Saturday, August 8, 2009

Tentera Israel bersiap sedia untuk menyerang

Nukilan:mujaheed929

Akhbar Arab Saudi, Al Anbaa’ melaporkan pada Khamis, bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap Hizubullah di Selatan Lubnan. Akhbar tersebut menyatakan, Washington telah melatih untuk persiapan serangan tersebut. Akhbar tersebut menambah lagi, Pegawai Senior US memberitahu wartawan mereka, tentera Israel telah dibahagikan kepada unit latihan khas untuk bersiap sedia jika serangan terhadap Hizbullah diperlukan, terutamanya apabila menyerang pusat serangan Hizbullah di Sungai Litani.

Laporan ini hanya hadir selepas seminggu Sheikh Hassan Nasrallah, Jeneral Hizbullah berkata, Israel mungkin menyerang sumber kekuatan parti tersebut di Selatan Lubnan sebelum musim luruh. Beliau berkata, jika Israel menyerang Selatan Lubnan, para pejuang mereka akan melancarkan roket ke Tel Aviv. Sebelum ini, akhbar Times di London melaporkan pada minggu lepas, mendakwa Hizbullah menghasilkan 40,000 roket dan bahan-bahan mereka berdekatan dengan sempadan Israel. Akhbar tersebut juga melaporkan, para pejuang Hizbullah sedang berlatih cara bagaimana kesesuaian roket tersebut untuk dilancarkan ke Tel Aviv.

Pejuang Hizbullah telah menerima latihan menggunakan peluru perpandu jarak jauh, peluru perpandu dari permukaan ke permukaan, dan peluru perpandu anti-pesawat. Dalam perkembangan sama, PBB dan Israel secara berasingan menyatakan bahawa, Hizbullah semakin bertambah kuat semenjak Perang Kedua Lubnan pada 2006.

No comments: