Subscribe Us

Marina Bay Tanjung Emas Muo Umpama Gajah Putih


 lengang tanpa pelanggan &  pengunjung
Marina Bay Tanjung Emas Muo yang telahpun siap dibina kira-kira 2 tahun yang lalu memang cantik, lengkap dengan segala kemudahan dan sesuai untuk tempat persinggahan bagi kapal pelancongan atau bot-bot besar sama ada dari dalam ataupun luar negara. Namun sayang seribu kali sayang, marina ini tidak mendapat sambutan dan di dapati lengang tanpa sebarang kapal yang sudi singgah di sini.


Marina Bay Tanjung Emas kosong tanpa bot berlabuh

Pembinaan yang menelan belanja berjuta-juta ini hanya sekadar cantik mata memandang tetapi tidak membawa erti kepada penduduk Muo. Pihak Majlis Perbandaran Muo pun putih mata kerana tidak dapat mengutip hasil cukai yang diharapkan akibat tiada pengguna yang sudi singgah berlabuh.
Sudahlah begitu pembinaan marina Tanjung Emas ini telah menyekat dan mengganggu aliran arus sungai lepas ke laut kerana separuh daripada keluasan muara sungai Muar telah di tutup dengan pembinaan marina ini. Akibatnya apabila air pasang dengan hujan lebat menyebabkan parit dan longkang di kawsasan sekitar bandar Muo dipenuhi air sehingga melimpah ke jalanraya.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Mama Miraki berkata…
Assalamualikum...

ehhhh cantiknya tempat ni...kat belah mana erk...tak perasan pulak..kat Tg Emas tu ker..dekat2 tempat naik river cruise tu ker...woooo nanti balik Muo nak gi lah sini
haidah razali berkata…
sy baru saje blk dr muar mggu lps...keadaan di jeti bersebelahan dgn kompleks marina sgt menyedihkan.sampah sarap terperangkap di tebing sungai...

anyway...credit utk pengusaha baru kompleks marina yg sdg memerah otak menyusun strategi memajukan dn menarik lbh byk pengunjung dtg ke kompleks marina!
Romeo 145 berkata…
Marina Bay Tanjung Mas Restaurant adalah salah satu lokasi tempat berkumpul kawan2, pemilik Alfa Romeo (AROCKV.my).