduk Singapura' yang memohon dengan syarikatnya untuk berhijrah ke Australia.
Sekitar 90 peratus keseluruhan pemohon Melayu itu terdiri daripada golongan karyawan - jurutera, pakar teknologi maklumat dan komputer, akauntan, guru dan dari sektor jagaan kesihatan, katanya.
Ramai penduduk Melayu itu ingin berhijrah ke bandar-bandar popular dengan orang Melayu seperti Perth, Melbourne dan Brisbane.

Faktor mengapa mereka ingin berbuat demikian termasuk jarak antara Australia dengan Singapura yang dekat, gaya hidup di sana yang disifatkan lebih santai selain terdapat ramai masyarakat Melayu yang menetap di sana.
Pendidikan di Australia yang dikatakan kurang tekanan juga antara faktor penting, kata Pengarah Urusan Graham-Nguyen & Associates Pte Ltd, Encik Andrew Graham.
'Mereka inginkan satu perubahan gaya hidup, baik dalam pertukaran kerjaya mahupun mutu kehidupan. Tapi harus diingat penghijrahan bukan sesuatu yang boleh dilakukan semua orang.

'Ada yang mendapatinya sukar kerana perubahan kerjaya, berjauhan dengan keluarga dan tidak serasi dengan iklim,' katanya sambil menambah pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria penghijrahan sebelum boleh berhijrah ke Australia.
Pada Jun lalu, akhbar ini melaporkan langkah ratusan keluarga Melayu Singapura yang tidak dapat berhijrah ke Australia kerana gagal mendapatkan visa penduduk tetap (PR) negara itu.
Jabatan imigresen dan kerakyatan Australia berkata seramai 1,204 rakyat Singapura telah menjadi PR Australia tahun lalu, berbanding 1,153 pada 2007.
Tetapi pemerintah negara itu telah mengurangkan had kemasukan warga asing kepada 108,100 orang tahun ini, berbanding 133,500 tahun lalu memandangkan ekonomi kurang rancak.

Sebelum ini pemerintah Singapura juga pernah mendedahkan bahawa sejak tiga tahun lalu, secara purata 1,000 warga Singapura melepaskan kerakyatan mereka dengan berhijrah ke negara lain setiap tahun, kebanyakannya mengambil kerakyatan di negara-negara Asia Tenggara, Amerika Syarikat dan Australia.

Bertambahnya bilangan keluarga Melayu Singapura berhijrah ke negara kanggaru itu turut diakui Presiden Khairat Melayu/Islam Victoria (KMIV), Haji Salem Salikin.
Menurutnya, ketika beliau berhijrah ke Australia pada 1990, jumlah keluarga Melayu Singapura tidak sampai 100, tetapi kini meningkat kepada 300 keluarga.
'Ini baru jumlah di wilayah Victoria. Saya pasti jumlah mereka di bahagian lain Australia turut bertambah,' katanya.

Presiden Persatuan Brisbane Melayu Singapura, Cik Rosemalina Abdul Ghani, 30 tahun, pula berkata bilangan Melayu Singapura yang berada di Brisbane meningkat sejak beliau tiba di sana tahun lalu.
'Semasa badan ini mula ditubuhkan, kami ada sekitar empat anggota saja, tapi kini jumlahnya meningkat sehingga 40 anggota,' ujar beliau, yang kini melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam Sains Gunaan.
Beliau menubuhkan persatuan itu Mac lalu.
Bekas aktivis masyarakat Melayu Singapura, Encik Ramli Puteh, pula menganggarkan sekitar 300 keluarga Melayu atau 1,200 penduduk Melayu asal Singapura kini menetap di beberapa kejiranan di Melbourne, seperti Hampton Park, Wallan, Broadmeadows dan Werribee.
Encik Ramli sedang mengikuti pengajian doktor falsafah di Universiti Teknologi Swinburne, Melbourne.

Presiden Persatuan Melayu Western Australia (MAWA), Encik Kamaruddin Abdul Rahman, 62 tahun, pula menganggarkan jumlah penduduk berbangsa Melayu dari rantau Nusantara di Perth sekitar 20,000 orang.
Beliau, yang berasal dari Singapura dan sudah menetap di Perth sejak 1985, berkata:
'Masa saya mula-mula datang ke sini, jumlah penduduk Melayu di Perth mungkin sekitar 3,000 orang sahaja. Tapi kini jumlahnya saya anggarkan dalam 20,000 orang dan peningkatan itu lebih ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini,' ujarnya.