Saturday, September 5, 2009

Bilqis Remaja Muslimah Amerika Yang Hebat

Baru-baru ini Presiden Amerika Barrack Obama telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama tokoh-tokoh masyarakat Islam di Amerika. Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.

Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetukdan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batilitu batil, insyallah.

Berikut adalah laporan dari Jamaah at Taqwa berhubung gadis ini yang boleh dibaca DI SINI

[sumber : saifunnizam.blogspot]

No comments: