Saturday, July 25, 2009

SIS Yang Dangkal Tak Tahu Hukum Minum Arak Bagi Orang Islam

SIS : Hukuman sebat (syariah) bercanggah dengan hak asasi manusia
by KetamBatu Oleh: dewa
"Sister Anti Islam dengan celuparnya membuat serangan terbaru ke atas Islam dengan membuat kenyataan media menghina-hina sistem perundangan Islam khususnya sebat sebagai bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan. Kalau sudah begitu benci sekali kepada Islam, mengapa tidak tukar agama saja?

Itulah soalan penulis kepada seorang ahli Sister Anti Islam. Jawapan yang diberikan ialah bukan mudah nak tukar agama di Malaysia ni.


.........................................................................................
Penjelasan Tentang Hukum Minum Arak

Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih). Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun - rujuk Al-Baqarah, ayat 229.

Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman hudud ialah::

1) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i'tiqad kepercayaan.

2) Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

3) Qazaf atau menuduh orang berzina, iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya (seperti mengatakan anak zina dan sebagainya), DAN tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

4) Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

5) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milikan tuannya.

6) Merompak, iaitu keluar seseorang atau sekumpulan orang yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7) Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulul Amr (pemerintah Islam) yang menjalankan syariah Islam dan hukum-hukum Allah.

HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-

(i) Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.

(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan


2 comments:

armouris said...

info tentang minum arak kat sini - Penyalahgunaan Arak

baileys kline said...

Halo orang
Saya ingin berkongsi kesaksian ini dengan anda
Saya telah diuji HIV POSITIF dengan jumlah 90 CD4
Setelah berpisah dengan mantan saya dan tidak berada dalam hubungan selama 4 tahun
Saya telah membuat keputusan untuk kekal tunggal dan menumpukan pada kerjaya saya dan pertumbuhan masa hadapan
Maka HIV datang bersama
4 tahun ke bawah garis ini adalah kejutan dan pukulan dan dimasukkan ke meds dengan serta-merta
Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh memikirkan mengapa dan bagaimana dan bila sudah ada di sini bersama kami
Saya menerimanya sebagai salib saya
Satu hari yang setia saya jumpa kesaksian yang disiarkan oleh salah seorang adam mengenai bagaimana Dr Muli Jonathan menyembuhkannya dalam hiv dalam masa 14

hingga 21 hari mengambil ubat herba afrika tradisional saya tidak mempunyai pilihan
Saya menghubungi beliau Setelah mentadbirkan dadah herba selama 14 hari, saya memutuskan untuk memeriksa kiraan CD4 saya untuk mengetahui sama ada dadah itu

berfungsi
Saya dapati bahawa CD4 saya adalah 810 Saya meneruskan dengan ubat untuk 14 hari yang lain menjadikannya 21 hari saya seorang wanita gembira hari ini kerana

saya berani mengatakan saya HIV NEGATIF ​​Semua terima kasih kepada Dr Muli Jonathan Masih ada masa depan yang hebat di hadapan untuk semua orang yang

Dijangkiti Sila jangan mati dalam kesunyian
Saya bersaksi hari ini kerana saya berjanji kepadanya bahawa saya akan mengumumkannya kepada dunia jika dia dapat menyembuhkan saya dari Hiv
Hubungi Dr Muli Jonathan sekarang di e-mel ini mulijonathanherbal@gmail.com
Whatsapp: +2349038544302
LAMAN WEB: https://mulijonathanherbalhome.yolasite.com