Wednesday, August 26, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Abdul Hadi Awang
ImageKomentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Monday, August 24, 2009

Penjelasan Tentang Hukum Minum Arak

Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih). Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun - rujuk Al-Baqarah, ayat 229.

Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman hudud ialah::

1) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i'tiqad kepercayaan.

2) Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

3) Qazaf atau menuduh orang berzina, iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya (seperti mengatakan anak zina dan sebagainya), DAN tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

4) Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

5) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milikan tuannya.

6) Merompak, iaitu keluar seseorang atau sekumpulan orang yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7) Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulul Amr (pemerintah Islam) yang menjalankan syariah Islam dan hukum-hukum Allah.

HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-

(i) Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.

(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan

DIBEBASKAN SEMENTARA....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, memeluk anaknya, Kaitlynn Sari Dewi,5, (kiri) sebaik dia di bawa pergi oleh pegawai Jabatan Agama Negeri Pahang untuk menjalani hukuman sebat atas kesalahan meminum arak di tempat awam. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini.Foto AP

Sunday, August 23, 2009

Mayat harum selepas 26 tahun ditanam


KUBUR Kiai Abduulah di Tangerang, Jakarta.

JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.

Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu. Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.

Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut. “Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983. “Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar.


GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah.


Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi. Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi. Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut.

Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan. Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.

Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi

Saturday, August 22, 2009

Usain Bolt Lakar Rekod Baru Dunia 100m dan 200m

BETAPA sengsaranya empat pelari acara final 200m untuk mengejar Bolt yang tidak ada masalah untuk menang mudah, kelmarin


BERLIN: Usain Bolt harus menyambut hari jadinya ke-23, semalam dengan memori indah selepas gah meraih dua gelaran pecut di Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin.

Kelmarin, jaguh dari Jamaica itu sekali lagi memukau tontonan dengan satu lagi larian yang menyaksikan dia memecahkan rekod sendiri acara 200 meter dengan catatan menakjubkan - 19.19 saat buat menjulang namanya selaku pelari pecut terbilang pernah disaksikan.

“Saya kini dalam laluan untuk menjadi seorang legenda,” kata Bolt.

Dalam perlumbaan pantas pernah disaksikan, Alonso Edward dari Panama meraih perak dengan catatan 19.81s manakala Wallace Spearmon dari Amerika Syarikat, gangsa, 19.85.

Setahun selepas dia mencipta 19.30s di Olimpik Beijing untuk mengatasi catatan Michael Johnson, 19.32s daripada Temasya Atlanta, dia mencantas 0.11s sama seperti yang dilakukan ketika memenangi 100m, Ahad lalu dengan kepantasan 9.58s.

Bolt kini pemegang rekod dunia dan juara dunia dan Olimpik dalam kedua-dua acara pecut - sesuatu yang tiada atlit lain dapat melakukan.

“Saya mencuba, saya begitu perit,” katanya. “Ia bukan perlumbaan bagus tetapi ia perlumbaan yang sangat pantas.”

Bolt menyatakan dia berusaha memperbaiki permulaannya dan ia cukup jelas bagi semua untuk dilihat tatkala dengan beberapa langkah dia sudah meninggalkan Edward dan Spearmon.

“Luar biasa - perlumbaan yang tidak masuk akal. Selekohnya sukar dipercayai,” kata bekas pemegang rekod dunia, Johnson. “Tidak ada atlit yang berlari di selekoh seperti itu dan mungkin tidak akan ada. - Reuters

Friday, August 21, 2009

Makenisma 'Soft Landing' Pemansuhan PPSMI


sumber : Malaysiakini

Zakat Fitrah Negeri Johor RM5.00 dan RM 7.50

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah berbeza tahun ini iaitu RM5 dan RM7.50 seorang mengikut harga pasaran semasa bagi dua jenis beras seperti yang ditetapkan dalam hukum syarak.

Selamat menjalani ibadah puasa & sembahyang tarawih dan jangan lupa menunaikan zakat fitrah untuk diri dan tanggungan.


DNA boleh dipalsukan


SATU babak dalam drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation. - Gambar hiasan

WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Dr. Dan Frumkin mendedahkan bahawa, penyelidik mampu memadamkan semua kesan DNA daripada sampel darah dan memasukkan bahan genetik individu lain di tempat kejadian jenayah.

Pertukaran sampel tersebut turut berjaya memperbodohkan saintis forensik yang menjalankan ujian pengesanan cap jari untuk pengesahan bukti DNA bagi kegunaan penyiasatan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Perkembangan terbaru itu mungkin mencetuskan senario sampel darah atau air liur yang lazim menjadi standard DNA diubah dengan individu tidak bersalah.

"Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau tisu lain, anda boleh menjadi jurutera kejadian jenayah. Pelajar biologi di universiti pun boleh melakukan perkara ini," katanya yang memiliki sebuah syarikat pengeluar kit pengesahan DNA asli.

Sampel material DNA mudah diambil daripada gelas kosong, puntung rokok, bulu rambut atau gula-gula getah. Syarikat milik Frumkin juga membangunkan 'kod bar' genetik daripada 20 tempat di tubuh manusia yang membentuk sebuah perpustakaan DNA.

Pakar forensik terkenal, Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik dibiayai kerajaan British ketika mengulas isu itu berkata, penjenayah yang hebat sekali pun sukar mencapai peringkat mengubah DNA. - Agensi

Thursday, August 20, 2009

Tentera Israel Dagang Organ


KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.

BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.

Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.

Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.

Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).

Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.

Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.

"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah," katanya. - AFP

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

Posted using ShareThis

Muhyiddin Yassin : Singapura ancam perang kerana air

Laporan BERNAMA di sini menyatakan bahawa Singapura pernah mengancam 'perang' keatas Malaysia gara-gara untuk mendapatkan bekalan air yang secukupnya ke republik tersebut.

Apakah benar Malaysia telah diancam ‘perang’ oleh Singapura? Dan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka terpaksa akur diatas tuntutan Singapura?

Apakah Malaysia sudah hilang kedaulatannya hingga boleh diperkotak katekan oleh sebuah negara jirannya itu? Ini adalah antara beberapa persoalan yang perlu penjelasan lanjut oleh Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan terhadapnya menjual tanah Kepada Singapura sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu

Menurutnya, dalam satu pertemuan, antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala"

sumber : alhusseyn51.blogspot.com/

Wednesday, August 19, 2009

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Oleh : Muhamad Al Hafiz

 Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Tuesday, August 18, 2009

Ahli politik jadi pelakon dalam 15Malaysia

Khairy Jamaluddin berlakon sebagai pemandu teksi sementara Baki Zainal sebagai penumpangnya dalam filem 'Taxi Driver' arahan Benji Lim & Bahir Yeusuff.

BAGAIMANA agaknya bila Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertukar profesion sebagai pemandu teksi? Mungkin kedengaran agak mustahil, namun gelagat Khairy sebagai pemandu teksi ini boleh disaksikan menerusi filem pendek berjudul Taxi Driver arahan Benji Lim dan Bahir Yeusuff.

Bukan saja Khairy, beberapa ahli politik lain seperti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga turut membintangi filem-filem pendek di bawah projek 15Malaysia, yang mendukung semangat konsep 1MALAYSIA.

15MALAYSIA merupakan 15 filem pendek yang diarahkan oleh 15 pembikin filem di negara ini. Filem-filem pendek tersebut menggarap semangat 1Malaysia yang menyentuh tentang perpaduan dan diversiti masyarakat negara ini.

Antara pengarah atau pembikin filem 15MALAYSIA ialah Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Ho Yu Hang, Khairil Bahar dan Tan Chui Mui.

Barisan pelakonnya terdiri daripada beberapa selebriti, pelakon, pemuzik dan ahli politik. Menariknya, ahli-ahli politik tersebut datang daripada parti berbeza, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Ikan Apa Ni





Ada tak sahabat-sahabat yang boleh buat "description" makhluk apakah ini? Gambar ni pun dah lama saya simpan... tapi sampai sekarang tak tahu makhluk ni spesis ikan atau bukan...
Apapun.... kisahnya adalah Allah Maha Pencipta. Mungkin banyak lagi makhluk-makhluk ganjil yang akan keluar dari perut bumi. Ganjil pada kita tapi tidak bagi Allah SWT. Salah satu tanda qiamat adalah makhluk-makhluk aneh akan keluar dari perut bumi. Apakah ini tanda qiamat makin hampir? Jawapannya ialah Ya.. mustahil Yaumul Qiamah itu semakin hari semakin jauh.

sumber سيف النظام بن حاج عثمان [saifunnizam.blogspot.com]

Berubat H1N1 cara Thai


Mari kita sama-sama mencuba. Jika diizin oleh Allah SWT, maka akan ada hasilnya. Cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah:

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Sunday, August 16, 2009

Akibat Menjahilkan Manusia, mayat Mustafa Kamal Attartuk tidak diterima oleh bumi?

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
نعوذ بالله من ذلك

والله اعلم

Bukan Islam guna lambang PAS PRU akan datang

Oleh Mohd Sabri Said[Harakah]
BUTTERWORTH, 15 Ogos: Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth.

Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak.

Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih.

"PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Ra

Thursday, August 13, 2009

Asri Rabbani Meinggal Dunia

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.

Bantuan Kecemasan Untuk Pesakit Stroke

Nukilan:HambaAllah

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah diotak mangsa terus pecah.

Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin bajuyang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian denganberhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlahjari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkansetitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalahberkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEKPT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN

Saturday, August 8, 2009

Ubat H1N1- Insya allah....

Oleh: Shah Bundy


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….
Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.
Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.

Sebab itu selawat ada dlm doa.

RON95 vs RON97

Oleh:Irwan Asri

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel


Sumber:Kosmo

Tentera Israel bersiap sedia untuk menyerang

Nukilan:mujaheed929

Akhbar Arab Saudi, Al Anbaa’ melaporkan pada Khamis, bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap Hizubullah di Selatan Lubnan. Akhbar tersebut menyatakan, Washington telah melatih untuk persiapan serangan tersebut. Akhbar tersebut menambah lagi, Pegawai Senior US memberitahu wartawan mereka, tentera Israel telah dibahagikan kepada unit latihan khas untuk bersiap sedia jika serangan terhadap Hizbullah diperlukan, terutamanya apabila menyerang pusat serangan Hizbullah di Sungai Litani.

Laporan ini hanya hadir selepas seminggu Sheikh Hassan Nasrallah, Jeneral Hizbullah berkata, Israel mungkin menyerang sumber kekuatan parti tersebut di Selatan Lubnan sebelum musim luruh. Beliau berkata, jika Israel menyerang Selatan Lubnan, para pejuang mereka akan melancarkan roket ke Tel Aviv. Sebelum ini, akhbar Times di London melaporkan pada minggu lepas, mendakwa Hizbullah menghasilkan 40,000 roket dan bahan-bahan mereka berdekatan dengan sempadan Israel. Akhbar tersebut juga melaporkan, para pejuang Hizbullah sedang berlatih cara bagaimana kesesuaian roket tersebut untuk dilancarkan ke Tel Aviv.

Pejuang Hizbullah telah menerima latihan menggunakan peluru perpandu jarak jauh, peluru perpandu dari permukaan ke permukaan, dan peluru perpandu anti-pesawat. Dalam perkembangan sama, PBB dan Israel secara berasingan menyatakan bahawa, Hizbullah semakin bertambah kuat semenjak Perang Kedua Lubnan pada 2006.

Tuesday, August 4, 2009

Singa Baru Dunia Islam

Ahmadinejad dianggap sebagai Singa Baru Dunia Islam kerana keberanian dan kelantangan beliau menentang arus penjajahan Orde Baru Yahudi dan Amerika. Ketegasan beliau mempertahankan hak umat Islam di Iran untuk melengkapkan negara itu dengan kemudahan teknologi nuklear dan kelantangan beliau mendesak supaya Zionis Israel dihapuskan mengundang tentangan yang sengit daripada negara Barat terhadap kemenangannya dalam pemilihan jawatan Presiden Iran pada 18 Jamadil Akhir 1430/ 12.06.2009 lepas.

Ayatollah Ali Khameni, sekutu kuat dan penyokong Mahmoud Ahmadinejad menyalahkan pihak Yahudi, Barat dan Amerika sebagai dalang mencetuskan kekacauan di Iran sejak kemenangan Ahmadinejad.

Sememangnya sejak kejatuhan Khilafah Islamiyah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1947, belum ada pemimpin Islam yang begitu berani dan lantang terhadap tindak-tanduk kafir Barat dan Yahudi Zionis la'natullah terhadap umat dan negara Islam.

Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Islam muncul sebagai tukang cium kaki Barat & Yahudi, dan pengampu kabir Amerika la'natullah, umat Islam ternanti-ternanti kemunculan pemimpin Islam yang berani mempertahankan maruah Islam.

Diatas robeknya bumi Iraq, didalam kemusnahan Afghanistan, dengan kehancuran bumi anbiya Filistin, diatas kebaculan pemimpin 'Arab, dalam kedayusan pemimpin bangsa ajam, kemunculan Mahmoud Ahmadinejad umpama Al Asad Islami..singa Islam yang dinanti-nanti.

Kita masih ingat dalam sirah Nabawi apabila umat Islam Madinah berhadapan dengan kerakusan kafir musyrik yang bersatu sebagai tentera ahzab, dalam menghadapi kekalutan Peperangan Khandak..muncul Salman Al Farisi memberikan pandangan bernas bagaimana hendak berhadapan dengan tentera musuh kafir yang begitu ramai. Salman, seorang bangsa Parsi (iaitu Iran sekarang) muncul sebagai Singa Dunia Islam yang dengan ideanya menggali parit yang panjang telah berjaya, dan dengan bantuan ALLAH, menewaskan tentera musuh Al Ahzab la'natullah hi 'alaih.

Kini muncul pula Mahmoud Ahmadinejad Al Farisi, yang keberanian dan kelantangan beliau serta kebijaksanaan dan sifat tawadhu' dan merendah diri beliau diharap akan dapat memartabatkan dan mengembalikan maruah umat Islam yang sudah sekian lama tercalar.

Firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Nasara tidak sekali-kali akan redho dengan kamu (wahai umat Islam) selama-lamanya, sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah (kepada para kafir itu) bahawa petunjuk ALLAH (iaitu Al Quran) adalah petunjuk yang sebenarnya. Tetapi jika kamu (wahai umat Islam), memilih untuk menurut cara kehidupan Yahudi & Nasara, setelah datang kepada kamu 'ilmu (iaitu Al Quran), maka perbuatlah sesuka kamu kerana ALLAH tidak akan menjadi penolong atau membantu kamu".

Saturday, August 1, 2009

Peruntuh Masjid Babri Peluk Islam

Masjid Babri sebelum dirobohkanBERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Mereka gembira robohkan masjidMereka gembira robohkan masjid

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.