Wednesday, July 29, 2009

Sebelas Muslim Menjadi 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia (2008)

Oleh : Sirajuddin Abbas

Majalah Time kembali menampilkan 100 tokoh paling berpengaruh di dunia tahun 2008. Di antara 100 tokoh tersebut, terdapat 11 tokoh Muslim, mulai dari politisi, cendikiawan, sampai artis.

Mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia yang sekarang menjadi pelopor kelompok oposisi , Anwar Ibrahim menjadi tokoh Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Dari 100 orang tokoh, ia berada di posisi ke-9. Disusul kemudian oleh pimpinan pejuang Syiah Irak, Muqtada al-Sadr pada posisi ke-13.

Mengomentari masuknya al-Sadr ke jejeran 100 tokoh paling berpengaruh dunia versi majalah Time, mantan komandan pasukan AS di Irak, Letnan Jenderal Sanchez mengatakan, Sadr berhasil menarik simpati kalangan masyarakat miskin Syiah di mana ia berhasil memengan kendali stabilitas di selatan Irak.

Setiap tahun, majalah Time memilih 100 tokoh dunia yang dianggap paling populer karena telah mengubah dunia, menjadi lebih baik atau lebih buruk. Tahun 2008, adalah tahun kelima pemilihan 100 tokoh paling berpengaruh veris majalah Time. Dan tokoh yang menduduki posisi puncak adalah Dalai Lama, tokoh masyarakat Tibet yang saat ini kembali memicu kontroversi di kalangan akademisi dunia.

Sementara tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia antara lain, Madeeha Hasan Odhaib-satu- satunya Muslimah yang masuk dalam 100 tokoh itu-dianggap telah menjadi pelopor bagi kalangan Muslim di Irak.


Madeeha Hassan, 37, disebut sebagi 'Bunda Theresa dari Baghdad' karena perempuan mengabdikan seluruh energinya untuk membantu warga Irak yang menjadi pengungsi. "Sementara Madeeha masuk dalam daftar majalah Time, masih banyak perempuan lainnya seperti dia yang bisa ditemui di Irak, " tulis Ratu Rania dari Yordania mengomentari terpilihnya Madeeha.

Setelah Madeeha, Muslim yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia adalah Mehmet Oz, penulis yang juga seorang dokter bedah. Nama Oz yang keturunan Turki itu, beberapa tahun belakangan ini namanya sangat popoler dan media Amerika kerap menempatkannya di posisi pertama, dalam deretan dokter paling terkenal.

Setelah Mehmet Oz, ada Muhammad "Mo" Ibrahim pengusaha bidang komunikasi asal Inggris keturunan Sudan. Ibrahim, 61, menunjukkan kepeduliannya terkait pemerintahan yang bersih dan akuntabilitas institusi-institusi di negara asalnya. Untuk itu ia mendirikan Ibrahim Foundation.

Novelis Amerika berdarah Afghanistan, pengarang novel best seller "The Kite Runner", Khalid Hosseini juga menjadi salah seorang Muslim yang masuk dalam 100 tokoh dunia majalah Time, ia berada di ranking ke-66.

Sunday, July 26, 2009

ISRAEL DAN BARAT KECUT PERUT

Ketua Pengawal Revolusi Iran berkata, negaranya mempunyai kemampuan untuk menyerang akses kemudahan nuklear Israel dan tidak takut jika diserang kerana meneruskan program nuklearnya.

“Jika Israel melibatkan diri dalam mana-mana serangan ke atas Iran, kami mempunyai kemampuan untuk melancarkan serangan di semua sasaran wilayah-wilayah yang diduduki oleh Israel di Palestin, kata Jeneral Mohammad Ali Jafari kepada televisyen, Al-alam.
Amaran Ali Jafari ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada barat dan Israel yang sememangnya pengecut dan penakut.

Keberanian dan ketegasan Iran ini wajar dijadikan contoh yang di mana Iran tidak pernah takut dan tunduk kepada kebongkakan barat.

Saturday, July 25, 2009

SIS Yang Dangkal Tak Tahu Hukum Minum Arak Bagi Orang Islam

SIS : Hukuman sebat (syariah) bercanggah dengan hak asasi manusia
by KetamBatu Oleh: dewa
"Sister Anti Islam dengan celuparnya membuat serangan terbaru ke atas Islam dengan membuat kenyataan media menghina-hina sistem perundangan Islam khususnya sebat sebagai bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan. Kalau sudah begitu benci sekali kepada Islam, mengapa tidak tukar agama saja?

Itulah soalan penulis kepada seorang ahli Sister Anti Islam. Jawapan yang diberikan ialah bukan mudah nak tukar agama di Malaysia ni.


.........................................................................................
Penjelasan Tentang Hukum Minum Arak

Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih). Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun - rujuk Al-Baqarah, ayat 229.

Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman hudud ialah::

1) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i'tiqad kepercayaan.

2) Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

3) Qazaf atau menuduh orang berzina, iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya (seperti mengatakan anak zina dan sebagainya), DAN tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

4) Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

5) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta dari jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milikan tuannya.

6) Merompak, iaitu keluar seseorang atau sekumpulan orang yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7) Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulul Amr (pemerintah Islam) yang menjalankan syariah Islam dan hukum-hukum Allah.

HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-

(i) Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.

(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan


Friday, July 24, 2009

  • 1 Ogos: Tambang dan elektrik naik, 1 Sept: Minyak naik 20 sen

    Posted: Mon, 20 Jul 2009 02:19:23 PDT
    Pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam mulai Ogos ini bagaikan merentap jantung rakyat marhaen yang setiap hari pergerakan mereka bergantung kepada pengangkutan awam kerana mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri.Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila mendengar pengumuman tersebut. Termenung panjang memikirkan pertambahan di dalam perbelanjaan harian untuk pergi balik ke tempat
  • Orang Cina Pandai Berstrategi....Bila MP Umno Nak Masuk DAP?

    Posted: 2009-07-16 20:31:02 UTC+08:00
    [sumber: blog Kopitiam Bang Nan]Tidakkah kita tertanya2 kenapa Chua Ji Meng tak masuk DAP atau Gerakan? Jawapannya di sini...Demi ketuanan melayu.... Chua Jui Meng akan sertai PKR? Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini. Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka
  • Memakai ‘Perfume' Mengandungi Alkohol Hukumnya Harus

    Posted: 2009-07-13 21:13:16 UTC+08:00 [sumber :www.zaharuddin.net ]
  • Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :...
  • Rahsia DI dalam Ais

    Posted: 2009-07-10 18:10:16 UTC+08:00 Oleh chekamala
  • "Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara...
  • Lubang-lubang Ajaib di Dunia

    Posted: 2009-07-08 21:29:10 UTC+08:00 Email Oleh : tok_busu 1.

    1. Kimberley Big Hole - South Africa


    Apparently the largest ever hand-dug excavation in the world, this 1097 meter deep mine yielded over 3 tons of diamonds before being closed in 1914. more...

  • Artis dijulang, ulama, doktor dan guru pula dicemuh

    Posted: 2009-07-08 21:56:44 UTC+08:00 Email Oleh : Hizamri Johari
  • ULAMA TIDAK DIPEDULIKANErtinya:Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-­mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada
  • Keberkatan surah al-ikhlas

    Posted: 2009-07-07 20:17:15 UTC+08:00 oleh anuarani
  • Ketika Memulakan KerjaBacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum Masuk Ke RumahSebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
  • Kisah Benar Dari Penjara Sg Buloh: AMIN ketua kumpulan Al-Mau'una

    Posted: 2009-07-07 20:17:15 UTC+08:00 [Sumber : speedganu_ utara Online]
  • Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. Di penghujung rancangan tersebut salah...
  • DASAR EKONOMI BARU YANG TERBARU !! BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG

    Posted: 2009-07-07 20:17:15 UTC+08:00
    BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG
  • Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan...
  • Fenomena Sejadah Bangun di Masjid Kristal?

    Posted: 2009-07-07 20:17:15 UTC+08:00


    KUALA TERENGGANU: The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion. Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts. Mystifying...
  • Vinefire Pay Per Click: Dapatkan Minimum USD $25 Sehari Dengan Hanya 5 Minit Sahaja

    Posted: 2009-07-07 20:17:15 UTC+08:00
    "Anda boleh membuktikan apa yang saya nyatakan ini setelah membaca dengan detail penjelasan saya di sini. Karena saya pun melakukan hal seperti yang saya tulis di sini dan mendapatkan $25 setiap harinya dalam waktu kurang dari 5 minit!Caranya adalah seperti ini:Klik kanan open link new tab banner ini ,(hanya memerlukan alamat email saja, jangan lebih dari 1 account, karena melanggar terms of...

Tarif Baru Elektrik Naik? Komen dan Pandangan Daripada Pengguna...

Sedar ke tuan tuan, bahawa bill elektrik untuk pengguna di kediaman tuan tuan telah dinaikkan dari 0.218/Khw kepada 0.286/Khw...???? Tak percaya cuba lihat sendiri.. teman baru sedar pagi tadi setelah mendapati penggunaan bulanan bill elektrik naik mendadak.... Bermakna telah ader kenaikan tanpa kiter sedari. Siapa yang meluluskan kenaikan kadar tarif letrik tersebut....??? Tak kan sebab...

Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.


Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.


Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu men jadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.


Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibody melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,


5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju!, bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

Thursday, July 23, 2009

Bapa Kartika reda dengan hukuman Mahkamah Syariah


KARTIKA SARI DEWI mengesat air mata pada sidang akhbar di Ipoh semalam yang turut dihadiri oleh anaknya dan bapanya, Shukarnor.

IPOH - Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, dan anak bongsunya yang berusia lima tahun.

Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

"Tiada siapa paksa (meminum arak), saya rela dengan hukuman sebat yang dijatuhkan,'' katanya.

Anak kelahiran Sungai Siput yang menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan rakyat republik itu didapati bersalah meminum arak kira-kira dua tahun lalu di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Shukarnor pula menyifatkan hukuman ke atas anaknya itu wajar dan tepat mengikut undang-undang Islam.

Beliau juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok.

Makan Perlahan-lahan Membantu Menurunkan Berat Badan

image

Menikmati makanan secara perlahan-lahan bisa membantu Anda menurunkan berat badan, juga membuat kerja organ-organ pencernaan lebih ringan.

Sebuah studi dari UKMedix menyebutkan, ketika Anda makan perlahan-lahan, berarti Anda memberi waktu untuk perut bereaksi terhadap makanan. Dalam tabel proses pencernaan makanan dijelaskan, makanan bercampur enzim dalam liur, kemudian masuk ke lambung dan diberi enzim lagi, dan seterusnya. Semua proses itu membutuhkan waktu.

Dengan makan perlahan-lahan, Anda memberi kesempatan pada organ-organ tubuh Anda untuk bekerja sesuai kemampuannya, tidak dipaksakan untuk bekerja terlalu berat.

Lalu, bagaimana bisa memakan makanan secara perlahan bisa menurunkan berat badan?

Mereka yang melahap makanan pelan-pelan punya kesempatan untuk menikmati makanan. Mulai dari menikmatinya secara visual (sajian yang menggiurkan), secara nasal (wanginya menggoda), sampai benar-benar mencecapnya dengan penuh kenikmatan.
Hal itu akan membuat perut bisa mengindikasikan dengan tepat kapan saatnya harus berhenti makan.

Manfaat terakhir, makan perlahan membuat tubuh mampu menyerap nutrisi dalam makanan dengan lebih efektif. Tentu saja ini dapat membuat tubuh Anda sehat sekaligus awet muda.

PERISTIWA YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH SEMASA DALAM ISRA' & MIKRAJ


1. Bertemu dengan jin Ifrit

2. Menyaksikan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan menuai pada hari yang sama. Ini adalah contoh bagi mereka yang taat mengerjakan amal soleh.

3. Semasa melintasi kubur Masyitah baginda tercium satu bauan yang sungguh harum. Masyitah seperti yang dikenali adalah seorang pelayan kepada isteri Firaun

4. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat, memakan buah-buahan yang berduri dan ada pula yang memakan bara api. Ini adalah contoh bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

5. Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempaskan kepalanya sendiri ke batu. Ini adalah contoh bagi mereka yang malas untuk mengerjakan solat.

6. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging yang masak dan enak ada di sisinya. Ini adalah contoh bagi mereka yang memiliki isteri yang sah tetapi suka berzina dengan perempuan lacur.

7. Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah sedang orang- orang yang duduk di tebingnya melemparkan batu ke arahnya. Ini adalah contoh bagi mereka yang suka memakan riba dan duit haram

8. Menyaksikan sekelompok manusia yang memikul kayu, walaupun beban yang ditanggung olehnya telah berat namun ia tetap menambah beban kayu itu atas bahunya. Ini adalah contoh bagi mereka yang suka mengambil amanah tetapi tidak pernah menunaikannya.

9. Menyaksikan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya sendiri. Ini adalah contoh bagi mereka yang pandai bercakap tetapi ia sendiri tidak pernah melakukannya.

10. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga mendidih otak di kepalanya. Ini adalah balasan bagi mereka yang tidak mahu menutup aurat ari pandangan lelaki yang bukan mahramnya.

11. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantungkan dengan lidahnya di atas api nerakal lalu dituangkan air panas ke dalam mulutnya. Ini adalah contoh balasan bagi mereka yang sering menyakiti hati suaminya dan bercakap dengan suara kasar serta tinggi.

Tuesday, July 21, 2009

Misteri Batu Hajar Aswad

Oleh : Wan Sanusi Wan Ali

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian
Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : "Planet
Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet,tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,
"Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

Monday, July 20, 2009

Semoga PM dan Isteri Mendapat Hidayah dan Keinsafan

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan tawaf di hadapan Kaabah, Mekah, lewat malam tadi. Turut kelihatan anak beliau Nor Ashman Razak (belakang). Beliau sebelum itu mengadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Rumah Suci bagi membincangkan hal dua hala dalam rangka lawatan empat hari ke Arab Saudi. --fotoBERNAMA


PM dalam rangka lawatan ke Arab Saudi sempat meluangkan masa bersama keluarganya menunaikan umrah. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan dan kesilapan mereka serta memberi keinsafan dan semangat untuk beliau menjadi seorang pemimpin yang jujur,amanah, adil, dan dijauhkan Allah daripada sebarang niat untuk melakukan kezaliman terhadap rakyat dan negara serta berlaku adil kepada semua rakyat. Harapan rakyat agar datin seri menjadi seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami, serta bersederhana dalam semua keadaan sebagaimana tuntutan dalam ajaran Islam .

Apabila pulang ke tanah air nanti , mudah-mudahan PM akan lebih bersemangat untuk menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat memacu negara ke arah kemakmuran, perpaduan, dan membawa negara ke mercu kejayaan, Tiada lagi masalah ekonomi, tiada lagi perebutan kuasa, pembahagian kek ekonomi secara berhemah dan sama rata kepada setiap negeri, tiada kenaikan harga barang, tidak ada kenaikan harga minyak dan bahan api, serta tidak ada lagi suara keluh-kesah rakyat yang terpinggir dan kian terhimpit dengan kesempitan hidup. Sejahtera Malaysia! Amin!

Saturday, July 18, 2009

1 Ogos: Tambang dan elektrik naik, 1 Sept: Minyak naik 20 sen

Pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam mulai Ogos ini bagaikan merentap jantung rakyat marhaen yang setiap hari pergerakan mereka bergantung kepada pengangkutan awam kerana mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila mendengar pengumuman tersebut. Termenung panjang memikirkan pertambahan di dalam perbelanjaan harian untuk pergi balik ke tempat kerja, menggunakan bas ekspress untuk menuju ke destinasi yang dituju dan paling perit apabila pelajar-pelajar yang berjauhan dengan keluarga terpaksa berbelanja besar untuk pulang ke kampung setiap minggu ataupun pada hari kelepasan am dan hari perayaan.

Rata-rata rakyat yang menggunakan pengangkutan awam adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Hidup mereka saban hari ditekan dengan kemelesetan ekonomi dan kini kesusahan dan keperitan hidup mereka ditambahkan lagi dengan bebenan terbaru ini.

Bagaimana pula dengan ibu bapa yang terpaksa membayar lebih untuk bas sekolah anak-anak mereka? Apakah ada pilihan lain untuk mereka mengelak daripada mengeluarkan perbelanjaan yang lebih ini?

Bagi yang berkenderaan pula, kesengsaraan mereka akan bermula pada bulan September ini apabila harga minyak akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Sudah pastinya harga barangan akan melambung tinggi seperti mana yang berlaku sebelum ini. Kenaikan harga minyak adalah punca asas kepada kenaikan harga-harga barangan harian.

Tarif elektrik pula diwar-warkan akan dinaikkan mulai Ogos. Dimana sudahnya kesengsaraan rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah ini? Hidup bagaikan dikepung oleh pelbagai masalah kewangan yang menghimpit.

Dimanakah jalan keluarnya?

Tuesday, July 14, 2009

Petua Makan

Rasulullah SAW bersabda “Hadamkanlah makanan dengan berzikir kepada Allah dan sembahyang, janganlah kamu tidur dengan kekenyangan kerana ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras (degil).

Banyak penyakit berpunca dari perut iaitu dari makanan. Berzikir dapat membantu menghadamkan makanan kerana dalam zikir ada pergerakan seperti menggoyangkan badan dan kepala, Selain itu sembahyang juga membantu menghadamkan makanan kerana dalam sembahyang banyak pergerakan seperti berdiri, rukuk, sujud.

Dalam hadith disebut “Sembahyanglah, sihatlah kamu. Sembahyang berdiri lebih banyak pahala kerana lebih banyak pergerakan berbanding duduk atau tidur dan juga lebih menyihatkan badan. Ada orang sembahyang 70 rakaat sunat setiap hari tidak perlu jogging lagi untuk menjaga kesihatannya.

Selain itu Rasulullah SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan tidak benar-benar mengenyangkan. Dalam satu hadith disebut ” Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali bila merasa lapar dan apabila kami makan, maka tidak sampai sekenyang-kenyangnya” (ketika menolak tawaran untuk diberikan tabib atau doktor oleh Raja)

Lebih baik makan sedikit-sedikit berulang kali dari dari makan banyak sekaligus kerana ia menyebabkan tiada ruang kosong di dalam perut.

Rasulullah SAW tidak makan makanan laut seperti sotong atau ketam, Dalam mazhab Hanafi, mereka mengharamkan makan sotong kerana ia umpama tikus (tikus laut), jika tikus tidak boleh di makan di darat, maka ia juga tidak boleh di makan di laut. Sepanjang hayatnya Baginda Mulia cuma makan ikan sekali sahaja. Mengikut kajian ulama dahulu, mereka berpendapat makan ikan selama 40 hari berturut-turut boleh melemahkan ingatan. Saintis pula berpendapat makan bahagian kepala ikan boleh melemahkan ingatan. Selain itu ulama juga berpendapat makan ikan bersama susu boleh menyebabkan penyakit kulit seperti sopak (sekiranya diamalkan berterusan).

Baginda Mulia gemar makan bahagian paha kerana ia memberi kekuatan (paha memberi kekuatan kepada kaki). Dalam hadith disebut 2 bangkai dan 2 darah boleh dimakan. 2 bangkai itu ialah ikan dan belalang, 2 darah itu ialah limpa dan hati. Sunat memakan hati goreng dari daging korban.

Friday, July 10, 2009

Rahsia DI dalam Ais

Oleh chekamala

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Wednesday, July 8, 2009

Lubang-lubang Ajaib di Dunia

Email Oleh : tok_busu

1. Kimberley Big Hole - South Africa


Apparently the largest ever hand-dug excavation in the world, this 1097 meter deep mine yielded over 3 tons of diamonds before being closed in 1914.


2. Glory Hole - Monticello Dam, California

A glory hole is used when a dam is at full capacity and water needs to be drained from the reservoir


This is the 'Glory Hole' at Monticello dam, and it's the largest in the world of this type of spillway, its size enabling it to consume 14,400 cubic feet of water every second.

3. Bingham Canyon Mine, Utah


This is supposedly the largest man-made excavation on earth. Extraction began in 1863 and still continues today, the pit increasing in size constantly. In its current state the hole is ¾ miles deep and 2.5 miles wide.

4. Great Blue Hole , Belize


This incredible geographical phenomenon known as a blue hole is situated 60 miles off the mainland of Belize ...

There are numerous blue holes around the world, but none as stunning as this one.

5. Mirny Diamond Mine , Serbia


I'm pretty sure most people have seen this one. It's an absolute beast and holds the title of largest open diamond mines in the world. At 525 meters deep, with a top diameter of 1200 meters , there's even a no-fly zone above the hole due to a few helicopters having been sucked in.

6. Diavik Mine , Canada


The mine is so huge and the area so remote that it has its own airport with a runway large enough to accommodate a Boeing 737. It looks equally cool when the surrounding water is frozen.

7. Sinkhole in Guatemala


These photos are of a sinkhole that occurred early this year in Guatemala . The hole swallowed a dozen homes and killed at least 3 people.

Monday, July 6, 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

anuarani

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatn Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.....s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang lain.

Sunday, July 5, 2009

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana , Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati....

Thursday, July 2, 2009

DASAR EKONOMI BARU YANG TERBARU !! BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG

BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG

Pada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….(TT)
( Tulisan ini boleh dicekup demi membuat kebaikan. Sila baca buku Confessions of an Economic Hit Man - jangan malas baca! Kalau malas kena jual nanti ! )