Tuesday, August 4, 2009

Singa Baru Dunia Islam

Ahmadinejad dianggap sebagai Singa Baru Dunia Islam kerana keberanian dan kelantangan beliau menentang arus penjajahan Orde Baru Yahudi dan Amerika. Ketegasan beliau mempertahankan hak umat Islam di Iran untuk melengkapkan negara itu dengan kemudahan teknologi nuklear dan kelantangan beliau mendesak supaya Zionis Israel dihapuskan mengundang tentangan yang sengit daripada negara Barat terhadap kemenangannya dalam pemilihan jawatan Presiden Iran pada 18 Jamadil Akhir 1430/ 12.06.2009 lepas.

Ayatollah Ali Khameni, sekutu kuat dan penyokong Mahmoud Ahmadinejad menyalahkan pihak Yahudi, Barat dan Amerika sebagai dalang mencetuskan kekacauan di Iran sejak kemenangan Ahmadinejad.

Sememangnya sejak kejatuhan Khilafah Islamiyah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1947, belum ada pemimpin Islam yang begitu berani dan lantang terhadap tindak-tanduk kafir Barat dan Yahudi Zionis la'natullah terhadap umat dan negara Islam.

Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Islam muncul sebagai tukang cium kaki Barat & Yahudi, dan pengampu kabir Amerika la'natullah, umat Islam ternanti-ternanti kemunculan pemimpin Islam yang berani mempertahankan maruah Islam.

Diatas robeknya bumi Iraq, didalam kemusnahan Afghanistan, dengan kehancuran bumi anbiya Filistin, diatas kebaculan pemimpin 'Arab, dalam kedayusan pemimpin bangsa ajam, kemunculan Mahmoud Ahmadinejad umpama Al Asad Islami..singa Islam yang dinanti-nanti.

Kita masih ingat dalam sirah Nabawi apabila umat Islam Madinah berhadapan dengan kerakusan kafir musyrik yang bersatu sebagai tentera ahzab, dalam menghadapi kekalutan Peperangan Khandak..muncul Salman Al Farisi memberikan pandangan bernas bagaimana hendak berhadapan dengan tentera musuh kafir yang begitu ramai. Salman, seorang bangsa Parsi (iaitu Iran sekarang) muncul sebagai Singa Dunia Islam yang dengan ideanya menggali parit yang panjang telah berjaya, dan dengan bantuan ALLAH, menewaskan tentera musuh Al Ahzab la'natullah hi 'alaih.

Kini muncul pula Mahmoud Ahmadinejad Al Farisi, yang keberanian dan kelantangan beliau serta kebijaksanaan dan sifat tawadhu' dan merendah diri beliau diharap akan dapat memartabatkan dan mengembalikan maruah umat Islam yang sudah sekian lama tercalar.

Firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Nasara tidak sekali-kali akan redho dengan kamu (wahai umat Islam) selama-lamanya, sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah (kepada para kafir itu) bahawa petunjuk ALLAH (iaitu Al Quran) adalah petunjuk yang sebenarnya. Tetapi jika kamu (wahai umat Islam), memilih untuk menurut cara kehidupan Yahudi & Nasara, setelah datang kepada kamu 'ilmu (iaitu Al Quran), maka perbuatlah sesuka kamu kerana ALLAH tidak akan menjadi penolong atau membantu kamu".

No comments: