Tuesday, July 14, 2009

Petua Makan

Rasulullah SAW bersabda “Hadamkanlah makanan dengan berzikir kepada Allah dan sembahyang, janganlah kamu tidur dengan kekenyangan kerana ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras (degil).

Banyak penyakit berpunca dari perut iaitu dari makanan. Berzikir dapat membantu menghadamkan makanan kerana dalam zikir ada pergerakan seperti menggoyangkan badan dan kepala, Selain itu sembahyang juga membantu menghadamkan makanan kerana dalam sembahyang banyak pergerakan seperti berdiri, rukuk, sujud.

Dalam hadith disebut “Sembahyanglah, sihatlah kamu. Sembahyang berdiri lebih banyak pahala kerana lebih banyak pergerakan berbanding duduk atau tidur dan juga lebih menyihatkan badan. Ada orang sembahyang 70 rakaat sunat setiap hari tidak perlu jogging lagi untuk menjaga kesihatannya.

Selain itu Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan tidak benar-benar mengenyangkan. Dalam satu hadith disebut ” Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali bila merasa lapar dan apabila kami makan, maka tidak sampai sekenyang-kenyangnya” (ketika menolak tawaran untuk diberikan tabib atau doktor oleh Raja)

Lebih baik makan sedikit-sedikit berulang kali dari dari makan banyak sekaligus kerana ia menyebabkan tiada ruang kosong di dalam perut.

Rasulullah SAW tidak makan makanan laut seperti sotong atau ketam, Dalam mazhab Hanafi, mereka mengharamkan makan sotong kerana ia umpama tikus (tikus laut), jika tikus tidak boleh di makan di darat, maka ia juga tidak boleh di makan di laut. Sepanjang hayatnya Baginda Mulia cuma makan ikan sekali sahaja. Mengikut kajian ulama dahulu, mereka berpendapat makan ikan selama 40 hari berturut-turut boleh melemahkan ingatan. Saintis pula berpendapat makan bahagian kepala ikan boleh melemahkan ingatan. Selain itu ulama juga berpendapat makan ikan bersama susu boleh menyebabkan penyakit kulit seperti sopak (sekiranya diamalkan berterusan).

Baginda Mulia gemar makan bahagian paha kerana ia memberi kekuatan (paha memberi kekuatan kepada kaki). Dalam hadith disebut 2 bangkai dan 2 darah boleh dimakan. 2 bangkai itu ialah ikan dan belalang, 2 darah itu ialah limpa dan hati. Sunat memakan hati goreng dari daging korban.

No comments: